D6

64 38 6
                                    

Aryana mundar-mandir dalam biliknya. Resah dia memikirkan keadaan Anna apabila balik rumahnya.

Ibarat kata orang 'Rumahku Syurgaku'. Tetapi maksud pada perkataan tu tiada dalam hidup Anna. Rumah Anna sendiri bukan jadi syurga, malah jadi tempat seksaan buat sahabatnya.

Sudahlah sahabatnya itu tiada telefon pintar. Macam manalah dia mahu menanyakan khabar berita sahabatnya itu. Memang dekat sekolah boleh berjumpa, tetapi tidak lah sampai 24 jam. Perbincangan bersama mama dan papanya bermain di mindanya.

       "Ma...pa...adik ada permintaan" kata Aryana. Memang dia dah biasa menggelarkan dirinya 'adik' disebabkan dia merupakan anak tunggal usahawan terkenal.

Nur Aryana Alisa. Anak kepada pasangan Tan Sri Zaim dan Puan Sri Zalia. Tan Sri Zaim seorang usahawan yang terkenal. Puan Sri Zalia pula mempunyai butik pakaian eksklusif. Hanya orang terkemuka sahaja menjadi pelanggan pada butik tersebut. Walaupun keluarganya kaya namun sifat yang ada pada Aryana sangat merendah diri dan tidak pernah sombong dengan apa yang dimilikinya. Kerana baginya itu semua duniawi dan bersifat sementara.

      "Permintaan apa tu dik?" Soal Tan Sri Zaim, ayah Aryana.

       "Adik nak ajak Anna tinggal dengan kita boleh?" Tanpa berdalih lagi, Aryana terus meminta izin mama dan papanya.

Puan Sri Zalia memandang muka suaminya sebelum menjawab soalan dari anak tunggalnya.

       "Bukan mama dan papa tak bagi dik Anna tinggal dengan kita, tapi Anna masih ada ibubapa bukan?"

Hampa? Ye memang menghampakan hatinya apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut mamanya. "Tapi ma...Anna memang tinggal dengan ayahnya. Masalahnya Anna selalu kena pukul dengan mak dan kakak tirinya ma...pa."

Aryana masih tidak berputus asa dalam memujuk mama dan papanya.

Tan Sri Zaim dan Puan Sri Zalia memang kenal benar keluarga Anna. Tapi bukan niat mereka tidak mahu tolong. Masalahnya Anna masih dibawah jagaan ibubapanya.

       "Adik...papa harap adik faham keadaan Anna. Anna masih dibawah jagaan ibubapanya. Kita tak boleh sesuka hati nak bagi Anna tinggal dengan kita" nasihat Tan Sri Zaim.

Kusut pemikirannya bila terkenangkan balik perbincangan bersama mama dan papanya. Dia harus...eh silap! Bukan harus tapi wajib! Dia wajib memikirkan jalan lain supaya Anna dapat keluar dari 'dunia seksaannya.'











Truttt...truttt!!!

       "Aisehhh! Siapa pula lah yang kacau aku tidur time weekend ni?!"

Tangan Izzfal meraba-raba tempat tidurnya untuk mencari bunyi telefonnya dalam keadaan separuh sedar. Setelah jumpa Izzfal menekan button accept tanpa melihat nama pemanggil dan menyahut panggilan orang disana sambil matanya masih ditutup

       "Ermm nak apa?" Soal Izzfal acuh tak acuh. Ngantuk aihh.

       "Woi!!! Manusia bangun!! Aku ada berita buruk ni!!" Menjerit pemanggil disana.

Terkejut, terkezut, terkejung Izzfal mendengar jeritan maha mega dari si pemanggil. Mahunya pecah gegendang telinganya. 'Halamekk siapa pula yang call aku jerit-jerit ni?!' rengus Izzfal. Geram bila tidurnya orang kacau. Kalau elok bolehlah dia maafkan sikit. Ni tak! Menjerit-jerit macam orang hilang tekak apesal!?

Izzfal melihat nama si pemanggil di talian.

'Rayyann si kepoh'

'Ermm patutlah...Apa kejadah mamat ni call aku jerit-jerit?' bisiknya dalam hati.

       "Ha! Kau nak apa? Berita buruk apa? Dah ar call orang jerit-jerit dengan salamnya tak de...bla bla bla." Itulah perangai Izzfal. Membebel macam perempuan.

       "Uishh kau ni. Tak hilang lagi ek sifat membebel kau" gelak Rayyan terbahak-bahak macam nak terkeluar anak tekak dah gayanya.

       "Eyy kau ni! Suka hati akulah. Berita buruk apa yang kau tak sabar sangat nak bagitahu aku tu? Sampai kacau waktu weekend aku yang indah ni?!"

       "Berita buruknya...."






to be continued...

DiaWhere stories live. Discover now