D4

73 42 4
                                    

       "Anna!"

Anna melihat Aryana melaung namanya dari jauh sambil berlari termengah-mengah.

'lahai si Aryana ni dah tau semput bila lari, nak jugak lari. Aryana²' monolog Anna yang sentiasa terhibur dengan sikap Aryana.

      "Huh! Penat...penat...huhuhu" okay Aryana. Tarik nafas hembus, tarik hembus. Bila pernafasan Aryana stabil Aryana dengan lagak sang polis tidak bertauliahnya terus menyerang Anna dengan kuasa tanya soalan berpandu meriam yang bakal dikeluarkan dari mulutnya.

       "Anna! Why? Kenapa boleh jadi macam ni? Ni tengok luka Anna dah berdarah balik astu Anna dah lah tak rehat lagi. Kalau Aryana tahu tadi tak de lah Aryana tinggalkan Anna sorang-sorang pergi tandas. Siapa buat Anna macam ni? Nanti Anna balik karang apa nasib Anna nanti? Anna ni buat Aryana risaulah."

Anna yang mendengar Aryana membebel nya dari tadi hanya mampu berdiam diri menikus adalah lebih baik kerana takkan lah Anna nak kata lelaki dihadapannya buat Anna sampai macam ni. Mahunya si Aryana ni bantai lelaki dihadapannya. Baik dia tidak memberitahu perkara yang sebenar.

       "Aryana...Anna tahu Aryana risau dengan keadaan Anna tapi..." Belum sempat Anna menyambung percakapan nya lelaki dihadapannya bersuara.

       "Ehemm...maafkan saya saudari sekalian. Act saya yang tak sengaja terlanggar kawan awak ni. Btw my name Izzfal Aqil Nazhan and you all can call me Izzfal."

Aryana memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan yang Anna sudah jangkakan apa yang akan berlaku. Sebelum apa-apa terjadi baik Anna bersuara dahulu.

       "Erm tak pe lagipun kaki orang ni baik juga nanti lukanya. Nama orang Anna dan kawan orang kat sebelah ni nama Aryana. Orang rasa awak dah boleh pergi dah dan terima kasih sebab tolong orang."

Izzfal berlalu pergi dengan hati yang separuh tidak rela sebab ayat second last Aryana membuatkan Izzfal rasa ingin untuk mengenali Anna dengan lebih rapat sehingga menjadi yang sah suatu hari insyallah.

       "Anna!!!" Aryana yang sudah sedia geram dengan Anna bertambah geram lagi kerana Anna hanya membiarkan sahaja lelaki tersebut pergi.

       "Ye Aryana. Cuba bawa bersabar, biar Anna terangkan satu-satu okay?" Pinta Anna menenangkan hati Aryana. Anna sedia maklum yang Aryana akan bersikap sebegitu apabila melibatkan keadaannya yang sebegini.

Aryana hanya mengangguk dan menenangkan dirinya sebelum Anna menyambung ceritanya.

       "Ceritanya macam ni, dia lah lelaki yang langgar Anna pagi tadi sampai lutut Anna luka. Dia ada offer nak tolong Anna tapi Anna tolak pelawaan dia. Tadi tu dia terlanggar Anna sebab salah Anna jugak yang jalan tak pandang depan. Then, Anna yang minta dia panggilkan Aryana kat kantin sebab dia yang beria nak tolong Anna." Sebaik je Anna habis bercerita Aryana terus peluk Anna. Memang dia akui yang dia sayangkan Anna. Lagipun mereka dah ibarat adik beradik. Kemana sahaja mereka pergi pasti berdua dan satu sekolah HSLB sudah tahu betapa akrabnya persahabatan mereka berdua.

       "Anna tau kan yang Aryana sayang Anna. Aryana risau kalau Anna balik nanti Anna tak dapat rehat. Aryana takut nanti mak tiri Anna pukul Anna lagi" luah Aryana sambil menitiskan air mata.

