Bab 25

367 29 2
                                    

Angin laut pada petang itu bertiup perlahan mengenai wajah Najwa yang sedang leka melayan karena Arisa. Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang memerhati kearahnya." Nahhh, ni aiskrim". Amirul menghulurkan aiskrim roti yang baru dibeli kepada Najwa." Aippp..tengok-tengok ape tu, tak boleh, awak kecik lagi". Najwa mengelap air anak yang yang meleleh." Meh saye pegang dia saye punye dah nak habis ni". Najwa mengangguk dan meminta suaminya memberikan susu kepada Arisa." Hai...kakyong how are you, lame kite tak jumpe". Amirul memandang kearah suara orang yang menyapa isterinya. Wajahnya berubah keruh selepas melihat gerangan yang menyapa isterinya." Ehh ,Diyana kau datang sini sorang ke". Najwa menjeguk di bahagian belakang Diyana." Haah aku datang sorang je sebab ada hal sikit dekat sini". Tipu Diyana, matanya tidak lepas memandang kearah Amirul yang berjalan di persisir pantai bersama Arisa dalam dukungannya." So dah berape bulan...tak cakap pun dah ade baby". Najwa hanya tersenyum kearah Diyana." 4 bulan baru...bukan taknak bagi tahu kau tu tukar nombor tak cakap dekat aku...kau anak dah berape dah". Najwa memandang kearah Diyana disebelahnya." Oi...kau ni duk tenung laki aku macam nak telan tu kenape aku tanye pun tak jawap". Diyana sedikit tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut Najwa." Eh.. HAHAHAHAHAH, emmm, aku gerak dulu lah ye nanti jumpe lagi". Najwa hanya mengangguk dan melihat langkah Diyana hingga hilang dari pandangan.
" Dah kenape si Diyana ni duk pandang laki aku macam nak telan". Getus Najwa sambil menyuapkan aiskrim roti yang dicubit." Menikmati nampak, sampai berkerut- kerut dahi tu sedap sangat ke?". Najwa memandang suaminya ingin melabuhkan punggungnya di sebelah Najwa." Biarlah yang awak tu pergi lari tu kenape". Amirul tersenyum sumbing kearah isterinya.

"Abi nak bawak kite pergi mane nihhh, saye panas lah abi". Najwa tersenyum memandang Amirul."Alolololo, ciyan dia tu panas ye..abi nak bawak mama main air". Najwa menjengilkan mata kearah suaminya sebelum tanganya pantas mencubit pinggang suaminya. "HAHAHAHA...takde lah abang nak bawak sayang buat aktiviti yang ade dekat Pulau ni". Najwa mengangguk laju.

_____________________________________

Diyana memincingkan matanya memandang kearah Amirul dan Najwa yang ingin menaiki bot."Kau tengok diorang lame- lame buat ape bila kau nak mula apa yang kite dah rancang tu". Diena menyilangkan tanganya kedada sambil memandang kearah bot yang baru berlalu dari situ." Kau sabar sikit boleh tak...jangan gelojoh okey relex je aku tahu nak mula macam mane".

Petang itu Diyana mendail nombor Najwa dan mengajaknya bertemu di pantai. Diyana memandang sekeliling sambil menunggu kelibat Najwa. Tidak lama kemudian Diyana melambai kearah Najwa yang datang bersama Arisa." Hai, sorry buat kau tunggu lame ni budak kecik ni mengade nak ikut taknak duk dengan abi dia". Najwa mencium lembut pipi anaknya." It's okey, aku pun baru je sampai ni". Diyana mengajak Najwa pergi ke cafe yang berdekatan." So jom oder dulu banyak aku nak sembang dengan kau". Najwa hanya mengangguk.

" Kau tengokkan anak aku kejap....aku nak pergi toilet Jap". Najwa meninggalkan Arisa bersama Diyana sebelum berlalu ke tandas. Tanpa Najwa sedar seseorang mengikutinya dari belakang dan menekup mulutnya sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri. Diyana mengankat panggilan dari telefon bimbitnya sambil menolak stroller Arisa bersamanya.

"Aku nak korang bawak perempuan no pergi tempat yang aku dah bagi tahu dekat kau hari tu paham". Lelaki tersebut mengangguk. Diyana menyerahkan Arisa kepada Diena." Budak ni aku nak kau jaga kau nak buat ape buat lah jangan mampus sudah". Diena mengangguk dan menaiki bot yang telah disewa oleh Diyana.

Amirul melihat kearah jam yang sudah menunjukan angka 8 malam." Mane bini aku ni dah lewat macam ni takkan tak abis borak lagi". Belum sempat dia mendail nombor Najwa. Amirul dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu dari luar." Eh you....bukan ke isteri I keluar dengan you ke mane dia?". Amirul memandang kearah Diyana yang sedari tadi wajahnya kelihatan resah." Tadi time aku keluar dengan dia tu..I  pergi tandas balik dari sane I nampak ade sorang lelaki tekup mulut dia pastu bawak dia naik bot anak you pun ade sekali". Amirul sedikit tersentak dia tidak mampu bersuara sebelum tersungkur di depan Diyana. Diyana tersenyum lebar. Tanganya menyentuh wajah Amirul." I kena call polis....isteri I anak I dalam bahaya you tolong I boleh". Diyana mengangguk."Tapi malam ni you  rehat dulu I temankan you". Amirul memandang tepat kedalam anak mata  Diyana." It's okey..you balik lah bilik you". Wajah Diyana berubah cemberut." Ermmm..okey lah I masuk bilik dulu bye". Amirul mengangguk selepas mendengar pintu bilik ditutup Amirul segera mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor ibu bapanya dan Najwa.

aku..... nk kawan kau... sampai bila -bila boleh?[Complete💯]Where stories live. Discover now