D11

46 20 0
                                    


Tengah Encik Radzi mencuci kereta Hilux nya dia didatangi oleh dua orang lelaki berbadan sado.

       "Hello Encik Radzi! Apa khabar? Makin mewah nampak kehidupan" perli si lelaki berbadan sado. Kawannya hanya memberikan senyuman sinis.

Encik Radzi yang baru hendak melarikan diri terbantut pergerakkannya akibat bahunya dipegang oleh lelaki tersebut. Jelas kelihatan reaksi mukanya penuh ketakutan.

       "Bagi aku sikit masa lagi! Aku janji aku bayar nanti. Lagipun tempoh korang bagi setahun ni baru 8 bulan" jelas Encik Radzi dengan nada perlahan kerana dia tidak mahu orang dalam rumah mendengarnya.

Di sebalik pintu rumahnya terdapat seorang manusia yang mendengar segalanya. Dia tidak sangka ayahnya sanggup berhutang semata-mata hendak memuaskan mata duitan emak tirinya. Dan dia tidak menyangka yang ayahnya sanggup cagarkan dirinya sekiranya ayahnya tidak dapat membayar hutang.

       "Radzi... Radzi...kau kena ingat setiap kali kau lambat bayar maka bunganya akan naik sekali! Elok-elok kau hutang kitaorang seratus ribu ni dah jadi dua ratus ribu."

Anna yang dari tadi mendengar perbualan mereka menutup mulutnya daripada mengeluarkan suara tangisannya didengari. Niat dia yang baru hendak membantu ayah terbantut gara-gara kedatangan tetamu yang tidak diundang.

       "Ye...aku janji aku bayar nanti! Cukup bulan aku bayar" katanya sambil mengangkat tangan gaya bersumpah.

Jejaka berbadan sado tersebut memandang kawannya seraya berkata "okay...lepas 4 bulan kitaorang datang lagi tuntut janji kau!"

Sejurus selepas itu mereka beredar meninggalkan kediaman Encik Radzi. Encik Radzi jatuh terduduk mengenangkan hutang yang perlu dibayarnya.

'ayah minta maaf Anna sebab jadikan kamu sebagai cagaran'omel Encik Radzi sambil meraup mukanya yang jelas kelihatan kusut.





Anna berbaring di atas katil sambil matanya memandang siling kipas biliknya. Matanya jelas kelihatan baru lepas menangis setelah apa yang terjadi pagi tadi tentang perbualan ayahnya bersama ah long.

Dia penat!

Dia sakit!

Dia menderita!

Namun itu semua dia harus tanggungnya sendiri tanpa sesiapa pun yang tahu. Hatta Aryana kawan baiknya sendiri pun tidak tahu mengenai penyakit yang dihadapinya.

Dia tidak akan sesekali memberitahu Aryana tentang penyakitnya!

Air matanya mengalir lagi apabila ingatannya terimbau semasa dia berjumpa dengan doktor...

"Doktor...apa keputusannya? Saya salah makan ke?

"Maafkan saya...daripada hasil keputusan yang telah dikeluarkan saya mendapati bahawa adik menghidap kanser perut tahap 2"

"Allah! Ma...macam ma...mana saya boleh dapat penyakit tu doktor?"

"Banyak faktornya jika seseorang mendapat kanser perut. Faktornya adalah daripada sikap diet, tabiat merokok, jangkitan Helicobacter pylori dan juga faktor lain adalah genetik. Tetapi tahap kamu masih berada di tahap 2 dan peratusan untuk kamu sihat adalah tinggi jika kamu menjalani rawatan susulan dan tidak skip pengambilan ubat yang diberikan."

"Berapa lama lagi tempoh yang boleh saya hidup doktor?"

"Saya tak boleh jamin berapa lama awak boleh hidup tetapi apa yang boleh saya anggarkan awak cuma berbaki 4 atau 5 bulan sahaja. Berdoalah padaNya agar terus dipanjangkan umur."

Luluh hati Anna apabila mengetahui yang dia berbaki sedikit sahaja untuk terus hidup. Spm nya berbaki cuma kurang 2 bulan dari sekarang.

Dia hanya mampu bergantung harap pada PenciptaNya. Dia tidak kuat untuk memberitahu Aryana tentang penyakitnya! Dan apa yang paling merisaukannya apabila dia didera seterusnya kansernya akan makin bertambah teruk!

Penat memikirkan masalah yang sering menimpanya... perlahan-lahan Anna menutup matanya bersama hati yang berduka lara.










       'Anna...'

Anna mencari-cari suara yang memanggil namanya. Tempat tersebut begitu asing padanya kerana terdapat banyak kabus di sekelilingnya.

       'Anna...'

Suara tersebut terus menerus memanggilnya dan Anna berusaha mencari petunjuk pada suara tersebut.

       'Anna...'

Pada kali ketiga namanya dipanggil barulah dia menjumpai pemilik yang memanggil namanya. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan.

       "Ibuuu!!!"

Anna terus berlari mendapatkan ibunya dan terus memeluknya. "Ibu! Anna rindu ibu. Kenapa ibu tinggalkan Anna?" Soalnya dalam keadaan tersedu sedan.

Perlahan-lahan ibunya mengusap belakang Anna seraya berkata "tabahlah wahai anakku! Ibu tahu yang Anna kuat menghadapi dugaan. Ibu sentiasa bersama dengan Anna tidak kira masa."

       "Anna nak ikut ibu...Anna dah penat dengan masalah dunia ibu..."

       "Jika Anna berasa resah atau dilanda masalah ingatlah wahai anakku bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan doa hambaNya. Ibu pergi dulu ye Anna. Kamu jaga diri kamu baik-baik. Ibu sayang kamu!"

Sejurus selepas itu bayangan ibu Anna makin memudar dan menghilang seperti kabus yang mengelilingi Anna.

       "Ibuuu!!!" Terus Anna tersedar dari tidurnya dalam keadaan berpeluh dan memandang jam yang berada di biliknya.

7:15 petang

Anna beristighfar seraya meraup mukanya lalu segera menunaikan perkara wajib yang dituntut oleh agamanya.




to be continued...

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang