D3

84 46 13
                                    


Kring!!!

       "Terima kasih cikgu!" laung ketua kelas menandakan waktu belajar telah habis.

Sebaik sahaja guru tersebut keluar pelajar kelas 5 Dynamic berpusu-pusu keluar menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka yang kelaparan ibarat tidak makan setahun lamanya.

       "Jom Anna kita pi rehat. Perut kita dah bernasyid ni" seloroh Aryana. Tak lah sampai bernasyid just berbunyi kruk kruk saja.

       "Hiperbola lah awak ni Aryana" ketawa halus Anna kedengaran amat sopan. Acewahhhh!!! "Aryana pergi dulu lah jaga tempat nanti Anna datang" pamit Anna setelah reda dia punya ketawa.

       "Hiperbola pon hiperbola lah. Ni Anna nak pergi mana?" Soal Aryana pelik.

       "Anna nak pergi tandas jap ek Aryana" balas Anna sambil buat muka comel. Anna tak payah buat muka comel pun tak pe sebab dia memang tersedia comel.

       "Erm okaylah tapi janji eh Anna hati-hati. Nanti kita jumpa kat kantin"

       "Okay!" balas Anna dan masing-masing menuju ke destinasi yang ingin dituju sebelum loceng rehat berbunyi menandakan habis waktu rehat.

Sedang Anna leka berjalan gaya terhincut-hincut Anna terlanggar Izzfal yang kebetulan jalan kearah bertentangan nya.

Puk!

       "Aaaa...tsk...tsk...tsk... sakitnya" Anna jatuh terduduk kat lantai. Sudahlah lutut dia luka ni jatuh pula. 'haiilah macam mana aku nak jalan nanti ni? Aryana dah lah dekat kantin lagi' ngeluh Anna.

       "Alamak! Awak sorry, saya betul-betul tak perasan awak tadi" Izzfal memohon maaf dengan nada cemas. Gila kau tak cemas perempuan yang dia langgar ni diam je dari tadi. Duk asyik belek dia punya luka. Dan dia baru perasan yang perempuan depan ni lah yang dia langgar pagi tadi. Uishh! Orang kata kalau jodoh tak ke mana.

'sempat lagi anda berangan ye Izzfal' - akal

'haruslah moga- moga tercapai tak ke happy nya aku' -otak

Aishh sibuklah otak dengan akal Izzfal ni. Okay nampak tiberr disitu but abaikan.

Sejurus sahaja Izzfal berkata, Anna memandang muka lelaki tersebut dengan riak terkezut terkejung nya (propa sikit). Dan Izzfal pun berpura-pura terkejut padahal dia tahu apa yang dikejut sangat perempuan dihadapannya.

       "Ermm...awak okay tak? Nak saya tolong apa-apa? Luka awak tu nampak macam serius je. Meh sini saya tolong awak." tu dia soalan berpandu peluru meriam keluar dari mulut Izzfal. Belum sempat Izzfal nak sambung cakap Anna tiba-tiba mencelah.

       "Jap-jap awak tanya soalan ni ibarat esok tak de hari ni kenapa? Biar saya jawab satu-satu soalan awak." Kata Anna tergelak kecil kerana perangai lelaki di hadapannya yang gelabah macam apa dah. Terhibur sat Anna dibuatnya. Lupa seketika luka pada lututnya.

       "First, tipulah if orang kata tak sakit dengan luka ni. Second, orang nak minta tolong awak panggilkan kawan orang dekat kantin. Nama dia Aryana. Third, awak jangan risau ek pasal orang and orang dah maafkan awak. Sekian"

Terpana Izzfal sebaik Anna habis hujahnya. 'comelnya! Guna gelaran orang' , getus hati Izzfal.

       "Awak? Awak!" Eyy lelaki depan dia ni lah boleh lagi berangan...lama lagi ke dia nak pi panggil Aryana. Ngeluh seketika kejap Anna. Ni klau umi Anna tau Anna mengeluh mahunya telinga Anna kena piat.

       "Ha? Ye-ye jap saya pergi panggilkan kawan awak. Apa nama dia? Aryana kan?" tanya Izzfal setelah tersedar dari dunia berangan dia.

Anna hanya mengangguk dan Izzfal berlalu pergi.




Noted: seekor panda hanya tahu merepek bila create story🤧😆

to be continued...

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang