02 :: HDS

164 28 13
                                    

Pada malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada malam itu.. 

Seperti yang dicadangkan oleh ahli sulung mereka iaitu Hyunsuk  , dengan itu riuh-rendah lah seluruh rumah mereka dengan suara budak-budak Treasure  . Nasib kawasan perumahan mereka tiada jiran  , kalau tidak  . Memang kena marahlah budak tu nanti  , jadi disebabkan tempat mereka ni jauh daripada kawasan penjiranan jadi bebaslah nak buat apa-apa pun  .

Junkyu yang tengah lena dibuai tidur itu terus dia terjaga tatkala bunyi lagu yang dipasang dan bergema lah seluruh rumah tu  . Lebih lagi  , dengan suara kawan-kawan dia seperti tengah ber—party saja  , sebab dengar suara mereka jerit-jerit macam beruk yang terkeluar daripada hutan tropika saja  .

Aduhai  , mereka semua tu memang ganggu tidur orang saja  . Baru nak rehatkan diri ni lebih lagi  , dah buat bunyi bising-bising yang boleh menganggu orang lain .  Bangun saja daripada tidurnya  , junkyu turun daripada atas katil dan langkahnya mula dihayunkan mahu menapak turun ke tingkat bawah  , nak tengok apa yang bunyi kecoh-kecoh tu  .

" HOHOO  ! "

" HA HOW YOU LIKE THAT  ! THAT  ! THAT  ! THAT  ! "

" BARAMBIMBARABUM BUM BUM  !"

junkyu turun saja ditingkat bawah terus langkahnya terhenti dan mulut tercengang luas melihat suasana ditingkat bawah  . Kelihatan habis bersepah dekat kawasan ruang tamu dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh mereka semua  , lepastu tin air
Cola bersepah-sepah dekat merata tempat  . Sudah serupa macam kilang peluputan sampah sarap  .

Kemudian  , rongga hidung milik junkyu terbau sesuatu yang datang daripada arah halaman rumah mereka  , dengan perasaan yang ingin tahu dia mengorak langkah menghampiri ke arah luar halaman rumah mereka  , sebab dekat ruang tamu tiada sesiapa pun  . Mungkin mereka dekat luar sana kot  ..

" Kim Junkyu  ! " terhincut bahu junkyu apabila suasana dikawasan halaman perumahan mereka pula  , habis satu kawasan tu digerumi dengan asap-asap yang dibakar oleh Hyunsuk dan jihoon , sibuk membakar bebeku . Habislah terbakar rumah ni nanti—

" marilah duduk dekat kitorang ni  ! " ajak Haruto sambil melambai tangan memanggil junkyu supaya berkumpul dekat mereka semua  . Junkyu menyarung selipar berjenama adidas dan menghampiri ke arah tapak mereka semua berkumpul sekarang  .

" korang buat apa  ? Kenapa bising sangat ni  , terganggu aku nak tidur lah  " merungut junkyu sambil mencekak pinggang  , gegendang telinganya ditutup dengan kedua belah tangan dek sebab lagu dipasang tu terlampau bising dan sukar untuk dia nak bersuara  .

" kitorang buat party sempena kepulangan kau  , so duduk dulu  .. Jom kita makan sama-sama dan sambut sama-sama  " ajak yoshi dan dia menarik tubuh junkyu supaya duduk disebelahnya .  Mereka semua menayangkan muka tenang, macam tiada apa-apa yang berlaku je . Rasanya telinga mereka ni tak berdarah ke  ..

【C】Hotel Diamond Star |I 김준규Where stories live. Discover now