"Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua pelajar yang dikasihi. Harini cikgu ada satu pengumuman bagi tingkatan 5. Memandangkan peperiksaan SPM kamu tinggal lagi 2 bulan lebih maka kami cikgu-cikgu tingkatan 5 telah sebulat suara untuk mengadakan kem motivasi selama 3 hari 2 malam. Semua pelajar tingkatan 5 wajib pergi dan tiada dikenakan sebarang bayaran. Segala peralatan gajet boleh dibawa tetapi di bawah tanggungjawab sendiri. Itu sahaja pengumuman pada pagi ini. Pelajar boleh masuk ke kelas."Pelajar-pelajar mula bergerak menuju ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran pada pagi ini.
Dalam perjalanan menuju ke kelas Aryana bercerita tentang kem yang diberitahu oleh guru mereka sebentar tadi.
"Anna...Anna pergi ye kem tu?" Tanya Aryana untuk memastikan kawannya pergi ke kem tersebut.
Anna lah satu-satunya pelajar perempuan yang jarang pergi program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebabnya adalah semestinya Anna kena kemas rumah.
Dengan riak serba salah Anna menjawab "InsyAllah, Anna pergi. Nanti Anna cuba minta izin daripada ayah Anna."
"Okay!" Balas Aryana dengan semangatnya.
"Beb! Ni lah masanya kau rapatkan diri dengan Anna masa dekat kem nanti." Kata Naufal setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.
Seperti biasa mereka akan berkumpul di tempat khas yang telah disediakan oleh pihak kantin untuk mereka. Kelas gituuu sampai ada meja khas dimana pelajar lain tidak dibenarkan duduk di tempat mereka. Siap bawah kipas lagi! Nampak tak yang pengaruh diaorang ni hebat?
"Kyaaaheyy...tak syabarnyaa saia nak berjumpa dengan bakal makmum saia"
Tersembur air mereka setelah Izzfal berkata sedemikian.
'dah kenapa dengan manusia ni?' - Naufal
'astaghfirullah...parah dah kawan aku ni' - Faiq
'ish...Ish...Ish kawan aku ke ni?' -Rayyan
Masing-masing hanya mampu berkata di dalam hati kerana tidak sampai hati untuk meluahkan kepelikan Izzfal!
Izzfal pelik kerana kawan-kawannya memandang dia dengan riak wajah yang pelik+huduh!
"Korang kenapa pandang aku cam tu?" Soal Izzfal bila dah masing-masing tak nak bersuara. Tadi kemain tanya soalan bagai!
"Kau okay tak fal? Risau aku dibuatnya" tanya Faiq sambil membelek muka Izzfal dan melekapkan tangannya pada dahi Izzfal.
Tak panas!
Kut-kut lah yang depan dia ni bukan Izzfal kawan mereka. Tak ke haru nya dibuatnya! Tapi muka sama...suara sama.
"Ek elehh korang ni...aku okaylah! Apa yang tak okay nya?"
"Tak delah gaya kau macam bukan Izzfal kawan kitaorang" kata Naufal.
"Ntah-ntah kau bukan Izzfal kawan kitaorang tak?" Prejudis betul si Rayyan ni "Weyh! Mana kawan kitaorang? Kau siapa yang pinjam jasad kawan kitaorang?" Kata Rayyan sambil menggoncang badan Izzfal.
Naufal dah tepuk dahi bila perangai hareyy Rayyan dah keluar. Tapi perangai Rayyan ni memang tak makan saman pun. Penat dah Naufal smackdown si Rayyan ni tapi results nya otak Rayyan memang tak betul. Kawan siapalah ni.
Pang!
"Aduh! Perit matt pipiku yang mulus ni"
"Ha! Kan dah mendapat sebijik pelempang dari tangan kuasa tujuh aku. Siapa suruh main goncang-goncang badan aku! Pening tau!"
Rayyan mengusap- usap lembut pipinya yang dah kena tampar oleh Izzfal. Dia cuba raih simpati daripada Naufal. Kalau nak raih simpati dari Faiq? Memang tak lah! Lagi bertambah corak tapak tangan dekat pipinya lagi adalah.
"Naufal...sakit!" adu Rayyan sambil buat muka kesian.
Naufal pandang lama muka Rayyan seraya berkata "eh! Siapa kamu? Saia tak kenal lah" Hambek! Setepek Naufal bagi ayat dekat Rayyan.
