Izzfal bersama kedua ibubapanya duduk melepaskan lelah di cafe yang disediakan oleh pihak hospital.Anna masih di ICU menunggu keadaannya pulih sedikit dan dipindahkan di wad biasa manakala Aryana sudah diberikan rawatan di wad kerana kekurangan air dan sudah dimasukkan air ke dalam badan.
Izzfal memandang kedua ibubapanya seraya meraup wajahnya. Matanya berasa perit kerana terlalu banyak menangis. Muka ibubapanya pun menunjukkan yang mereka tidak sabar untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Izzfal menghela nafas dan memulakan ceritanya. " Mama...baba angah keluar rumah tadi sebab angah pergi rumah perempuan yang angah pernah cerita dekat mama haritu. Perempuan yang angah suka dan cinta tu..."
Puan Sri Mariana yang ingin mencelah terus ditahan oleh suaminya. "Biarkan angah cerita bagi habis ayang." Kata Tan Sri Zainal.
Setelah Puan Sri Mariana menganggukkan kepala Izzfal menyambung ceritanya yang tergendala tadi.
...lepas angah call kawan Anna tu angah pergi ambil dia and pergi rumah Anna. Nama girl yang angah suka tu Anna. Sampai je kitaorang dekat rumah Anna kitaorang terkejut sebab Anna hampir kena rogol dengan orang suruhan ah long..." Izzfal mengelap air matanya yang mengalir dan menyambung balik cerita. "Ayah dia berhutang dengan ah long dan jadikan Anna sebagai cagaran bila ayahnya tak dapat nak bayar balik. Angah cakap dekat ah long tu yang angah akan bayar dekat dia secara by hand baru dia lepaskan Anna..."
... keadaan dia lemah sangat mama, babah...apa yang membuatkan angah speechless terkejut yang dia ada kanser perut dah sampai stage 3."
Terus Izzfal tidak dapat membendung kesedihannya. Air matanya juga sudah mengalir buat kali ke berapa sudah.
Puan Sri Mariana juga turut mengalirkan air matanya kerana berasa sedih akan cerita yang diceritakan oleh anaknya itu.
Tan Sri Zainal berasa kelainan pada anak keduanya itu. Perempuan manakah yang berjaya mencuri hati anaknya sampai jadi sedemikian rupa?
"Mama nak jumpa dengan dia boleh angah?" Tanya Puan Sri Mariana setelah reda tangisannya.
"Tak boleh mama sebab keadaannya sekarang kritikal. Anna sekarang dekat ICU."
Puan Sri Mariana hanya mengangguk lemah.
"Tapi mama abah...angah ada permintaan."
"Permintaan apa?" Soal Tan Sri Zainal.
"Angah nak jadikan dia isteri yang sah pada angah. Angah nak jaga dan lindungi dia. Angah cintakan dia mama abah. Angah tak pernah rasa sakit macam ni bila tengok dia terlantar dalam wad tu. Angah tahu angah budak sekolah lagi tapi angah janji angah jaga dia, sayang dia ibarat nyawa angah sendiri."
Tan Sri Zainal dan Puan Sri Mariana tergamam akan permintaan anak kedua mereka. Mereka tidak menyangka sama sekali yang anaknya berfikir sebegitu.
Muka Izzfal yang penuh dengan pengharapan dan menantikan maklum balas dari kedua ibubapanya tidak dijawab. Tan Sri Zainal mengambil keputusan untuk berbincang terlebih dahulu di rumah kerana masing-masing sekarang emosi tidak stabil.
Sejak balik dari hospital Izzfal mengurungkan diri di dalam bilik. Telefonnya juga dimatikan kerana tidak mahu diganggu. Pintu biliknya juga dikunci. Izzfal betul-betul mahu mengasingkan dirinya daripada semua orang.
'kenapa? Kenapa aku boleh rasa macam ni? Sakitnya ya Allah! Perasaan ini...sakit sangat!
Izzfal bangun lalu menuju ke bilik air bagi mengambil air wudhu'. Dia perlu melakukan solat sunat dan solat istikharah. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan hati dia akan tenang.
Malam itu keluarga Izzfal sedang makan malam bersama. Kelihatan masing-masing makan tanpa mengeluarkan suara. Seketika selepas makan kemudian, Tan Sri Zainal memulakan perbualan.
"Betul angah nak kahwin dengan Ana?" Izzfal menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata-kata babahnya.
"Kalau itu dah keputusan angah, mama dengan babah setuju tapi..."
"Tapi apa babah?" Soal Izzfal tidak sabar.
"Kita kena tunggu Anna sedar dari koma dahulu."
"Angah dah buat solat istikharah?" Soal mamanya.
Dengan yakinnya Izzfal menganggukkan kepalanya seraya berkata "angah dah buat mama babah dan angah yakin dengan keputusan angah."
Tan Sri Zainal dan Puan Sri Mariana hanya menganggukkan kepala tanda faham akan apa nnti yang dikatakan oleh anak keduanya.
Dalam hati kedua ibubapa yang hendak melihat kebahagiaan anaknya hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja buat anak mereka yang ditatang bagai minyak yang penuh kasih sayang sejak dilahirkan.
Izzfal berharap agar Anna setuju dan menerima keputusannya dengan hati yang terbuka. Dia ikhlas memperisterikan Anna lagipun dia sudah jatuh hati pada Anna sejak pertama kali dia menatap mata bundar yang memiliki bulu mata yang menawan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomansaDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...