Pada pagi itu, Anna bangun dengan berhati-hati kerana perutnya terasa begitu sakit yang tidak terperi. Perlahan-lahan dia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum ke sekolah.
Usai menyiapkan diri, Anna melihat jam yang terletak pada dinding menunjukkan pukul 5:50 pagi. Masih awal untuk dia bersiap ke sekolah.
Anna bertafakur di atas sejadah untuk mengadu pada Sang PenciptaNya.
'Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman. Haramkanlah tubuh badan mereka dari terkena percikan api nerakamu Ya Allah. Kau lembutkanlah hati mak tiri dan kakak-kakak tiriku Ya Allah. Sesungguhnya kaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kau terangkanlah dan luaskan kubur arwah ibuku Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.' doa Anna tanpa sedar air matanya mengalir keluar di pagi yang indah ini.
Anna keluar dari biliknya tanpa ada sebarang bunyi kerana dia tidak mahu bertembung dengan orang dalam rumah ini. Tepat pada pukul 6:20 pagi Anna menggalas beg sekolahnya dan memakai kasut sekolah. Tidak lupa untuk membaca doa keluar rumah sebelum dia ke sekolah.
Dengan langkah yang longlai dan tangan kanannya di perut, Anna menuju ke perhentian bas untuk menunggu bas yang selalu dia naik.
"Mama! Angah pergi sekolah dulu!" Jerit Izzfal di hadapan pintu rumahnya.
Datin Sri Mariana yang berada di dapur terus bergerak menuju ke pintu rumahnya. Diikuti oleh adik bongsu Izzfal yang berumur 15 tahun.
"Angah, bawa motor tu hati-hati. Nanti terlanggar anak orang macam haritu" pesan Puan Sri Mariana.
"Memang angah ni ma. Bawa motor macam nak rempit." perli Izzreen.
"Elehh adik ni. Gedik ek nak ngadu bagai kat mama. Dasar anak bongsu!" Balas Izzfal yang sememangnya suka cari pasal dengan adiknya.
"Eee...mama! Tengok angah ni!" Ngadu Reen. Mengharapkan mamanya back up dia.
"Eh! Sudahlah kamu berdua ni kan. Mama cubit sorang-sorang karang. Dah-dah! Angah bawa motor elok-elok. Adik cepat pakai kasut, Pak Mat dah tunggu tu" kata Puan Sri Mariana. Memang kalau mereka bergaduh dia lah yang akan leraikan. Kalau tidak 2 hari 2 malam tak habis.
Lepas je Puan Sri Mariana berkata sebegitu, Reen membuat muka dekat abangnya. Sebaliknya Izzfal merosakkan awning tudung sekolah Reen.
"Angah!!! Habis rosak awning tudung Reen!"
Terhibur betul Izzfal dengan muka duck face adiknya. Sebelum apa-apa terjadi, Izzfal cepat-cepat menyalam dan mencium pipi mamanya.
"Bye ma! Angah gerak dulu. Nanti ada gunung berapi meletus" gelak Izzfal sambil menghidupkan enjin motosikal berkuasa tinggi dia dan berlalu pergi.
"Mama...ma tak kesian ke dekat adik? Angah selalu buli adik"
"Alahai adik ni pun. Angah sengaja lah tu usik adik. Dah tak mau nangis- nangis macam ni. Tak lawa nanti anak perempuan mama ni" usik Datin Sri Mariana.
"Erm...yelah mama. Adik pergi sekolah dulu" kata Reen sambil menyalam tangan dan mencium pipi mamanya. Reen menuju ke kereta yang berada dihadapannya.
Sebaik kereta bergerak, Reen melambaikan tangannya dan Puan Sri Mariana juga turut membuat benda yang sama.
"Pagi yang indah kini sudah terang. Aku abangmu engkau adikku" dengan riang hatinya Izzfal menyanyi. Masa dia hendak menyambung nyanyiannya, dia nampak seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya berada di perhentian bas. Dengan semangatnya Izzfal melajukan sedikit motosikal nya menuju ke perhentian bas.
Setelah membuka helmetnya Izzfal terus bertanya pada Anna "Assalamualaikum Anna. Selamat pagi! Bas awak tak sampai lagi?" Tanya Izzfal.
Dia perasan yang Anna dari tadi kelihatan menahan sakit pada perutnya. Dia dah tertanya-tanya dengan keadaan Anna.
Anna mengangkat mukanya menghadap gerangan dihadapannya. "Waalaikumussalam, se...selamat pagi. Be...belum bas orang belum sa...sampai" jawab Anna dalam nada kesakitan.
"Eh Anna! Pucatnya muka awak! Awak okay tak ni?!" Terkejut Izzfal melihat muka Anna sebaik Anna mengangkat mukanya.
Dengan bersusah-payah Anna memberikan senyuman manis pada Izzfal sebelum menjawab pertanyaan Izzfal
"Orang okay. Awak tak yah ri...sau okay?" Dalam hati Anna berkata 'janganlah tanya apa-apa lagi. Nak bersuara punyalah payah'
"Saya teman awak sampai bas awak datang eh?" Izzfal meminta kepastian pada Anna.
Anna hanya mampu memberikan senyuman yang hambar pada Izzfal tanda persetujuannya.
'kenapa muka dia pucat? Kenapa tangannya tak lepas dari ditekap pada perutnya?'
Pelbagai soalan yang bermain di mindanya. Dia pun tidak tahu bila dia akan mengetahui semuanya tentang gadis dihadapannya.
Tak lama selepas itu, bas yang selalu dinaiki oleh Anna tiba pada jam 6:45 pagi. Anna bangun dengan perlahan dan berjalan sedikit membongkok menuju ke bas yang telah tiba.
"Hati-hati Anna!" Kata Izzfal setelah Anna sudah berada jauh sedikit darinya.
Anna hanya mempalingkan mukanya dan terus menaiki bas. Sementara itu, Izzfal pula menghidupkan enjin motosikal nya dan bergerak ke sekolah.
to be continued...
![](https://img.wattpad.com/cover/246069349-288-k36730.jpg)
YOU ARE READING
Dia
RomanceDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...