Anna duduk dibangku yang terletak dibawah sepohon pokok yang besar lalu dia merengus geram , dia memeluk tubuh sambil daripada jauh anak matanya tertangkap pada bayangan junkyu yang kelihatan resah saja dari tadi . Dimana saja dia jalan mesti akan memandang sekitar kawasan yang dia lalui , sudahlah wajahnya kelihatan pucat semacam .
Hesy , dah serupa macam orang bodoh je dia tu . Anna menggeleng kepala lalu dia mula berasa hampa terhadap diri sendiri , bagaimanalah lelaki itu akan jadi milik dia nanti , haish kenapalah dia buat sumpahan begitu baru rasa kesal ha—ah , nak buat bagaimana lagi .. Semuanya dah lama berlalu dan tak boleh nak ulang balik , sumpahan ini akan kekal selamanya dan tiada sesiapa dapat mengubahnya . So , buat apa rasa kesal lagi—
" Ahhh—hantu ! " terjerit melolong junkyu tatkala ada seorang kanak-kanak kecil yang tiba-tiba saja memeluk kakinya menyebabkan dia ketakutan dan cemas—
Anna yang mendengar junkyu menjerit macam orang gila tu dia memandang sambil melepaskan keluhan berat , manusia memang lemah betul , padahal makhluk tu bukannya kacau dia pun apatah lagi tak ingin . Tanpa membuang masa duduk tercegat dekat situ , Anna mengorak langkahnya menghampiri ke arah junkyu yang sudah memeluk tiang sebab takut bila kanak tu masih duduk dekat dia—
" shhhh ! Sanalah hantu ! Dahlah hodoh—huwarghh sesiapa tolong aku ! "
" hesy , you just look a crazy people—" kata Anna sambil bercekak pinggang dihadapan junkyu yang dah serupa macam koala dek dia panjat tiang tu—hantu budak itu hanya tertawa kecil melihat gelagat junkyu tu—
" Cik Anna , kenapa Cik Anna tak bagitahu saya yang tempat ni .. TEMPAT MAKHLUK HALUS ! kenapa Cik Anna sanggup buat saya macam ni , saya tak nak kerja dekat sini . Diorang bukan manusia ! Diorang hantu ! Saya tak nak ! Sekarang saya nak berhenti jadi pengurus di sini ! Sudahlah mereka tu hodoh nak mampus ! Lepastu makan orang "
" saya manusia dan bukannya seperti mereka , patutlah saya rasa seram sejuk dengan semua orang dekat sini .. Rupanya mereka bukan seperti saya , sudahlah jangan ambil saya bekerja dekat sini lagi .. Saya berhenti " bebel Junkyu panjang lebar tanpa henti , nafasnya turun naik saja dek takut ya amat . Manakala Anna sekadar berdiam diri dan langsung tidak buka mulut pun . Baru saja junkyu ingin mengorak langkah daripada situ tiba-tiba Anna mula bersuara .
" Kau ingat kau seorang saja kah manusia yang berada dekat sini ? Apa engkau tak tahu ada juga manusia dekat sini yang sama seperti kau .. Tapi dia boleh saja meneruskan hidupnya walaupun sekelilingnya bukanlah manusia-manusia yang berada di luar sana .. " kata Anna dengan wajah dinginnya . Junkyu memusingkan kepalanya memandang Anna yang berdiri dibelakangnya . Anak matanya mula memandang gadis itu atas bawah .
" Cis , beranikah kau nak keluar daripada tempat sini dengan senangnya ? Betul ke kau nak berhenti daripada kerja dekat sini , herh angan kau sajalah ... "
" kau dengar cakap aku sebelum kau pergi daripada sini ... Walaupun mereka bukannya seperti manusia namun mereka ada juga perasaan ... Rasanya tak ada kot mereka nak ganggu kau .. Melainkan kalau mereka berubah mode lain .. "
" so , tolong jaga cara percakapan kau tu .. Boleh sakitkan hati mereka " tutur Anna panjangnya sebelum dia membawa dirinya beredar daripada situ meninggalkan junkyu yang sudah tercengang dan terasa akan kata-kata Anna . Dia memandang hantu kanak-kanak yang masih setia disitu .
" walaupun kita berbeza , aku tetap nak jauhkan diri daripada sini .. Bahaya—" kata Junkyu dan sambung langkahnya semula .
Junkyu menghayunkan lamgkahnya sehingga lah dia tiba di hadapan pintu pagar utama hotel tersebut , dia perlu keluar daripada sini . Tempat ni bukannya tempat untuk dia bekerja , tempat yang penuh dengan makhluk ngerikan ..
" Ah , kenapalah aku bekerja dekat sini .. Huh , patutlah jihoon macam terkejut je .. Dan baru aku tahu semuanya .. " baru junkyu mahu menjejak langkah ingin menapak keluar daripada situ , tiba-tiba tubuhnya terasa seperti ditolak oleh daya dan menyebabkan dia terjatuh jelepok atas rumput .
" auch—" dia memgaduh perlahan sambil memegang sikunya yang terasa sakit .
Pada saat itu juga , angin yang bersuhu dingin mula menerpa tubuhnya menyebabkan bulu romanya meremang naik dek terasa ada aura seram sejuk saja dekat sini . Daripada pandangan ekor mata saja , junkyu terasa seperti ada bayangan hitam yang berdiri di belakang dia . Automatik dengan itu tubuhnya kaku dan wajah kelihatan pucat semacam . Didalam hatinya berdoa tidak henti-henti . Jantung mula berdegup laju bahkan ingin meletus terus .
Tapi pada masa yang sama dia teringin juga nak menoleh ke belakang , nak tengok makhluk apa yang berdiri dekat belakang dia . Perasaan ingin tahu mula mengusai dirinya . Perlahan-lahan junkyu memusingkan tubuhnya ingin menghadap kebelakang dengan sedikit perasaan berani ..
Baru junkyu nak pusing ke belakang tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang telah menarik dia dan dibawa masuk ke dalam dekapan yang terasa dingin . Junkyu terkejut . Lembaga tadi sekelip mata dia menghilang apabila munculnya kehadiran seseorang .
" aku memang dah dapat rasakan yang engkau takkan dapat jauhkan diri daripada tempat sini—" Kata Anna sambil tersenyum nakal . Pada saat itu juga , tanpa junkyu sedari .. Anna telah menyarung seutas rantai berbentuk batu Diamond pada leher milik junkyu menyebabkan ada sebuah cahaya berwarna merah mula menyala .
" saya nak buat permintaan dekat Cik Anna "
" tolong hadiahkan rantai ini kepada Pengurus baru .. Saya nak dia selamat daripada berlakunya sesuatu perkara yang buruk "
Terngiang-ngiang suara Encik Byeol pada kotak ingatan milik Anna tatkala dia selesai pasang rantai berbentuk batu diamond pada leher milik lelaki itu .
💎—■TBC