"Assalamualaikum, mama angah dah balik" laung Izzfal dari muka pintu sambil membuka kasut sekolah miliknya."Waalaikumussalam, dah balik pun anak mama. Macam mana sekolah?" Soal Puan Sri Mariana.
Izzfal memandang muka mamanya dan mengeluh kecil. Lahaii Izzfal hari ni je dah berapa kali dia mengeluh. Serabut kepalanya disebabkan seorang perempuan. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni.
"Ma..." Panggil Izzfal dengan nada yang melirik.
"Ye sayang anak mama kenapa? Angah ada masalah ke? Meh citaaa dekat mama" sahut Puan Sri Mariana sambil mengusap kepala anak keduanya.
"Ermm...angah rasa angah dah jatuh cinta dengan seorang perempuan ni ma. Budak sekolah HSLB jugak. Tapi dia tak tahu yang angah suka dia sebab sebelum nak pergi sekolah tadi angah terlanggar dia sampai lutut dia berdarah. Pastu angah offer lah nak tolong dia tapi dia tak nak. Astu kan ma..."
"Lepastu apa sayang?" Soal Puan Sri Mariana yang kelihatan tidak sabar hendak mendengar cerita anaknya tentang perempuan yang disukainya. Hati ibu mana yang tidak gembira bilamana dapat tahu anak lelakinya sudah ada hati dekat perempuan. Selalunya Izzfal jarang layan perempuan, lagi-lagi perempuan yang suka dia. Lagilah Izzfal buat dunno je.
"Lepastu time rehat tadi angah terlanggar dia lagi sekali. Tapi angah pelik mama. Riak wajah dia langsung tak marah tapi mukanya sentiasa senyum je ma. Tu yang membuatkan angah jatuh cinta. Pelik ke mama bila angah jatuh cinta padahal angah sekolah menengah lagi."
Puan Sri Mariana tersenyum setelah anaknya habis bercerita. Kelakar rasanya dia melihat muka kusut anaknya yang macam apa. Almaklumlah pertama kali anaknya jatuh cinta dekat seseorang.
"Tak pelik sayang, biasalah tu. Orang kata cinta pandang pertama. Baguslah angah dah ada perasaan suka pada perempuan..."
"Ma!...ingat angah ni hati batu ke ma sampai mama cakap angah macam tu?" Geram pula Izzfal dengan mamanya.
"Mama cakap jelah angah oii. Selama ni perempuan yang suka kat angah, ada angah layan? Tak de kan? Sebab tu lah mama kata angah macam tu. Pape pun angah naiklah dulu mandi, solat. Pastu turun makan okay?"
Izzfal menganggukkan kepalanya dan berlalu naik ke biliknya. Sementara itu Puan Sri Mariana tidak sabar mahu memberitahu perkara ini pada suaminya.
Anna terjengkit-jengkit masuk ke dalam rumahnya. Sekali pandang dah macam pencuri lagaknya. Baru je niat dia nak masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba...
"Ha! Yang kau ni masuk rumah macam nak mencuri ni kenapa? Asal kau balik lambat ha?! Tahu tak yang aku dengan anak-anak aku ni dah kebulur tak makan apa-apa lagi!. Kau cepat sikit masak, kalau tak...siap kau!" Sergah Mak Mona sambil menjegilkan matanya.
"Kejap ek Puan, Anna nak mandi, solat dengan cuci luka Anna kejap".
Panas hati Mak Mona bila Anna cakap macam tu. Geram je dia tengok Anna menjawab arahan dia. Ini yang dia nak naik baran ni.
"Apa kau cakap!? Kau tak faham bahasa ke apa hah! Aku cakap aku dah kebulur lah. Kau pekak ke apa!? Aku tau pukul 2 petang nanti semua dah siap!" Marah Mak Mona sambil menolak Anna sampai terduduk Anna dibuatnya.
"Itu makannya kalau kau menjawab apa yang mak aku cakap! Kau tu just orang gaji je dalam rumah ni! Kau ingat bapak kau kisah ke pasal kau huh!?" hina Tiara, kakak tirinya.
Belum sempat Diana, kakak tirinya yang kedua menghamburkan kata-kata yang menyakitkan. Kedengaran laungan suara orang memberi salam di sebalik pintu utama. Suara tersebut adalah suara Encik Radzi, iaitu ayah kandung Anna.
"Assalamualaikum" ucap Encik Radzi sebelum memasuki rumah
"Kau! Bila ayah tanya kenapa kau menangis. Pandai - pandailah kau cari alasan eh! Kalau tak lagi teruk kitaorang kerjakan kau!" ugut Tiara.
"Waalaikumussalam, abang dah balik. Abang penat?" sahut Mak Mona dengan nada selembut yang mungkin. Tangan Mak Mona menyalam tangan suaminya diikuti Tiara dan Diana.
"Anna sayang, meh sini salam ayah ni. Sini sayang." kata Mak Mona. Mukanya disenyum habis. Kalah lori gula terbalik.
Perlahan-lahan Anna berlakon berjalan seperti biasa untuk menyembunyikan kakinya yang sakit. Semasa Anna menyalam tangan ayahnya. Encik Radzi bertanya, " kenapa dengan kaki Anna tu? Luka ke?"
"Eh! Tak lah ayah. Mana ada. Kaki Anna lenguh je ni. Nanti baiklah, ayah jangan risau ye" jawab Anna sambil tersenyum.
Mak Mona mengambil tempat disebelah Anna dan tangannya berada di atas bahu Anna. Jika dilihat pada mata Encik Radzi, kelihatan Mak Mona begitu sayang pada anak kandungnya Anna. Tapi, hakikat sebenarnya Anna sahaja yang tau.
"Ala... abang jangan risaulah pasal Anna ni. Nanti saya urut kaki dia yang lenguh ni. " Mak Mona menyakinkan Encik Radzi.
"Betul ni Anna? Nanti apa-apa bagitahu ayah ye. Ayah naik rehat dahulu"
"Be...betul ayah!" Tergagap-gagap Anna jawab kerana menahan sakit dilututnya dan ditambah sakitnya pada bahunya kerana Mak Mona menggenggam bahunya begitu kuat sekali.
Sejurus Encik Radzi menaiki tangga menuju ke bilik untuk berehat. Mak Mona terus menolak dengan kasar badan Anna sambil berkata "kau jangan ingat kau boleh ambil kepercayaan ayah kau sendiri! Aku akan pastikan yang ayah kandung kau sendiri yang akan halau kau dari rumah ni!"
Anna hanya mampu merintih dan menangis. Matanya menangkap figura yang sedang galak mentertawakannya tanpa belas kasihan.
Perlahan-lahan Anna mengesot (act betul ke author eja perkataan tu ek?) menuju ke biliknya yang berada di ruangan dapur.
Sampai je Anna ke dalam biliknya, Anna membersihkan dirinya dan keluar untuk memasak. Biarpun dirinya tengah sakit dia harus juga melakukan kerja-kerja rumah ini semua. Jikalau tidak, habis badannya dijadikan tempat melepaskan kemarahan mereka. Dia takut jika ayahnya hilang kepercayaan padanya. Manalah dia hendak pergi kalau ayahnya halau dia dari rumah.
Sambil menyiang ikan hati Anna berbisik sendirian.. 'ibu, kenapa ibu pergi cepat sangat?'.
to be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...