Amirul segera pulang selepas talian di matikan. Debaran di hatinya mulai bertambah. Rasa amarah semakin membuak-buak ingin tahu siapa yang menculik isteri dan mencederakan anak mereka. Sampai sahaja di perkarangan rumah Amirul memanggil seluruh ahli keluarganya untuk berkumpul." Ha kenape ni along ade ape-ape berita ke pasal video dan gambar semalam?". Amirul hanya diam tidak menjawap soalan adiknya." Gambar ape video ape...along ade sorokkan ape-ape ke dari mama?". Sayu suara Datin Suria yang duduk di sebelah adiknya. Sungguh dia rindu akan menantu kesayangannya itu." Kenape kamu macam kelam-kabut je ni?". Soal Dato' Razzak yang masih kelihatan tenang." Ade orang call rul time dekat pejabat tadi..dia cakap dia tahu Najwa dekat mana, lepas ni rul akan jumpa dengan dia tapi sebelum tu rul nak buat laporan dekat balai polis". Datin Suria menekup mulutnya air matanya mengalir perlahan." Rul mummy dengan papa Najwa dah tahu ke". Amirul mengeleng." Nanti bila dah Confirm baru rul akan bagi tahu dekat diorang". Namun semua terdiam Dan memandang kearah telefon bimbit Amirul yang berdering.
"Sekejap lagi aku hantar location dekat kau..tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku ni suami Diyana"-Iwan
" Ha, jangan cakap semua ni rancangan dia!"- Amirul
" Itu aku akan ceritakan dekat kau bila kau dah sampai dekat rumah aku"-Iwan
"Baik lah, kau send location aku sampai"- Amirul
Setelah mendapat lokasi rumah Iwan Amirul segera ke rumah tersebut. Setelah 30 minit perjalanan Amirul sampai di hadapan rumah Agam berwarna putih agak tersorok dari pandangan orang. Matanya tertumpu pada laki yang berdiri dia balkoni sambil mengendong seorang budak perempuan.
Setelah melihat sebuah kereta Porsche hitam di hadapan rumahnya." Bik..bik bukakkan pagar ada tetamu". Seorang wanita asal Indo itu mengangguk dan segera berlalu. Iwan berjalan turun ke bawah bersama Aliya. " Encik duduk dulu lepas ni Encik Iwan datang saya buat air dulu ye". Amirul mengangguk matanya melilau melihat hiasan Dan dekorasi ruang tamu tersebut. Matanya tertumpu pada sesosok seorang kanak-kanak yang turun bersama Iwan. "Iya salam uncle mirul sayang". Aliya menyalami tangan Amirul dan duduk semula di pangkuaan ayahnya. " Amirul tersenyum kearah Aliya. " Tuan ni air nya saya sambung kerja dulu ya". Iwan mengangguk." Aliya...pergi main dekat atas dulu ye sayang, ayah nak cakap dengan kawan ayah kejap ye". Aliya mengangguk dan berlalu naik ke atas.
" Jadi ape yang kau nak bagi tahu aku". Iwan memandang tepat kearah Amirul." Aku tahu kau memang akan masukkan orang yang culik isteri kau dekat lockup, Dan aku pun setuju kau buat macam tu. Jadi aku panggil kau sebab nak tunjuk sesuatu". Iwan mengajak Amirul ke sebuah bilik di tingkat atas. Iwan membuka bilik tersebut perlahan. Amirul terkejut melihat banyak gambar isteri dan seluruh keluarganya." Sejak bila, kenape dia buat mcm ni!?". Amirul geram menumbuk dinding bilik tersebut." Awalnya aku buat take tahu je dengan apa dia nak buat. Dia kawin dengan aku pun sebab terlanjur". Iwan menunduk memandang lantai air matanya mengalir memikirkan dirinya tidak membimbing Diyana dengan baik. Amirul meraup kasar wajahnya. Matanya tertumpu pada sebuah laptop diatas meja. "Laptop dia ke ni". Iwan mengangguk. Amirul membuka satu persatu dokumen yang di simpan.satu pesanan yang berisi video dan satu pesanan suara." Dia terkejut melihat video seorang lelaki Dan wanita menyiksa anaknya. Di belakang terdengar suara Diyana yang bergelak ketawa.
"Aku nak cari dia sekarang, aku takkan maafkan perempuan tu!!!". Iwan Cuba menenagkan Amirul yang dikawal oleh perasaan amarahnya yang tidak dapat di tahan. Dia faham perasaan Amirul." Kau rilek dulu sabar aku dah pasang penjejak dekat kereta dia". Amirul membuat panggilan kepada pihak polis untuk datang ke rumah Iwan." Aku takkan ambik apa-apa tindakkan dekat kau...tapi aku nak Diyana dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat..selama 3 bulan aku cari isteri aku nyawa aku". Iwan faham dengan apa yang Amirul katakan, perlahan dia menepuk bahu Amirul Dan meminta untuk bertenang, selang beberapa minit, 3 buah kereta polis masuk ke perkarangan rumah Iwan." Rul aku dah dapat jejak kawasan tu tak silap tempat tu dulu kawasan bangsal terbiar...and tak silap dulu bangsal ni tauke cina jual dekat dia beberapa tahu lepas". Selepas mendengar penjelasan Iwan pihak polis merancang strategy untuk menceroboh kawasan tersebut bersama Iwan dan Amirul. Amirul mendial nombor Diyana.

YOU ARE READING
aku..... nk kawan kau... sampai bila -bila boleh?[Complete💯]
RomanceBetul ke kalau perempuan dengan lelaki kawan akan timbul satu perasaan?? Najwa seorang gadis yang tidak lah terlalu cantik dan badan yang sedikit gemuk dan seorang ulat buku membuatkan dia tidak terlalu dikenali disekolah. Namun hatinya tertarik pad...