"Berita buruknya... Amanda. Amanda dah balik Malaysia."
"La...biarlah dia balik Malaysia sekalipun. Yang penting jangan kacau aku sudah" balas Izzfal dengan nada yang malas.
Semata betul si Rayyan ni call aku sebab nak cerita si minah gedik tu. Kalau call nak cerita pasal Anna tak pelah. Beribu tahun sanggup abang tadahkan telinga. Acewahhh! Ni lah gayanya bila Izzfal dah sukakan seorang perempuan. Lain sungguh perangainya yang beku dulu bila berhadapan dengan perempuan lain.
"Masalahnya...Amanda nanti sekolah dekat HSLB nanti!" Beritahu Rayyan lagi
"La...biarlah nak sekolah dekat HSLB sekalipun janji...eh! Wait!! Kau cakap apa tadi? Dia sekolah dekat HSLB jugak!?"
"Yelah, itulah kau cakap dalam keadaan mamai memang macam ni kan?" perli Rayyan.
"Weyh! Rayyan...bala dah datang Rayyan. Apesal lah dia balik Malaysia?" Rungut Izzfal dalam hati dan menyumpah ranah si minah gedik. 'Amanda dah lah kaki perasan. Bila masa ntah aku suka dia. Memandai je jaja cerita yang aku ni boyfriend dia.' getus Izz"Aku tau bala datang Fal. Masalah sekarang ni kau enn dah suka dekat Anna, then bila Amanda tau yang kau suka perempuan lain? Tak ke harunya karang."
"Arghh! Nantilah kita bincang dekat sekolah. Serabut lah kepala aku. Dah lah kau kacau masa aku nak tidur."
"Eh kau ni kang! Bersyukur lah aku call kau bagitau pasal minah tu. Tak reti bersyukur punya kawan bla bla bla...."
"Dah lah kau ni Yien. Cakap orang kuat bebel kau tu apa kurangnya?" Perli Izzfal.
"Diam kau syaitonnn!! Pape jumpe kat sekolah nanti." Balas Rayyan sebelum mematikan panggilan.
Sejurus mematikan panggilan Izzfal memikirkan cara untuk dia tidak bertembung dengan minah tu dan yang paling penting Amanda tak boleh tahu pasal kewujudan Anna!
Di sebuah rumah kedengaran suara insan merintih tatkala tubuhnya dijadikan bahan pukulan oleh manusia yang tidak mempunyai hati perut. Binatang pun tahu sayang anak. Inikan pula manusia yang tak reti bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan.
"To...tolong jangan pukul Anna. Kenapa puan selalu pukul Anna?" tanya Anna dalam keadaan tersedu sedan menahan sakit.
"Kau tanya aku kenapa aku selalu pukul kau?! Eh! Kau sedar tak yang kau ni selalu buat aku sakit hati? Kau ingat ayah kau sayang kau?! Kau tunggu lah saat ayah kau benci dan halau kau dari rumah ni!" Jerkah Mak Mona sambil kakinya galak menendang perut Anna tanpa belas kasihan sementara Tiara menampar-nampar pipi Anna dan Diana menarik rambut Anna sekuat hatinya.
Puas hati mereka apabila melihat Anna dalam keadaan sedemikian rupa. Kisah pula mereka jika Anna menderita, yang penting hidup mereka bahagia kerana sedikit demi sedikit kepercayaan Encik Radzi terhadap Anna kian menepis.
'ya Allah sakitnya tubuhku ya Allah! Kau bukakanlah pintu hati mereka untuk berubah sebelum terlambat' doa Anna dalam hati.
Setelah puas mengerjakan Anna, mereka meninggalkannya keseorangan diri menahan sakit. Perbuatan mereka mendera Anna tidak diketahui oleh ayahnya kerana dia tidak mahu ayahnya tahu.
Perlahan-lahan Anna bangun sambil tangan kanannya ditekap pada perut untuk menahan kesakitan yang perit.
Seluruh tubuhnya sakit! Sakit luaran mahupun dalaman. Anna hanya mampu mengadu pada penciptaNya.
to be continued...
YOU ARE READING
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...