Perlahan-lahan Anna membuka matanya. Silau. Itu yang dirasakan olehnya ketika ini.
Ariana yang baru sahaja masuk terus menuju ke arah Anna. Dan semestinya riak wajah Ariana teruja kerana Anna telah sedar.
"Ya Allah! Anna dah sedar. Anna tahu tak yang Ariana ni macam orang tak betul bila tengok keadaan Anna masatu. "
Anna hanya mampu mengukir senyuman manis buat sahabatnya. Senyuman disebalik wajah pucatnya.
"A...air..." Pinta Anna. Tekaknya terasa terlalu kering.
Ariana mengambil air dan memberikan kepada Anna. Setelah itu Ariana membuat panggilan untuk memaklumkan kepada family Izzfal bahawa Anna telah sedar.
"Ariana...nanti Anna nak tinggal dengan siapa ?" Soal Anna dengan sedih kerana ayahnya sudah tidak menganggap dirinya anak.
"Itu Anna jangan risau ye sebab..."
Tok! Tok! Tok!
"...ha dah sampai pun "
Puan Sri Mariana terus memeluk Anna bagai tidak mahu dilepaskan. Anna ketika itu sudah pelik. Siapa gerangan orang yang memeluknya ? Gaya seperti orang berada sahaja. Perlahan-lahan perasaan sedih menjentik hatinya. Setelah sekian lama dia tidak dapat pelukan dari seorang ibu.
"Anna, mama bersyukur sangat yang Anna dah sedar. Hari-hari mama doakan supaya Anna sedar."
"Maaf mak cik, mak cik siapa ? Maaf kalau saya bertanya ni mak cik kurang selesa." Ujar Anna masih dalam keadaan keliru.
Masakan dia baru sahaja berjumpa wanita ini tetapi wanita telah menggelarkan dirinya mama. Ariana yang berada disitu hanya melihat sambil tersenyum tanpa ingin mencelah sedikit pun.
"Tak Anna, mama yang patut minta maaf pada Anna sebab tiba-tiba datang peluk dan gelarkan diri mama pada Anna. "
"Eh tak pe mak cik. Anna tak kisah lagipun Anna dah lama tak dapat pelukan dari seorang ibu."
Tan Sri Zainal meminta diri untuk keluar sebentar kerana ingin memanggil anaknya Izzfal.
"Erm...Anna. Ariana nak cakap benda penting." Beritahu Ariana dalam nada teragak-agak.
"Beritahu apa tu Ariana?"
Puan Sri Mariana pandang Ariana dan Ariana dalam masa yang sama serentak memandang Puan Sri Mariana.
Dan Anna hanya memandang mereka dengan pandangan yang pelik.
"Sebenarnya, mama nak jaga Anna lepas Anna keluar dari hospital ni tapi bukan sebagai anak angkat tapi..." Berat Puan Sri Mariana nak ucapkan kerana takut Anna tidak setuju apa yang hendak dia cakapkan nanti.
Ariana memegang bahu Puan Sri Mariana seraya menganguk tanda memberikan semangat.
"...sebagai menantu mama."
Sejurus itu pintu bilik wad Anna terbuka dan muncul lah dua orang lelaki iaitu Tan Sri Zainal dan Izzfal.
"Mama tinggalkan Anna dengan anak mama Izzfal. Dia akan terangkan semuanya."
Anna memandang Ariana dan membuat isyarat menyuruh teman dia tetapi Ariana menggelengkan kepala dan mengikut bonda dan babah Izzfal keluar.
Suasana sepi kini menyelubungi mereka ketika ini. Setelah agak lama berdiam barulah Izzfal memulakan bicara.
"Erm Anna, dah dengar bukan apa yang mama saya cakapkan tadi ?"
Anna hanya menganggukkan kepalanya kerana dia masih dalam keadaan keliru. Melihat Anna memberi respon Izzfal meneruskan bicaranya tanpa teragak-agak.
"Betulah tu apa yang mama saya cakapkan. Awak sudi jadi isteri saya ? Saya tahu benda ni terlalu cepat pada awak tapi dengan nama Allah saya cintakan awak. Saya nak jaga awak. Saya tahu kita masih sekolah tapi izinkan saya tunaikan apa yang saya cakapkan ?"
Anna terkedu apabila Izzfal berkata begitu. Semuanya secara mendadak dan dia masih terkejut dengan ini semua. Otaknya bercelaru.
Izzfal yang melihat Anna hanya mendiamkan diri mula diselubungi rasa bersalah kerana perangai nya yang tidak reti bersabar. Sudahlah Anna baru sedar kemudian terpaksa menerima berita yang mengejutkan ini.
"Errr Anna, kalau awak rasa awak tak boleh ter..."
"Saya setuju"
Dua perkataan. Dua perkataan yang mampu membuatkan dia bahagia sangat dengan jawapan Anna. Betulah petunjuk dalam solat istikharah dia selama ini.
'syukur ya Allah'
Anna hanya mampu berserah pada takdir. Dia terlalu penat dengan hidup sebelum ini. Biarlah dia mulakan hidup yang baru dan status yang baharu walaupun dia masih bersekolah.
"Kejap...saya pergi panggil dioarg." Ujar Izzfal dalam nada yang gembira.
Izzfal berlari keluar dan mencari kedua ibubapanya untuk memberitahu akan berita gembira tersebut.
Don't be a silent my readers yang cute lagikan cantik hensem😘
Boleh comment mana perlu ditambah mahupun ada yang terkurang!
Vote! Vote! Vote!🥰

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
RomantizmDia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia seperti keluarga orang lain. Namun kebahagiaan itu hanya sementara kerana ibu kandungnya telah menghadap Ilahi. Hidupnya berubah 100% . Ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang kini telah berubah m...