        "Tak pe Aryana, Anna okay. Aryana jangan risau okay?"

        "Kalau macam tu jom lah kita pergi bilik kesihatan cuci luka Anna" dan Aryana pun memapah Anna pergi ke bilik kesihatan sementara waktu rehat belum habis.







Izzfal melangkah longlai menuju ke kantin dimana rakan-rakannya sudah menunggunya. Dia dengan muka pasrah macam orang hilang anak duduk menyertai rakan-rakannya yang sedang rancak berbual. Naufal yang perasan akan kehadiran Izzfal terus bertanya.

       "Weyh fal kau okay tak ni? Semacam je aku tengok muka kau ni. Asal? Meh citaaa kat kitaorang and citaaa sekali cerita pasal pagi tadi jugak." Rakannya yang lain hanya mengangguk tanda akan setuju soalan yang dilontarkan pada Izzfal. Mereka jugak tidak sabar hendak mengetahui cerita yang bakal diceritakan oleh Izzfal.

Izzfal mengeluh seraya memandang satu persatu akan wajah rakan-rakannya dan meraup wajahnya. Jelas kelihatan wajah kusut miliknya.

        "Sebelum tu aku nak tanya korang. Korang tak pernah nampak lagi kan aku suka mana-mana pelajar perempuan sekolah ni melainkan diaorang yang suka aku tapi aku yang tak layan"

       "Yeah! Memang tak pernah" jawab Naufal.

       "Langsung tak" Rayyan jawab sambil minum air dihadapannya.

       "Ermm tak and btw apa masalah kau sebenarnya?" jawapan dari Faiq.

       "Aku. Dah. Jatuh. Cinta." Empat perkataan yang cukup membuatkan rakan-rakannya faham.

       "K...ka...kau apa fal!?" Soal Rayyan tergagap-gagap. Yelah selama ni si Izzfal ni susah kot nak jatuh cinta. Suka someone lagilah jarang. Tup-tup dia bagitau yang dia dah jatuh cinta. C. I. N. T. A satu perkataan, lima huruf, satu makna. Memang terkezut lah Rayyan dibuatnya. Bukan dia je tapi Naufal ngan Faiq pun terkejut. Tapi tidaklah seteruk riak terkejut yang dipamerkan oleh Rayyan.

       "Kau serius ni fal? Tak pernah-pernah kau nak jatuh cinta dengan anak dara orang." Faiq bersuara. Antara mereka berempat hanya Faiq yang perwatakan tenang dan tegas.

       "Dengan siapa fal kau dah jatuh hati ni?" turn Naufal bertanya.

       "A...aku jatuh cinta dengan seorang perempuan ni. Mukanya manis dengan senyuman. And perempuan tu aku ada langgar dia pagi tadi masa nak pergi sek..." belum habis Izzfal cerita tiba-tiba Rayyan menyampuk.

       "Apa!? Kau langgar anak orang fal? Are you serious? How can kau langgar anak orang!" Sejurus je Rayyan menjerit kepalanya kena hempuk dengan cawan yang berada di atas meja. Siapa lagi yang hempuk kepala Rayyan kalau tidak Naufal. Gila betul Rayyan ni, kut ye pun nak menjerit agak-agak lah. Habis satu kantin pandang pelik kat meja diaorang. Faiq memberikan pandangan tajam ke arah Rayyan yang sedang tersengih-sengih bak kerang busuk.

       "Ha, sila-sila sambung cerita anda. Maafkan saya kerana menyampuk anda bercerita tadi" kata Rayyan sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal. Bukan Rayyan lah kalau suka mengusik orang. Memang jarang si Rayyan ni nak serious tapi bila dah serious memang lain lah perwatakannya. Dan Izzfal pun menyambung kembali ceritanya yang tergendala tadi akibat perangai kecoh Rayyan.


to be continued...

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang