" junkyu ! " dari jauh telinga milik junkyu terdengar suara jisoo yang menyeru namanya , dia memandang jisoo yang menghampiri ke arahnya dengan muka ingin tahu .
" sabar~sabar huh " Junkyu memandang saja gerak geri jisoo yang terbongkok dihadapan dia sambil nafas tercungap-cungap , seperti orang tengah marathon saja . Apabila pernafasan menjadi normal semula , jisoo mula membuka kotak suaranya .
" ada nampak Cik Anna tak ? Sebab dari petang tadi noona tak nampak dia langsung .. Kamu ada tak terselisih dengan dia ? " tanya Jisoo sambil dahinya berkerut , sudah merata-rata tempat dia mencari Cik Anna tapi langsung dia tak nampak batang hidung gadis itu . Kemana pula gadis itu keluar daripada petang tadi . Sudah masuk waktu malam pun masih tak kelihatan lagi .
Mendengar sahaja pertanyaan yang dilontarkan oleh jisoo , terus junkyu membalas dengan gelengan kepala dan bahunya dijungkit tidak tahu dimana keberadaan gadis yang dicari itu . Sebab kali terakhir yang dia nampak , waktu pagi saja dan sekarang langsung tiada .
" kenapa ? " tanya junkyu yang ingin tahu , iyelah dah kenapa jisoo noona nak jumpa Cik Anna .
" saya nak bagitahu something dekat dia but saya tak nampak dia pula .. Hurmm—mungkin dia busy kot .. " fikir jisoo . Junkyu sekadar mengangguk kepala , anak mata mereka berdua melilau memandang disekeliling kawasan jikalau ada nampak bayangan Cik Anna dan pada masa itu .. Tiba-tiba junkyu terasa seperti dadanya berasa sesak dan saluran pernafasan menjadi tercungap-cungap , terus itu tubuh junkyu terjelepok atas lantai hotel . Jisoo yang perasan akan keadaan junkyu yang tiba-tiba sahaja , terus berlutut dihadapan junkyu dengan wajah tampak kerisauan .
" eo ? Junkyu ? Awak kenapa ni ? " tanya jisoo sambil memegang bahu milik junkyu . Manakala junkyu sudah mengusap-usap dadanya yang terasa agak sakit . Dan pada masa itu juga , jisoo perasan loket yang dipakai oleh junkyu tiba-tiba bernyala warna kemerahan pudar .. Terus terbeliak anak mata milik jisoo , dia tahu apa maksud warna kemerahan pudar yang menyala tiba-tiba tu .
" ahh , ini tanda tidak baik "
■💎■
" arghh .. " kedengaran bunyi suara orang tengah merintih kesakitan , kelihatan tubuh milik Anna yang bersandar pada tahun dinding menjadi lemah dan longlai . Dia menahan kesakitan yang terdapat pada dada miliknya .
" kan aku dah cakap yang aku ni dah tak lemah macam dulu lagi , aku sekarang dah kuat dan boleh lawan kekuatan kau tu yang tak seberapa nak kuat .. " perli wanita bergaun merah itu sambil dia duduk bercangkung dihadapan Anna dengan menayangkan wajah nakal . Dia suka melihat gadis itu merana terseksa menahan kesakitan .
" aku benci tengok kau hidup dekat muka bumi ni , aku nak sangat tengok kau hapus daripada dunia ni .. So patutkah aku bunuh kau sekarang .. Dan tempat ni akan menjadi kawasan aku , and then pengurus lelaki tu akan menjadi milik aku pula .. "