Anna melangkah masuk ke perkarangan sekolah dalam keadaan terhenjut-henjut menahan sakit pada lututnya. Sedang Anna berjalan dia disapa oleh rakan baiknya iaitu Aryana.
"Anna , what's wrong with your leg?" soal Aryana dengan memek muka yang cemas. Kadang Anna terhibur dengan perangai Aryana ni. Yelah Aryana seorang sahaja kawannya yang tahu luar dan dalam masalah dia. Lagipun dah 11 tahun dia dengan Aryana berkawan dan disebabkan itulah dia tiada apa-apa rahsia dengan Aryana kecuali satu rahsia yang dia sahaja yang tahu!
"Eh Aryana chill lah...tadi Anna perjalanan nak pergi ke perhentian bas tadi ada seorang lelaki yang langgar Anna. Dia tak sengaja tu lagipun dia dah minta maaf kat Anna". Terang Anna satu persatu bagi mengurangkan kerisauan Aryana.
"Habistu Anna dia tak bawa Anna pergi klinik ke?"
"Dia ada offer tapi Anna tolak. Lagipun dia bawa motor lah Aryana" gelak Anna apabila melihat wajah Aryana. Aryana lega mendengar penjelasan Anna. Aryana mengaku yang dia sangat selesa berkawan dengan Anna kerana Anna jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain dan suka membantu orang even dia tengah dalam kesusahan. Anna seorang yang tabah dalam apa jua keadaan. Sebab tu Aryana tabik dengan sikap Anna.
"Kalau macam tu jom lah Aryana bawa Anna pergi bilik kesihatan. Nanti tak rawat luka Anna tu boleh bahaya." Ajak Aryana sebelum masuk ke kelas.
"Habistu perhimpunan macam mana Aryana? Nanti Cikgu Liyana marah karang tak pergi perhimpunan" kata Anna. Gusar hati Anna kerana takut Aryana dimarahi gara-gara dia.
"Tak pe Anna. Nanti Aryana inform dekat Cikgu Liyana. Anna punya luka tu yang penting". Tungkas Aryana sambil memapah Anna menuju ke bilik kesihatan yang berada di belakang blok pentadbiran.
Semua mata memandang ke arah pintu masuk hadapan sekolah kerana di situlah jejaka hot stuff idaman pelajar-pelajar perempuan High School Laura Bright datang dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Siapa tidak kenal dengan anak jutawan yang terkemuka di Malaysia iaitu Tengku Izzfal Aqil Nazhan kacukan melayu-german. Memiliki raut wajah yang sangat tampan dan mampu membuatkan hati perempuan cair tatkala melihat wajahnya. Izzfal tahu dia sememangnya sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah tetapi apa yang dia boleh buat selain memberikan senyuman kepada orang-orang yang fanatik padanya. Nanti tak balas kata sombong pulak. Setiap hari meja dia akan dipenuhi dengan surat yang mengandungi cinta dan coklat. Dia memang akan terima coklat itu semua tapi bukan dia makan okayy. Coklat-coklat tu semua dia akan dermakan dekat rumah anak yatim dan surat-surat tu dia akan letak dalam satu kotak dan diletakkan dalam locker nya.
"Yow! Wassap bro" sergah Naufal sambil menepuk lembut bahu Izzfal. Naufal bersama lagi dua orang rakannya iaitu Muhammad Faiq Faliq Haikal dan Muhammad Rayyan Rayqal Danish. Nama penuh Naufal pula Muhammad Adam Naufal Mustaqim. Mereka berempat selalu bersama tak kira di mana sahaja. Geng mereka berempat lah sering menjadi sebutan warga HSLB.
"Hey" ringkas sahaja balasan yang diberikan oleh Izzfal. Diri dia seakan-akan teringat kejadian pagi tadi. Mungkin dia sudah jatuh hati pada gadis tersebut. Serabut dia memikirkannya. Dia nekad untuk memiliki gadis tersebut secara sah.
"Kau asal bro? Cam ada prob je. Meh citaa kat kawan-kawan hang yang sudi mendengar ni" kata Naufal. Pelik dia sbb selalunya Izzfal akan ceria. Tup-tup pagi ni macam lain maciamm.
"Time rehatlah aku cerita. Nanti kita berkumpul dekat tempat biasa" kata putus yang Izzfal berikan pada rakan-rakannya sebelum lebih banyak soalan yang akan ditanya.
Mereka semua akur dan bergerak ke perhimpunan yang akan diadakan sebentar lagi.
to be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...