Junkyu cuba menggosok sutnya dengan menggunakan air paip yang deras mengalir keluar . Namun , kesan kotor dek terkena ice cream itu langsung tak hilang dan lagi menambahkan kesan comot dan basah tatkala berkali-kali dia cuba menggosok . Junkyu pasrah dan menutup air paip semula , nampaknya dia kena tukar pakaian baru lah namanya . Tapi , bolehkah dia nak balik rumah sekejap sahaja sebab nak tukar pakaiannya yang semakin kelihatan kotor tu .
" hurmm—aku cakap jelah nak tukar pakaian sebab kotor , mesti dia izinkan kot—takkan aku nak pakai baju kotor ni .. " menolog junkyu lalu dia menyandar sutnya pada lengan tangannya . Baru sahaja dia mahu menapak keluar , tiba-tiba hati junkyu berasa aneh seperti suasana menjadi dingin di kawasan sini . Bulu roma milik junkyu mula meremang naik terus .
Pushh—
Terhincut bahu junkyu tatkala dia terdengar bunyi air paip yang mengalir dekat sinki , terus junkyu menoleh ke arah sinki tandas lelaki . Kelihatan langsung tiada sesiapa pun disitu dan hanya dia seorang saja didalam tandas , dengan itu junkyu menelan air liurnya dengan kelat .
Manakala tangannya mula mengeletar bagai , setahunya tiada sesiapa pun yang masuk tandas selain dia seorang saja. Tapi , yang hairannya bagaimana tiba-tiba paip air terbuka tanpa sebab nag sentuhan seseorang pun . Ianya seperti semula jadi . Anak mata junkyu melilau sekeliling , mana tahu dia nampak ada bayangan lain ke dekat sini—sudahlah terasa aura seram sejuk saja .
Namun langsung tiada bayangan susuk tubuh sesiapa pun disitu , dengan perasaannya yang bercampur baur junkyu cuba meneruskan perjalanan dia yang ingin menapak keluar daripada tandas .
" Encik—" automatik langkah milik junkyu yang sudah tiba dekat permukaan pintu terhenti tatkala saluran pendengarannya tertangkap pada sebuah suara yang datang dari arah belakangnya . Tubuh junkyu dah menggeletar tak tentu pasal , siapa pula yang tegur dia ni—walaupun dengan hati yang takut nak mampus tu , junkyu cuba memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang .
1 ... 2 ... 3 ..
" AHHHH—HANTU TAK ADA BADAN ! AHHHH ! " dengan sekuat hatinya junkyu menjerit terlolong seperti seorang gila . Dia menguak daun pintu tandas dan laju sahaja langkahnya ingin beredar daripada situ dek terkejut melihat bayangan seorang lelaki yang hanya ada kepala namun badan tiada , berdiri betul-betul dekat hadapan dia .
Jantung bagaikan ingin meletus keluar terus , perasaan takut , cemas dan seerti dengan itu memang dah menguasai dirinya yang mempunyai perasaan lemah semangat tu—
IA AMAT MENGERIKAN—
Junkyu berlari selaju yang mungkin takut saja jikalau makhluk ngerikan tu kejar dia nanti—peluh tidak henti-henti mengalir keluar membasahi wajahnya . Kau bayangkan bagaimana perasaan kau bila nampak benda macam tu depan mata , huhu .. Gitulah perasaan junkyu sekarang ..
Pap—
Junkyu memberhentikan langkahnya tatkala dia mahu melanggar troli dihadapan dia namun dia sempat brek , kang kalau main meredah je habis bersepah pula makanan dekat atas troli tu . Nafasnya sudah tercungap-cungap dek berlari macam tengah sertai acara marathon saja—salah seorang pekerja di hotel itu , park chaeyoung memandang junkyu yang terbongkok dengan muka penat betul—entah apa masalah dia , sampaikan tercungap-cungap bagai .
" J—junkyu ? Wae ? Awak nampak penat je , sudah kenapa ? Ada apa-apa yang berlaku kah ? Dan kenapa muka awak nampak pucat je ni ? " tanya chaeyoung dengan muka hairan melihat junkyu yang berada dihadapan dia . Junkyu tidak membuka suara kerana dia terlampau takut—
Tap—tap ..
Bunyi derapan tumit tinggi seseorang telah menerpa pendengaran mereka berdua , daripada jauh Anna berjalan ke arah mereka dengan muka poker face—
" awak ni dah kenapa ? " soal Anna sambil memeluk tubuhnya apabila dia tiba dekat situ . Junkyu menoleh ke arah Anna lalu dia cuba membetulkan saluran pernafasan dia yang sudah tercungap-cungap .
" S—saya nampak ada makhluk mengerikan dekat dalam tandas lelaki , muka dia seram lepastu badan dia hilang kelihatan seperti penanggal .. Makhluk tu berdiri betul-betul dekat depan saya , ngerikan—"Jelas junkyu tentang kejadian sebenar tadi yang telah berlaku dekat dia—
Anna sekadar memberi reaksi wajahnya dengan kerutan dahi kelihatan nampak sinis saja—entahlah apa yang budak lelaki tu merepek tah .. Anna memandang wajah pucat junkyu yang memang takut betul lalu dia tersenyum sinis—
" awak percaya kah benda tu wujud ? " tanya Anna sambil tersenyum sinis . Junkyu mengangguk kepala , benda yang tiba-tiba muncul dekat depan dia , takkan tak percaya pula .. Nasib tak pengsan dia dekat situ .
" Awak ni merepek jelah , sudahlah saya nak pergi dulu .. Rasa lawak pula dengar cerita entah apa-apa tu " kata Anna dengan muka tenangnya , baru Anna nak mengorak langkah beredar daripada situ , tiba-tiba lengannya ditarik oleh junkyu . Automatik tubuhnya berpusing menghadap ke arah junkyu .
" Cik Anna tak percaya kan saya ke ? Benda ni tak lawak Cik Anna , kalau Cik Anna masih tak percaya .. Mari ikut saya " ajak junkyu yang masih tidak berpuas hati , baru dia nak mengheret Anna pergi .. Terus itu Anna merentap tangan junkyu ..
" Awak nak bawa saya dekat mana ni ? " Tanya Anna sambil mencekak pinggang , dahinya dikerut lagi . Chaeyoung yang hanya melihat mereka berdua sekadar menggeleng kepala dan menyambung perjalanannya semula—
" tempat yang saya nampak tulah , dah Cik Anna masih tak percayakan saya dan meremehkan saja pasal ni .. Lebih baik ikut saya " ajak junkyu , degil .
" Haish , iyelah awak betul dekat sini memang ada hantu .. Semua tempat ada hantu , kalau boleh sini kawasan mahluk halus tu .. Dan termasuklah saya juga hantu—dah saya percayakan awak .. Banyak songeh betul—"Balas Anna dalam nada suara menjengkelkan . Dia pasrah dapat pekerja macam ni , degil sungguh lelaki tu . Lalu tanpa menbuang masa yang lama , Anna terus menapak pergi meninggalkan junkyu yang masih tercegat dekat situ . Laju sahaja dia mengorak lamgkahnya beredar daripada situ . Junkyu memandang Anna lalu dia menoleh ke arah sekeliling kawasan yang dia berada sekarang—rasa angin dingin mula menerpa tubuhnya. Aura seram sejuk—
💎—■TBC