"Hshshsh...sampai hati kau Naufal! Dah ar aku nak merajuk ngan korang!"
Izzfal hanya menggeleng kepala melihat perangai budak-budak Rayyan manakala Naufal dan Faiq membuat tumbs up.
"Kau kena ingat fal...kalau kau jumpa Anna dekat sana kau tak rasa ke yang Amanda akan sentiasa nak mengendeng dengan kau? Faiq memberikan peringatan pada Izzfal.
"Haah fal! Dah macam daging dendeng dah aku tengok si Amanda. Asyik nak berkepit je dengan kau. Meluat aku!" Naufal kalau bab perempuan memang dia anti sikit. Tu yang tak pasal-pasal dia lepaskan dekat Izzfal pasal Amanda.
Rayyan hanya memandang sayu sahaja kawan-kawannya berborak tanpa sedikit rasa mahu mencelah. Rajuk nya still ada lagi.
Gedik nauu si Rayyan ni nak sentap bagai! Kalah orang perempuan nyah!
Malam itu Anna mengambil keputusan untuk meminta izin daripada ayahnya tentang kem yang diadakan oleh pihak sekolah. Semasa dia menuruni tangga dia mendengar mak serta kakak-kakak tirinya bergelak tawa bersama ayahnya.
Sampai sahaja di ruang tamu Anna berdoa sebelum memulakan percakapannya.
"Ayah..."
Encik Radzi memandang wajah anaknya. Wajah anaknya saling tidak tumpah dengan wajah arwah isterinya. Anna mewarisi kecantikan dan kelembutan muka arwah isterinya.
"Ye Anna..." sahut Encik Radzi sambil diperhatikan oleh mak dan kakak tirinya.
"Erm...Anna nak minta izin ayah. Anna nak pergi kem motivasi f5. Sekolah anjurkan 3 hari 2 malam. Ayah izinkan?"
Anna berharap sangat yang ayahnya izinkan. Sudahlah dia jarang join bila sekolah anjurkan. Janganlah ada penghasut yang menghalang dia untuk pergi ke kem.
"Ayah bukan tak bagi Anna pergi ta..." Cepat-cepat Mak Mona memintas cakap Encik Radzi. "Jangan pergilah Anna. Bahaya! Nanti siapa nak teman mama? Kakak-kakak kamu ni dah lah buzy belajar"
'kan dah kata mesti ada penghasut! Mama? Ergh! Berlakon betul!' omel Anna.
Anna memandang muka ayahnya yang hampir termakan kata-kata Mak Mona. Selang beberapa minit ayahnya bersuara kembali.
"Tak payah lah Anna pergi ye? Jaga rumah sebab ayah dengan mak kamu ada hal masa Anna nak pergi kem tu. Nanti Anna pergi siapa nak jaga rumah?"
"Habistu Kak Diana dengan Kak Tiara?"
"Kak Diana tak boleh sebab akak duduk rumah kawan"
"Kak Tiara ada final year project (fyp)"
Encik Radzi terpaksa untuk tidak membenarkan anaknya pergi ke kem tersebut kerana dia telah berjanji dengan ah long yang dihutangnya.
Edwan. Ah long yang dia berjumpa untuk berhutang demi hidup senang. Akhirnya anak kandung dia yang menjadi mangsa.
"Tak apalah ayah. Anna faham. Anna naik dulu. Assalamualaikum." Encik Radzi hanya menganggukkan kepala setelah Anna berkata begitu.
Sejurus kelibat Anna tiada di ruang tamu Encik Radzi berbincang dengan Mak Mona serta didengari oleh Diana dan Tiara.
"Nanti hari kejadian awak pack baju siap-siap then nanti saya balik kita pindah dari sini. Bawa barang yang dirasakan perlu."
Mak Mona menganggukkan kepala tanda faham apa yang diperkatakan oleh suaminya. "Pukul berapa abang nak kita pindah?" Senang hati Mak Mona apabila hidup Anna akan merana.
"Kita gerak malam. Diana dengan Tiara stand by. Jangan lambat!" Tegas Encik Radzi memberikan arahan.
Diana dan Tiara hanya mengangguk tanpa ada rasa ingin mencelah ibu bapanya bercakap.
Sungguh kejam ayah seperti Encik Radzi yang tidak mempedulikan perasaan anak kandungnya malah melebihkan hidup orang yang bukan sah-sah darah dagingnya.
to be continued...

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...