10 :: HDS

117 23 0
                                    

Seminggu kemudian 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu kemudian  ..

Seperti biasa junkyu masih bekerja dekat Hotel Diamond Star  , walaupun agak sukar untuk bekerja disana kerana ada pelbagai benda-benda pelik dan aneh yang perlu dia layan sebagai pelanggan  , namun dia cuba untuk kuatkan semangat , berani untuk melayan mereka dan lain lagi .

Ya  , mereka agak beza daripada seorang manusia tetapi mereka juga baik dan tak adalah kejam macam cerita-cerita thriller di luar sana tu  , kalau dilayan baik mungkin mereka akan okey seperti biasa  . Kalau mode berubah  , ha terpaksalah junkyu kena pujuk mereka tu  .

Dan pemilik hotel Diamond Star , Cik Anna . Sepanjang dia bekerja dekat sini  , barulah dia tahu bagaimana perangai sebenar Cik Anna  . Memang agak teruk tapi dia terpaksalah menerima dengan hati yang terbuka  . Cik Anna seorang yang bersikap berterus terang terhadap orang  , cepat naik angin kalau ada saja yang tak kena  .. Kalau dia dah naik angin memang tak boleh dibawa bincanglah  , terutamanya junkyu terpaksa lah nak kena pujuk dia dengan pelbagai cara agar dia dapat tenang semula .. Tapi ambil masa yang lama  . But dia dah mula nak rapatkan diri dengan gadis itu  .

Bukan itu sahaja sikap dia malahan bermacam-macam  , Cik Anna suka merendahkan orang yang bawah dari dia  , lepastu cerewet pula tu . juga Cik Anna ni seorang mata duitan betul  , dan macam lagi lah  . Serupa macam IU tau—

Oh ya , dia tidak lupa juga dengan ini .. Selama dia berada dekat sini  , dia agak hairan dengan Cik Anna juga  , kerana gadis itu terlihat agak kuat memendam sesuatu namun dia tak tahu  , apa yang gadis itu rahsia dibelakangnya . Aku rasa pening pikir idea ha—

"  apa  ? Asal awak pandang saya macam tu  ? Ada apa-apa ke  ? Kalau tak ada benda yang penting untuk dibualkan  , sila keluar  " kata Anna sambil memeluk tubuhnya  , dia memandang bayangan junkyu yang berdiri dihadapan meja pejabatnya  . Anna pula dia duduk dengan menongkat dagu memandang wajah junkyu  .

" ahhh  , tak ada benda yang penting pun but saya saja nak tengok muka cantik Cik Anna tu  .. " kata Junkyu dengan selambarnya  , terus Anna mencebik perlahan  .

" I don't like hearing the sentence you said ...  So disgusting—" Anna buat muka nak muntah  , budak lelaki tu tak sihat ke apa ha ?  Saja buat orang nak blushing  .

Junkyu memandang Anna dengan senyuman manis  , dia perasaan yang pipi gadis itu kelihatan merona kemerahan  , nampak sangat gadis itu tengah meng  ' cover  ' diri dari ketahui  .

" get out  , go to make your work  , now  " suruh Anna dengan wajah dinginnya  . Padahal tengah menahan malu  . Malu sebab orang puji dia cantik—tapi nak cuba ego kan diri ni  .

" saya saja je nak test Cik Anna  , alright saya sambung kerja ni  .. " junkyu menggulingkan bebola matanya  , baru nak mengorak langkah pergi lantas Anna memanggilnya  .

" Junkyu  " panggil Anna  , junkyu menoleh wajahnya memandang Anna dengan kening dijungkit .

" teman saya keluar  " kata Anna  . Junkyu tersenyum sambil mengangguk kepala  .

" okey , miss Anna  "

                       ■💎■

Anna mengerut dahinya tatkala dia perasan yang junkyu berada di seat pemandu asyik curi-curi melihat dia menggunakan pantulan cermin kereta  , sambil itu dia asyik tersengih-sengih bahkan seperti kerang busuk saja  , Anna dah buat muka poker face bila dia perhati saya kelakuan junkyu yang tengah memandu tu

" Pandu tengok hadapan  , bukan saya—"Anna mula menegur . Memecahkan suasana sunyi antara mereka berdua sepanjang perjalan di atas jalan raya  . Junkyu pandang Anna lalu dia tersenyum lebar  .

" saya terharu yang Cik Anna ajak saya keluar sama-sama " kata Junkyu . Anna menggulingkan bebola matanya ke atas  , mereng betul budak lelaki ni  .

" saya bukan ajak awak teman keluar untuk meluang kan masa tapi , ini saya ajak keluar dengan sebab lain  , faham" kata Anna lalu junkyu mencebik perlahan  , baru dia nak excited ha terus termati sekelip mata  . " araesso—" balas junkyu perlahan  , namun dapat didengari oleh Anna  .

Beberapa minit kemudian  ...

Mereka pun tiba dihadapan sebuah bangunan yang agak bersaiz besar bahkan seperti bangunan di YG ENTERTAINMENT , tapi ini lain sikitlah tak sama pun—junkyu memberhentikan kereta tatkala kereta selesai di parking dengan elok di tempat yang disediakan . Khas itu pelanggan VVIP sahaja seperti mereka  .

Anna menapak keluar daripada perut kereta dahulu dan barulah diikuti dengan junkyu orang kemudiannya  . Junkyu mendongak kepala memandang bangunan besar dihadapannya dengan perasaan terpegun dan kagum  , dia jadi jakun buat sementara.  Kali pertama kot dia datang ke tempat macam ni  , agak kelihatan seperti tempat-tempat mewah untuk orang yang kaya raya saja  .

" jomlah masuk—"ajak Anna lalu dia berjalan dihadapan junkyu terlebih dahulu  , manakala junkyu sekadar mengikuti Anna daripada belakang sambil-sambil itu dia memandang suasana disekitarnya dengan muka jakun dialah  . Mereka berdua menghayun langkah memasuki kawasan didalam bangunan itu  , terdapat bahagian lobi yang bersaiz luas dan pelbagai hiasan mewah yang menghias di sekitar tempat situ menjadikan ianya nampak mewah dengan warna emas tulen dan diamond sinar menyinar  . Habis tercengang mulut junkyu dibuatnya  , orang tak pernah datang ke tempat begini seumur hidupnya  .

" Anna—" dari kejauhan seorang gadis muda yang berpakaian penuh bergaya , ianya nampak agak mahal  . Berhenti dihadapan mereka sambil melemparkan senyuman manis  . Anna yang perasan akan kehadiran gadis yang telah menegurnya hanya tersenyum nipis  .

" awak datang sini nak beli lukisan kah  ? Lagipun dekat sini kami ada lukisan yang baru dan di import dari canada  , awak nak tengok  ? Saya yakin awak akan suka hasil karya lukisan tu  .. " katanya dengan nada bersungguh-sungguh . Tidak berfikir panjang  , Anna sekadar membalas dengan angukkan kepalanya  . Gadis itu tersenyum kemudian dia mempelawa mereka untuk mengikutnya  , mungkin mahu bawa pergi untuk tunjukkan lukisan baru yang dikatakan olehnya itu  .

" oh ini bangunan lukisan rupanya  , patutlah ada banyak pameran je  " omel junkyu yang sibuk melihat sekeliling kawasan yang dia jalan  .

Tidak mengambil masa yang lama  , mereka tiba di hadapan sebuah lukisan yang bersaiz besar yang cantik dipamerkan dekat dinding situ  . Anna memandang lukisan itu kemudian bibirnya mengukir senyuman nipis  , hasil karya seni seekor kucing berbulu putih . Amat menarik perhatian Anna  .

Ya  , mungkin orang disini tidak tahu tentang lukisan itu  . Lukisan yang sebaliknya menunjukkan diri sebenar Anna  , seekor kucing putih yang dilukiskan oleh Encik Byeol .  Itupun dia tahu sebab nama pelukis tu dah terpapar dekat situ  . Dan juga  , Encik Byeol merupakan seorang pelukis yang terhandal  . Selama encik Byeol bekerja disitu  , dialah yang kerap melukis gambar Anna tak kiralah pada zaman dahulu dan sekarang  .

" Saya beli—" kata Anna  , matanya tidak lekang memandang lukisan itu  . Manakala junkyu sibuk melihat lukisan-lukisan yang lain  . Tengah sibuk dia menjenguk lukisan di situ  , tiba-tiba smartphone miliknya berdenting menandakan sebuah mesej baru sahaja masuk  . Lantas dia mengeluarkan smartphone nya lalu membuka applikasi mesej  .

FROM  : MYSUGARDADDY*

MESEJ ■ Appa dah balik dekat sini  , nanti kamu datanglah rumah halmeoni malam ni—

Baca sahaja mesej daripada sang appa nya itu terus membuatkan junkyu menarik senyuman lebar . Tak sabar nak jumpa keluarga dia nanti—

                         💎TBC



































【C】Hotel Diamond Star |I 김준규Where stories live. Discover now