"Anna macam mana? Ayah Anna bagi tak Anna join kem tu?" Soal Aryana dengan muka penuh pengharapan.Setibanya di sekolah Aryana terus mencari sahabatnya bagi mendapatkan kepastian tentang keizinan ayah Anna bagi membenarkan Anna mengikuti kem motivasi tingkatan 5.
Anna memandang muka sahabatnya seraya berkata "sorry Aryana...ayah Anna tak bagi pergi". Riak wajah hampa kelihatan pada muka Aryana setelah Anna memberikan maklum balas pada soalan dia.
"Ermm..tak pelah Anna. Kalau Anna dah tak boleh pergi nak buat macam mana kan?"
Anna kelihatan serba salah apabila Aryana berkata sedemikian. Dia dah lah tak boleh lihat sahabatnya muram sebegini.Anna menggoncang lengan Aryana. Niat untuk memujuk Aryana terbantut kerana...
Aryana pelik kerana Anna sudah tidak memegang lengannya sebaliknya Anna kelihatan seperti menahan kesakitan pada bahagian perutnya. Secara automatik muka Aryana terus berubah riak risau.
"Eh! Anna? Anna kenapa?"
Anna yang masih menekan perutnya mengangkat wajahnya memandang muka Aryana namun secara tiba-tiba penglihatannya makin lama makin kabur dan Anna sudah tidak ingat apa-apa.
Tanpa persediaan apa-apa Anna sudah rebah di sisi Aryana. Aryana apa lagi, makin terkejutlah dia kerana tiba-tiba sahaja Anna sudah pengsan.
Lantas dia meminta pertolongan pelajar yang berada disitu untuk memanggil guru yang bertugas seterusnya membawa Anna ke bilik kesihatan.
"Macam mana fal? Kau dah ready nak pergi kem tu?" Soal Naufal.
Izzfal mengangguk kepalanya tanda membalas soalan yang dilontarkan oleh Naufal.
"Tapi aku dengar cerita yang Anna tak dapat pergi kem tu and sebaliknya Amanda dendeng lak yang pergi"
Kata-kata Rayyan berjaya membuka mulut Izzfal yang dari tadi mendiamkan diri. "Kau serious lah Yien?" Rayyan mengangguk.
"Korang rasa korang tahu tak kenapa Anna tak dapat pergi? Tanya Izzfal pada kawan-kawannya.
Kawan-kawannya hanya menggelengkan kepala dan Izzfal meraup mukanya.
'kenapa kau tidak pergi Anna?'
Pada hari hari jumaat pagi dimana pelajar HSLB tingkatan 5 menghadirkan diri bagi menyertai kem motivasi. Bas yang akan membawa mereka sudah menunggu di hadapan sekolah mereka.
Di satu sudut Aryana menunggu Anna kerana Anna telah berjanji bahawa walaupun Anna tidak pergi tetapi dia akan menemani Aryana sehingga Aryana menaiki bas.
Dari jauh Aryana sudah kelihatan Anna memasuki perkarangan sekolah dan Aryana melambaikan tangannya supaya Anna perasan akan kehadirannya di situ.
Anna perasan akan lambaian tangan Aryana itu dia lekas bergerak menuju ke tempat Aryana.
"Maaf Aryana sebab Anna lambat sampai" kata Anna. Lagipun dia bukan sengaja mahu lambat datang tetapi tiba-tiba bas yang selalu dia naik itu rosak di pertengahan jalan. Mahu tak mahu dia terpaksa menunggu bas seterusnya.
"Ha! Ingatkan Anna tak datang tadi. Baru Aryana ingat nak merajuk dengan Anna."
"Ala...Aryana jangan merajuk dengan Anna. Nanti Anna sedih macam mana?"
"Hahaha...Aryana gurau jelah. Anna ni lawak betul lah."
Anna tersipu malu apabila Aryana mengusiknya sebegitu. Terkena dia dengan gurauan Aryana pada pagi ini.
Dari jauh mereka diperhatikan oleh kumpulan Izzfal yang memandang mereka sejak tadi.
"Weyh fal! Tu Anna kan? Pergilah tegur dia sebelum kita dipanggil naik bas." Ada je mulut kepochi si Rayyan ni.
"Tak nak lah. Nanti aku pergi segan lak dia." Balas Izzfal tanpa memandang muka Rayyan kerana matanya asyik terarah pada tempat dimana Aryana dan Anna duduk.
"Perhatian kepada semua tingkatan 5. Sekarang masa menunjukkan pukul 8:45 pagi jadi diminta pelajar lelaki dan pelajar perempuan berbaris untuk menaiki bas yang telah disediakan. Bas yang berwarna biru untuk pelajar lelaki manakala bas berwarna hijau untuk pelajar perempuan. Jangan lupa untuk ambil kehadiran dahulu sebelum menaiki bas. Terima kasih dan harap maklum." Ucap guru yang bertanggungjawab mengendalikan kem motivasi.
"Okaylah Anna. Aryana pergi dulu eh? Anna jaga diri tau. Aryana sayang Anna." Mengalir air mata Aryana. Berat hatinya hendak meninggalkan Anna.
"Hey Aryana. Kenapa menangis ni? Balik dari kem nanti kita boleh jumpa. Dah! Tak mau nangis-nangis ni. Karang tak lawa pula sahabat Anna ni" gurauan Anna sebanyak sedikit mengurangkan rasa sedih di hati Aryana.
"Hehehe yelah Anna. Aryana pergi dahulu. Assalamualaikum"
Aryana mengangkat begnya dan menuju ke arah bas. Di dalam bas Aryana melambaikan tangannya dan sempat juga dia menangkap gambar Anna yang sedang melambaikan tangan padanya.
Dari bas lelaki Izzfal hanya mampu memandang Anna dari tempat duduknya di tepi tingkap.
Dia akan berasa tenang apabila melihat wajah Anna. Wajah yang penuh dengan kesayuan dan wajah yang penuh dengan kelembutan.
Tetapi kenapa dia rasa hati dia macam ada yang tidak kena ni? Dia hanya mampu berdoa agar Anna baik-baik sahaja semasa keberadaan dia di kem.
Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah dan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan sebelum lewat.
Disitu semuanya dilihat oleh seseorang yang sudah merangka strategi bagi menjatuhkan musuhnya.
Hanya tunggu masa yang akan tiba tidak lama lagi.How my story? Merepek bukan? Hshshs...
to be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...