Anna menjeling jamnya yang masih kemas terlekat pada tangannya. Terkejut dia bahawa dia sudah lewat untuk pulang ke rumahnya.
6:15 petang
Salah dia juga kerana khusyuk sangat membaca buku di perpustakaan awam sampai tidak sedar masa sudah berlalu dengan begitu pantas sekali.
Hari ini dia keseorangan memandangkan sahabatnya Aryana baru pulang dari kem semalam. Dia tak nak lah kacau masa rehat sahabatnya itu walaupun Aryana bertegas mahu menemani dia.
Tanpa berlengah masa lagi, dengan pantas Anna mengemas barang miliknya dan terus menempatkan dirinya di dalam bas yang baru sahaja tiba. Nasib dia baik kerana keluar sahaja dari perpustakaan bas baru datang.
Anna melihat lagi jam nya. Takut dia jika lambat sampai ke rumahnya. Tidak lama selepas itu, bas tersebut berhenti pada perhentian bas kawasan rumahnya.
6:30 petang
Anna doa-doa supaya tiada apa-apa yang terjadi apabila kakinya melangkah masuk ke rumahnya.
Dengan lafaz bismillah Anna membuka pintu dan...
Pang!
"Kau pergi mana hah?! Sampai balik lewat macam ni!" Jerkah Encik Radzi.
Anna terkejut kerana dia sangkakan Mak Mona yang menamparnya akan tetapi ayahnya!
Sanggup ayahnya naik tangan pada dia setelah 17 tahun ayahnya tidak pernah naik tangan padanya.
"An...na pergi per... perpustakaan ayah" jawab Anna tersekat-sekat. Bibirnya yang pecah mula menampakkan darah mengalir. Berdesing kepala dia menerima tamparan dari ayahnya.
"Pergi perpustakaan ke pergi menggatal? Kau dah tak reti nak balik ke lepas habis sekolah? Yang rajin sangat pergi perpustakaan tu kenapa?!"
Anna pelik bila ayahnya kata dia menggatal. Masa bila pula dia pergi menggatal sedangkan dia khusyuk membaca buku.
"Menggatal? Masa bila Anna menggatal ayah? Anna pergi perpustakaan je"
"Mona, bagi gambar dekat dia" arah Encik Radzi. Mak Mona segera memberikan gambar kepada Anna dengan gaya melemparkan gambar tersebut pada muka Anna.
Lagi Anna bertambah pelik. Gambar? Cepat-cepat Anna mengambil gambar yang telah dilemparkan oleh Mak Mona sebentar tadi.
Tangannya automatik menggigil setelah melihat gambar yang berada dihadapannya. Sungguh dia bukan sengaja! Itu semua hanyalah kemalangan kecil, akan tetapi bila dilihat pada gambar menunjukkan yang dia memang sengaja bagi lelaki menyentuh dia secara rela.
"Ayah...ni bu--bukan Anna" serious dia katakan yang dia sekarang berada dalam situasi yang amat menakutkan.
"Ala...kau mengaku sahajalah Anna yang tu memang kau!" Senang sahaja apabila kakak tirinya Diana berkata sedemikian.
Encik Radzi sudah berada pada tahap kemarahan yang memuncak. Pada masa yang sama Mak Mona tersenyum sinis apabila sekejap lagi suaminya akan menyeksa anak kandungnya sendiri!
Tanpa apa-apa amaran tali pinggang milik ayahnya telah hinggap di badannya...
Selepas balik dari kem tersebut Izzfal tidak banyak bercakap kerana Anna tidak pergi ditambah lagi dia penat untuk menjauhkan diri dari Amanda dendeng tiada tulang.
Tiba-tiba Izzfal berasa tidak sedap hati. Dadanya berdebar kencang tanpa sebab. Tidak pernah dia mengalami debaran sedemikian. Dia cuba beristighfar untuk mengurangkan debaran di hatinya namun debaran tersebut seakan-akan tidak mahu berkurang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Любовные романыDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...