Setibanya Anna ke sekolah pada pukul 7:10 minit pagi. Kesakitannya semakin menjadi-jadi disebabkan dia banyak bergerak. Dengan bersusah-payah Anna bergerak menuju ke tempat locker buku yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Locker buku dimana pelajar HSLB akan menyimpan beg dan barang peribadi didalamnya. Dilengkapi dengan kunci sebagai keselamatan. Jadi para pelajar HSLB tidak perlu bersusah- susah untuk membawa buku yang banyak kerana semuanya telah berada di locker
Sedang Anna berjalan Anna terdengar orang menjerit namanya tetapi Anna tidak mampu untuk menyahut panggilan tersebut.
"Anna!" Laung Aryana apabila dia menjejakkan kaki ke sekolah ini dia terus mencari sahabat baiknya. Dari jauh dia nampak Anna berjalan terhuyung-hayang dengan langkah yang boleh dikatakan bila-bila masa sahaja Anna akan tumbang.
Aryana mendekati Anna dan memegang bahunya. "Jangan pe...pegang An...Anna." ujarnya.
Belum sempat Aryana bertanya dengan lebih lagi. "Anna!" Dari jauh kelihatan Izzfal bersama kawan-kawannya bergerak ke arah mereka. Nasib baik pada pagi itu pelajar tidak ramai lagi. Kalau tak mahunya diaorang menjadi tumpuan umum.
"Anna, saya tahu awak tak okay. Jom saya dengan Aryana bawa awak pergi bilik kesihatan." Ujar Izzfal sebaik sampai ke tempat mereka.
"Jom Anna. Aryana tengok muka Anna ni pun dah pucat sangat ni. Dengan menggigil nya lagi. Dari tadi Anna letak tangan Anna dekat perut."
Anna yang masih menekan-nekan perutnya untuk mengurangkan kesakitan tidak menghiraukan mereka. Badannya hanya mampu bersandar pada pintu locker dalam keadaan membongkok.
"Pe...pergi. Jangan ki...sah pasal Anna." Ujarnya.
"Tapi Anna tengoklah kead..." tanpa sempat Aryana menyambung katanya Anna sudah rebah tidak sedarkan diri.
Anna tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Aryana. Perutnya menjadi-jadi sakitnya dan serta merta penglihatannya gelap dan seterusnya dia tidak ingat apa-apa.
"Anna!" Jawab mereka semua serentak. Izzfal mengangkat Anna dan membawanya ke bilik kesihatan diikuti oleh Aryana dan kawan-kawan Izzfal.
"Aryana..."
Kepala Aryana ditundukkan pada tepi katil Anna. Kelihatan matanya jelas kemerahan akibat menangis terlalu lama.
Aryana mengangkat kepalanya dan menyahut panggilan yang memanggilnya "ye? Awak nak apa?" Sahut Aryana sambil mengesat air matanya.
"Boleh kita berborak sekejap?" Tanya Izzfal.
Aryana seraya menganggukkan kepalanya dan mereka bergerak keluar dari bilik kesihatan. Mereka duduk pada kerusi yang telah disediakan di luar bilik kesihatan.
Bagus bilik kesihatan ini ialah bilik kesihatan yang sekolah mereka bina ni dah macam hospital mini. Dekorasinya sebiji macam berada di dalam hospital.
Belum Izzfal hendak memulakan pertanyaan Aryana sudah memulakannya dahulu. "Awak nak tanya kan kenapa Anna jadi macam tu?" Izzfal mengangguk.
Aryana menyambung "tapi sebelum tu awak jangan potong cerita saya sampai saya habis cerita. Bila saya dah habis cerita awak nak tanya banyak mana pun saya tak kisah." Izzfal mengangguk tanda setuju.
"Saya kenal Anna time kitaorang umur 7 tahun. Anna yang saya kenal sangat tabah selepas ibunya meninggal masa dia 9 tahun. Apalah sangat kan dengan budak 9 tahun bila kehilangan seorang ibu. Kehilangan kasih sayang. Kalau budak sebaya Anna menangis meratapi kematian ye tapi bukan Anna. Saya yang selalu ada di samping dia sepanjang 11 tahun lebih usia perkenalan kami berdua. Then, after a few months ayah dia kawin dengan seorang janda anak 2. Sejak tu hidup Anna berubah. Setiap hari dia dipukul, didera dari segi emosi dan fizikal. Bijaknya Anna menyembunyikan yang dia kena dera sampai saya tak tahu. Suatu hari tu, saya ternampak kesan lebam pada tangannya. Saya tanya kenapa dengan tangan dia. Then dia jawab tangan dia lebam sebab luka. Saya curious dengan jawapan dia and saya decide pergi ke rumah dia tanpa pengetahuan dia. Rupanya selama ni dia kena dera. Hati saya sakit bila suara rintihan Anna terngiang-ngiang dekat fikiran saya..." Aryana mengelap air matanya yang mengalir deras dan menyambung kembali cerita "esoknya saya tanya dia kenapa tipu saya. You know what dia jawab apa. Dia jawab tak pe lah Aryana jangan risau. Lagipun tak teruk mana pun dan Anna kan kena hormatkan dia sebab dia isteri kedua ayah Anna."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...