D10

52 21 13
                                    

       "Baby..."

Tersembur air yang diminum oleh Izzfal gara-gara panggilan yang dipanggil oleh si pemanggil tersebut. Nak-nak kena pula dekat Rayyan si kepochi air yang disemburnya secara tidak sengaja itu.

       "Woii!! Kuajaq punya member..." Marah Rayyan sambil mengelap mukanya.

       "Alaa....sorrylah. Aku terkejut tadi"

Si gadis yang memanggil panggilan baby itu melabuhkan punggungnya di sebelah Izzfal tanpa dipelawa sedikit pun. Tanpa segan silu si gadis itu memaut lengan Izzfal dengan manja.

       "Baby...i miss you sooooo much!" kata si gadis tersebut.

Kawan-kawan Izzfal sudah naik muka menyampah dengan sikap gedik gadis tersebut. Tanpa melengahkan masa dan mata yang melihat adegan naik bulu di hadapan mereka Faiq cepat-cepat bersuara.

       "Fal, kitaorang gerak dulu lah. Mata aku tiba-tiba masuk habuk sebab tengok spesies tak de tulang dekat sini." Sindir Faiq sambil tangannya acah-acah menggosok mata.

       "Ye weyh! Tangan aku ni gatal je dari tadi. Rasa macam nak tampar orang" perli Naufal.

Izzfal yang sudah sedia gelisah bertambah bengang apabila kawan-kawannya hendak pergi meninggalkannya seorang diri bersama si gadis tiada tulang.

Izzfal memandang Rayyan dengan riak wajah minta simpati. Kut-kut lah si Rayyan ni nak teman dia. Kalau boleh, nak je dia tinggalkan si gadis tiada tulang ni dekat sini tapi dia ada gak sifat belas ihsan sedikit pada perempuan even dia jenis hati batu sikit pada perempuan.

Rayyan yang perasan Izzfal memandangnya cepat-cepat dia mengangkat tangan dan berkata "aku tak bersalah. Aku tak nak terlibat dengan orang yang tak ada tulang sebab takut berjangkit pula kat aku."

Muka si gadis tiada tulang mula cemberut bila kawan-kawan lelaki idamannya as a boyfriend perli-perli dia.

       "Baby! Tengok diaorang tu perli sayang!"

Izzfal mengeluh perlahan seraya berkata. "Korang geraklah dulu. Nanti aku datang" pasrah? Gila tak pasrah apabila ditinggalkan bersama orang yang dia tidak suka.

Faiq mengangguk dan mengajak Naufal dan Rayyan beredar dari situ.

       "Amanda look! I tak de apa-apa kaitan dengan you pun. And! You bukan siapa-siapa dalam hidup I. Jadi, berhentilah berharap pada I sebab I takkan bersama dengan you!"

       "Tapi...I sayang you. I sukakan you dari kita form 1 lagi."

       "You know what? I pindah sekolah disebabkan you! I tak nak you ganggu I tapi kenapa you mesti pindah dekat sekolah ni? Kenapa tak pindah dekat sekolah lain!?"

       "Please Amanda. Hati I bukan untuk you."

       "Kalau hati you bukan untuk I habistu untuk siapa?"

       "No need to know"

       "I tak kira! I akan cari siapa perempuan yang you suka tu! I takkan biarkan you dengan dia bersama selagi I tak dapat you!" Tegas Amanda memberitahu Izzfal.

       "Kalau I tahu you apa-apakan dia nahas you I kerjakan!" Kata Izzfal dengan nada marah yang ditahan-tahan dan beredar dari situ. Meninggalkan Amanda yang sedang menghentakkan kakinya tanda protes.

Boleh pula ye si Amanda ni hentakkan kaki dia sedangkan dialah pemegang awards si gadis tiada tulang. HAHAHA...jahatt nauuu author ni.






Pada kesibukan kotaraya yang sedang pesat membangun. Terdapat segelintir manusia yang angkuh pada Sang Pencipta. Sesuka hati menghalalkan benda yang sudah terbukti ianya haram! Kelab malam yang popular di tengah Kuala Lumpur ini menjadi tarikan kepada anak muda yang tidak tahu hukum halal haram dan dosa pahala.

'maka nikmat apa lagi yang kamu dustakan?'
Surah Ar-Rahman

       "Bro! Macam mana dengan hasil pemerhatian kau selama ni?" Tanya si jejaka yang sedang galak menyalurkan air kencing syaitan ke dalam salur esofagusnya sejurus menjadi sebati dalam darah daging.

       "So far so good but aku perasan baru-baru ni ada sorang mamat ni cuba rapat dengan target aku! Selagi bapa dia tak langsaikan hutang dia dekat aku jangan harap aku boleh lepaskan anak dia!"

       "Anak dia bukan ada tiga orang ke? Kenapa kau target anak kandung dia? Asal kau tak cilok je anak tiri dia yang dua orang tu? Sebab diaorang nampak lagi liar berbanding anak kandungnya."

       "Nope! Aku takkan sentuh anak tiri dia sebab kalau anak tiri dia hilang takkan rasa sangat. Aku nak dia rasa menyesal sebab lambat bayar balik hutang aku! Lagipun ayah dia yang cagarkan dia kalau lebih setahun dia tak bayar gak aku boleh ambil anak dia."

Si jejaka yang galak meminum air kencing syaitan tersebut menganggukkan kepala tanda faham akan penerangan daripada kawannya.






Group IZZFANARA

Izzfal: Guys! Habislah aku! Habis...habis...

Rayyan: kenapa toq kau ni fal? Apa yang hanis?

Naufal: kepala kau hanis...Yien! Agak-agaklah kalau ye pun typo...

Faiq: asal fal? Apa citer kau dengan perempuan tak de tulang tu?

Rayyan: biarlah...sibuk je kau ni Naufal! TYPO IS INDAH! Kau apa tau?

Naufal: ergh!!! Whatever...

Izzfal: Amanda! Dia kata dia akan cari perempuan yang aku suka. Lagi tepat dia nak cari Anna!

Faiq: seriously!?

Izzfal: nantilah kita jumpa kat sekolah hari Isnin nanti...

Mereka menamatkan chatting setelah mendengar kata putus dari Izzfal. Cerita dekat sekolah lagi syok daripada cerita dalam chat. Dia wajib memikirkan strategi supaya Amanda takkan terserempak dengan gadis pujaan dia!









to be continued...

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang