Tengku Mia Aurelia tersentak dari lamunannya apabila disergah oleh kawan baiknya Engku Awliya Nadhirah. Hanya Liya sahaja yang ada apabila Mia jatuh dan bangun. Liya adalah sahabat susah senangnya semenjak dari kecil lagi."HOI MAKCIK?! JAUH TERMENUNG? DAH SAMPAI MANA? AKU PANGGIL BANYAK KALI KAU BUAT PEKAK JE. BAZIR AIR LIUR AKU JE PANGGIL KAU BANYAK KALI TAPI TAK MENYAHUT!" geram Liya bila Mia buat derk je.
Mia sudah masak sangat dengan perangai Liya yang suka sergah-sergah orang je. Salam mana tah tak bagi.
"Ish kau ni, klau sehari tak memekak tak boleh ke? Asyik memekak je macam pontianak hilang anak. Hah, tapi cun juga tu, sebab muka kau dengan kak ponti tak ada beza pun" Ujar Mia dengan selamba.
Sakit jantung bila disergah begitu. Nasib tak ada sakit-sakit jantung. Kalau tak, dah dalam ICU takpun dalam kubur.
"Kalau aku macam kak ponti hilang anak, kau macam kaklimah! Asyik termenung je 24 jam dekat tepi tingkap!" Hah! ambik kau kena setepek eh.
"Ishh diamlah, bising je" Ujar Mia dengan lemah.
"Kau kenapa weh? Beberapa hari ni aku tengok kau selalu termenung je. Kau ada masalah ke? taknak share?" Liya sudah kenal sangat dengan perangai Mia yang suka memendam perasaan.
Tapi dia peduli apa? Selagi dia tak tahu apa masalah Mia, dia takkan putus asa untuk tanya!
Heh ini Liya lah! Apa-apa je, mesti dia kena tahu jugak!
"Entah la weh, mama aku suruh balik Malaysia. Kau tak pelik ke? Tiba-tiba je suruh balik? Aku rasa ada benda tak kena lah weh" Ujar Mia dengan lemah.
"Kenapa nak pelik nya? Kan mak kau suruh balik je, mak kau rindu kau lah bongok!"
PAKK!!
Sebuah tamparan khas melekat di tangan Liya.
"Auchh sakitlah bodoh! Kalau pukul slow takpe gak! Tapi pukulan kau ni dah macam Hulk" Ringis Liya yang sedang mengaduh sakit. Siapa je tak sakit kalau dah Mia yang pukul, MERAH!
"Aku tahu lah mak aku rindu kat aku, tapi aku rasa kalini lain lah weh" Mia juga sememangnya pelik dengan permintaan mamanya itu.
"Hek heleh, kau ni perasan lah! yeke mak kau rindu? mak kau rindu aku je," ujar Liya lalu menjelingkan matanya.
"Sekali lagi kau buat mata kau macam tu, memang aku cucuk mata kau guna garfu," ujar Mia dengan geram. Mata macam lapar penampar.
"Cepatlah cerita apa jadi?," ujar Liya, malas mahu berdebat.
Mia mula menceritakan dari A - Z.
FLASHBACK
Deringan telefon pintar itu memecahkan kesunyian di bilik Mia Aurelia, sekaligus mematikan niat Mia untuk membersihkan diri.
Mia bergegas ke meja soleknya untuk menjawab panggilan tersebut.
Lihat sahaja nama si pemanggil, automatik senyuman Mia melebar.
"ASSALAMUALAIKUM MAMAA!! IMISSYOUUUUU!!" Kata Mia dengan suara yang kuat.
Di sebelah pemanggil pula Puan Sherlya sudah tergeleng-geleng bila terdengar suara anak daranya itu.
Perangai tak serupa macam dah besar. Macam budak-budak!
"Hah Waalaikumsalam, kenapa terjerit-jerit tu YaaAllah Mia!"
"Heeee sorrylah ma, excited sangat tadi hehe. Kenapa mama call ni ma? Bukan semalam baru je call ke? kenapa pagi ni pun tetiba call? Takkan dah rindu kot hehe"
"Banyaklah kau punya rindu! Ni mama nak minta satu permintaan boleh?" Suara si ibu sudah seakan-akan mengharap.
"Apa dia ma? Lain macam je bunyinya?" Berkerut sedikit muka Mia.
"Mia balik Malaysia seminggu dari sekarang boleh ? sampai bila nak macam ni Mia?" ujar si ibu dengan harapan berbaur sedih .
Mia sudah tergamam dengan permintaan mamanya itu.
Selama ini mamanya tak pernah lagi menyuruhnya balik ke Malaysia.
Selama 3 tahun dia berada di bumi Perancis untuk menenangkan fikirannya, serta melupakan hal-hal yang lalu.
Bahkan mama dan papa nya juga yang menyuruhnya pergi menenangkan fikiran.
Tetapi kenapa harini tiba-tiba mamanya suruh dia balik ke Malaysia? Bermacam-macam soalan bermain di dalam kepala Mia Aurelia.
"T-tapi, kenapa tiba-tiba ma? ada yang tak kena ke?" Soal Mia dengan pelik. Mana tidaknya? Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba je suruh balik.
"Nanti tunggu Mia sampai Malaysia, kami bagitahu ya sayang? Okeylah, mama nak masak ni, papa kamu kejap lagi nak balik dari kerja." Ujar mama Mia.
"Okey ma. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam."
END FLASHBACK.
"Haah la weh, aku rasa kan? ada benda yang tak kena lah beb." Kata Liya dengan sedikit pelik.
Mia berfikir sejenak apa motif mamanya menyuruh dia balik ke Malaysia.
Fikir, fikir, fikir.
3 minit berlalu...
HAH GOTCHAA!
Tapi TAKKANLAH mama nak ungkit balik? Hm tapi tu je motif yang logik sekarang ni.
Ah tak kira lah! Yang penting aku taknak apa yang aku fikir sekarang ni terjadi.
Lebih baik aku kemas-kemas barang. Lusa dah nak bertolak ke Malaysia.
- To be continued ♡︎ -
YOU ARE READING
Ti Amo SAYANG!! [COMPLETED]
Action🏅 RANKING NO 1 BADBOY • [31/01/2021] 🏅 RANKING NO 2 KILLER • [21/07/2021] 🏅 RANKING NO 2 ACTION • [5/ 02/ 2022] 🏅 RANKING NO 3 COMEDY • [23/02/2022] 🏅 RANKING NO 2 LOVE • [19/08/2022] 🏅 RANKING NO 1 KILLER • [29/12/2022] 🏅 RANKING NO 3 ROMANC...