Baru saja nak menapak keluar daripada studio pameran bangunan situ tiba-tiba hujan mulai turun dengan lebatnya membuatkan langkah dua orang itu terhenti . Anna mendongakkan dagunya memandang langit yang kelihatan awan mendung dan air hujan menitis turun . Orang-orang yang berada di sekitar situ semuanya terburu-buru berlari mencari tempat redup .
" hesy , sudahlah payung dekat dalam kereta .. Kalau tahulah harini hujan mesti dah sedia kan awal-awal " rungut Anna sambil mengeluh berat , terpaksa lah dia berdiri menunggu dekat sini sementara menunggu hujan akan berhenti . Junkyu menoleh wajahnya memandang Anna yang daripada tadi asyik merungut saja .
" urmm—Cik Anna tunggu dekat sini dulu .. Saya pergi ambil kereta ya " tawar junkyu sambil menyuruh Anna untuk menunggu dia dekat sini , dia tak naklah nanti Cik Anna kena demam pula . Nanti dia yang risau—eh tibe ..
" awak nak redah je hujan tu ? Nanti awak demam pula—" dahi Anna dikerut memandang junkyu yang berada disebelah .
" arghh , gwenchana .. Saya ni sejenis susah nak kena demam , jadi Cik Anna tunggu dekat sini ya " tanpa mendengar pelbagai balasan gadis itu , junkyu terus berlari dan meredah air hujan , kepalanya ditutup dengan tangan supaya dapat melihat laluan dengan jelas . Iye , memang agak sukar berjalan bawah hujan , sebab kabur-kabur saja .Anna sekadar akur saja sepertimana yang junkyu arahkan kepadanya . Dia berdiri dibawah tempat redup sementara menunggu junkyu mengambil kereta disana . Nasib mereka parking tak seberapa jauh sangat .
Junkyu menekan butang kunci untuk membuka pintu kereta , terus itu dia menapak masuk ke dalam perut kereta dalam keadaannya yang sudah basah lejun dek mandi air hujan . Rambutnya yang basah itu diraup ke belakang . Huhu tergoda saya~
Tanpa melengahkan masa yang lama , junkyu mula menghidupkan enjin kereta sebelum menekan minyak kereta , dia terlebih dahulu memanaskan enjin kereta . Apabila enjin sudah dipanaskan , kemudian junkyu mulalah menekan minyak kereta dan kereta dipandu olehnya laju meluncur di atas jalan mahu menuju ke tempat Cik Anna sedang menunggunya . ( asal meroyan ayat aku ha )
Tiba sahaja dekat tempat situ terus junkyu menghentikan kereta dihadapan bangunan situ , kemudian dia mencapai payung warna oren yang berada di seat belakang . Dia menapak keluar bersama payung dibuka dan langkahnya berlari anak menuju ke arah Anna yang masih berdiri dekat situ .
" jom Cik Anna .. " kata junkyu lalu mereka berkongsi payung menuju ke arah kereta . Anna yang berada dekat disebelah junkyu terus mendongak kepalanya memandang wajah sisi milik lelaki itu . Pada masa yang sama , ada sebuah perasaan yang aneh mula timbul dalam sudut hatinya .
" cik Anna masuklah " pelawa junkyu tatkala mereka sudah tiba dihadapan kereta , Anna terhenti daripada lamunannya dia terus membuka pintu kereta dan menapak masuk . Manakala junkyu berlari menuju di seat pemandu semula . Payung berwarna oren itu ditutup semula dan diletakkan tempat asalnya .