Seperti hari yang sebelumnya , junkyu datang ke tempat kerjanya seperti biasa , namun kata-kata yang dilemparkan oleh appa nya pada malam semalam masih terngiang-ngiang di dalam kotak ingatannya sampai harini , dia pun tak fahamlah kenapa bila dia sebut je nama hotel tu semalam appa asyik lemparkan ayat-ayat mendesak supaya dia tinggalkan hotel tu .
Tapi dia tak masih faham sampai sekarang , kenapa appa suruh dia jauhkan diri daripada perempuan yang bernama Anna merupakan pemilik hotel ni , dia pun hairan juga . Appa ni dia kenal Cik Anna ke ? Dan apa hubungan mereka sampaikan appa suruh dia was-was bila bertemu dengan gadis tu . Apa masalahnya ? Dia lihat cik Anna tu hanya biasa-biasa saja dan tiada apa yang bahaya sangat . Lagipun Cik Anna layan dia seperti biasa je , tak ada pula Cik Anna nak dera dia bagai sepanjang dia berada dekat sini . Ahh , apa-apa jelah ..
Junkyu menggeleng kepalanya tatkala pelbagai persoalan yang mula timbul dalam kotal ingatannya , boleh jadi pening dia sebab asyik fikirkan pasal tu dari semalam lagi . Sampaikan waktu malam pun dia tak dapat tidur dengan lena , rasa tak sedap hati pula . Tapi perasaan seperti itu dia cuba abaikan saja . Malas nak fikir macam-macam .
Junkyu menunduk hormat apabila ada munculnya bayangan seorang wanita yang tampak lebih tua dari dia yang baru berjalan masuk ke dalam hotel tersebut . Dia menyapa ramah akan kedatangan tetamu baru disitu sambil menarik senyuman lebar . Wanita yang berada dalam lingkungan 30-an itu memandang junkyu sambil dia turut sama menyapa junkyu .
" selamat datang ke hotel kami puan , saya harap puan selesa dengan kos perkhidmatan yang tersedia di hotel kami ini .. " tutur junkyu dalam nada lemah lembut melayan tetamu barunya itu . Wanita yang berpakaian gaun warna merah , manakala rambutnya kemas diikat sanggul .. Dan wajahnya cantik dengan salutan make-up menampakkan dirinya lebih muda sekali . Wanita itu mengangguk kepala tanpa membuka sebarang pembicaraan .
" ini kunci bilik puan , ya .. Kalau ada apa-apa yang puan perlukan sila beritahu saya , saya sedia untuk membantu " tawar junkyu lalu menghulurkan kunci bilik yang bernombor 404 . Kunci tersebut bertukar tangan . Tanpa membuang masa yang lama , wanita itu terus mengorak langkahnya melalui dikawasan lobi ingin menaiki lif untuk ke tingkat atas . Bayangan wanita tersebut hanya diekori dengan ekor mata milik junkyu .
" hey , kim junkyu " terkejut kecil junkyu dibuatnya tatkala daripada belakang ada seseorang menyerjahnya . Nasib dia tak pengsan dekat situ , kalau tidak memang dia matilah dekat situ . Junkyu menoleh ke arah lelaki yang muncul di belakang dia itu sambil tangan mengusap dada . Dia Jinhwan hyung yang muncul dengan menayangkan senyuman lebar .
" sekarang bukan ke waktu rehat , so jomlah kita lepak sama-sama .. Lagipun diorang tengah tunggu kau " ajak Jinhwan hyung sambil tangannya melingkari leher milik junkyu dan membawanya ke sebuah bilik yang bersaiz sederhana , ini semestinya bilik rehat para pekerja . Jadi , rupanya disini mereka lepak selama ni , baru dia tahu .