D15

57 17 23
                                    

Kecoh hospital dibuat Izzfal. Mahunya tak kecoh kalau dah masuk-masuk je pintu hospital dia dah menjerit minta bantuan dari kakitangan hospital.

Habis kelam kabut semua orang masa tu. Dalam keadaan kelam kabut tersebut Anna sudah selamat dimasukkan di dalam ICU.

Lega sikit hatinya. Semua orang di hospital memandang ke arah Izzfal kerana anak jutawan kot! Boleh viral dengan tajuk

ANAK JUTAWAN MASUK HOSPITAL DALAM KEADAAN KELAM KABUT DEMI SEORANG PEREMPUAN

Penat menguasai diri, dia menempatkan dirinya di kerusi yang telah disediakan. Izzfal melabukan punggungnya dan bersandar merehatkan badannya sekejap.

Aryana kelihatan sudah sembap matanya kerana telah banyak menangis sepanjang mereka menghantar Anna ke hospital.

Jam menunjukkan pukul 7:50 malam.

       "Aryana jom kita pergi solat dulu. Kita doakan yang baik-baik buat Anna" ucap Izzfal. Kasihan pula dia melihat Aryana yang begitu merisaukan keadaan Anna.

Aryana yang baru tersedar dari lamunan hanya menganggukkan kepala dan mereka bergerak menuju ke surau yang telah disediakan oleh pihak hospital.












Encik Radzi dan keluarganya telah tiba di tempat private family resort. Kadang hati tuanya menyesal akan tindakan yang telah dia lakukan tetapi bak kata orang tua 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?'

Sebaik mematikan enjin kereta Encik Radzi memberikan peringatan pada isteri dan anak tirinya. "So, kita dah sampai sini. Tempat ni adalah harta terakhir yang abang ada. Jadi wang simpanan pun kita boleh jimatkan tak boleh membazir kalau tak nak jadi pengemis."

Mata Diana dan Tiara bersinar tanda keterujaan dengan pemandangan yang sangat indah terpampang dihadapan mereka.

Mak Mona tidak kisah akan kata-kata yang diucapkan oleh suaminya yang penting Anna sudah berambus dari kamus hidup mereka.

Tidak sia-sia dia mengupah seseorang untuk memerangkap Anna. Hatinya sangat puas!

Itulah ragam manusia yang tidak pernah puas dengan nikmat di atas muka bumi Allah ini sedangkan mereka lupa bahawa Allah Maha Mengetahui akan segala hal.












Sesudah melaksanakan perintah Allah, Izzfal dan Aryana menuju ke kafe hospital bagi mengisi perut yang kekosongan dari petang tadi. Mereka hanya membungkus sahaja makanan kerana bimbang jika mereka makan disitu doktor yang merawat Anna mencari warisnya.

Sebaik tiba di tempat Anna dirawat kelihatan seorang doktor keluar dari bilik ICU.

       "Siapa waris pesakit?" Soal doktor yang memakai tag bernama Mazlan.

       "Kami kawannya. Macam mana doktor dengan keadaan kawan kami?" Izzfal mengambil alih memandang keadaan Aryana masih tidak stabil dari segi emosinya.

Doktor Mazlan memandang muka Izzfal dan Aryana yang jelas kelihatan kerisauan pada wajah mereka.

        "Saya minta maaf kerana keadaan cik Anna amat kritikal buat masa sekarang kerana kesan pukulan badannya boleh dikatakan agak teruk dan saya membuat kesimpulan yang dia sering dipukul. Dan semasa kami memeriksa pesakit kami mendapati bahawa pesakit mengalami kanser perut stage 2 sebelum ini tetapi memandangkan yang pesakit jarang menerima rawatan susulan kansernya telah naik ke stage 3. Namun kita masih boleh merawat kanser tersebut walaupun peluang untuk pesakit sembuh amat tipis. Buat masa sekarang pesakit tidak boleh menerima sebarang pelawat. Saya minta maaf dan minta diri dulu." Doktor Mazlan beredar setelah memberikan penjelasan tentang keadaan Anna.

"Ya Allah!..."

Hanya perkataan itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Aryana. Dia sudah tidak mampu untuk menerima kejutan demi kejutan yang Anna sembunyikan daripada dia.

Izzfal juga begitu terkejut setelah diberitahu oleh doktor tersebut. Dia juga seperti Aryana, tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata. Hatinya terlalu sakit sehinggakan dadanya sesak.

Kanser

Penyakit yang sampai sekarang tiada ubatnya untuk menyembuhkan tetapi hanya bergantung pada rawatan dan ubat sahaja bagi mengurangkan penyakit itu daripada merebak ke seluruh badan.

Setelah dirinya sudah tenang Izzfal mengambil keputusan untuk menelefon mama dan baba nya.

Selang beberapa saat panggilannya dijawab

       "Assalamualaikum angah? Angah dekat mana ni sayang? Risau mama dengan baba dekat sini." Terus Izzfal dihujani oleh soalan yang dilontarkan oleh Puan Sri Mariana.

Izzfal mengambil nafas seraya menjawab soalan mamanya. "Ma...angah kat hos.. hospital." Pecah tangisannya.

Puan Sri Mariana terkejut dengan nada anaknya itu. Kenapa anaknya sampai boleh menangis?

        "Eh angah? Angah kenapa menangis ni sayang? Angah bagitahu mama angah dekat hospital mana. Nanti mama dengan baba datang."

       "Angah dekat Vendra Xavier Hospital..."

        " Okay-okay, kejap lagi mama dan baba sampai." Sejurus selepas itu perbualan dengan anaknya tamat.

'Ya Allah kau selamatkanlah kawan aku' doa Aryana dalam hati.












"Abang..."

Tan Sri Zainal berasa pelik akan reaksi wajah isterinya itu. Dia hanya mengangkat kening tanda bertanya kenapa?

       " Kita kena pergi hospital abang. Angah dekat hospital. Dia call ayang sambil menangis." Jelas Puan Sri Mariana kepada suaminya.

Tan Sri Zainal sudah terpinga-pinga akan kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Hospital? Apa yang anaknya buat dekat sana?

       "Tapi ke..." Tangan Tan Sri Zainal terus ditarik tanpa sempat dia menghabiskan pertanyaannya.

Melihat isterinya seperti tidak sabar hendak pergi ke hospital maka mereka pun terus bergerak menuju ke hospital. Sempat juga Tan Sri Zainal memberitahu pembantu rumahnya untuk memaklumkan kepada anaknya nanti.

Sampai je Puan Sri Mariana dan Tan Sri Zainal di hospital mereka terus bergerak ke tempat yang diberitahu oleh anaknya.

       "Angah..." Izzfal mengangkat mukanya apabila namanya dipanggil.Terkejut muka Puan Sri Mariana melihat mata anaknya merah akibat menangis.

       "Angah kenapa ni? Kenapa sampai menangis-nangis ni? Siapa dekat dalam?" Bertalu-talu soalan yang dilontarkan oleh Puan Sri Mariana.

Tan Sri Zainal yang berada di sebelah Puan Sri Mariana cuba menenangkannya daripada terus mengasak Izzfal dengan pelbagai soalan. Dia pun ingin bertanya dengan lebih lanjut tetapi biarlah keadaan reda dahulu baru dia bertanya.

Baru Izzfal hendak membuka mulut Aryana yang dari tadi menangis telah rebah di sebelah tempat duduk Izzfal.

Cepat-cepat mereka memanggil doktor untuk memberikan rawatan pada Aryana.







to be continued...

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang