Najwa berlari mendapatkan Amirul."awak okey tak ni....hey?". Tokayah berjalan menghampiri Najwa dan Amirul di bawah pokok manggis."Ya Allah, kenape ni kaklong macam mane boleh jadi macam ni?.. dah bawak mirul dekat pondok tu. Najwa memapah Amirul untuk duduk di atas pondok.
Amirul disandarkan pada tiang pondok. Wajah Najwa yang tadinya ceria berubah risau Amirul memandang Najwa yang sedari tadi melihat kearah kakinya. "Kaki awak terseliuh ni. Kena tuam dengan ais nanti". Amirul memandang Najwa pelik."Mane awak tahu kaki Saya terseliuh je?". Najwa menyilangkan tanganya kedada sambil memandang Amirul sinis." Hello...tunang awak ni doktor lupa ke.....ke tak tahu". Amirul tersengih menampakkan barisan giginya.
Amirul memandang Najwa yang sibuk mengutip buah yang jatuh Dan di masukkan kedalam guni. Najwa mengelap peluh di dahi. Matanya memandang ke arah Amirul. Najwa melihat jam di tangannya."Tok jom makan dulu". Najwa mengambil beg berisi makanan di dalam van Dan diletakkan di atas pondok.
"Amirul boleh tak tu makan sediri ke nak Najwa suapkan". Sakat tokayah, Najwa sudah menundukkan wajahnya."Awak nak ape?". Amirul menundukkan mangkuk berisi ayam masak merah." Awak boleh tolong?" . Najwa sudah tidak keruan.
"Takkan dia nak aku suap kot adui lah cik tunang jangan lah mintak tolong yang bukan-bukan" . Getus Najwa di dalam hati.
Amirul memandang Najwa pelik."Boleh ke tak?". Najwa mengangguk. Amirul sudah tersengih."Boleh tolong ambik air tu?... saya nak basuh tangan". Najwa mengangguk dan menghulurkan bekas air kepada Amirul.
Najwa mengankat semua guni berisi buah kedalam van. Tak mungkin dia nak harapkan tokayah mengankat semua guni tersebut sendirian
"Kesian tunang aku....menyesal panjat pokok tu, kalau Aku tak panjat takpayah dia angkat semua guni tu". Amirul mengeluh berat. Dia cuba berdiri Dan berjalan." Mirul!...awak buat ape ni". Najwa menghampiri Amirul yang jatuh tersungkur di atas tanah." Saya ingat dah okey...saya nak tolong awak kesian awak kena buat semua sorang-sorang". Najwa membantu Amirul berdiri dan dibawa masuk ke perut van." Haihhhhh.....lah awak ni mane ade Saya buat sorang tokayah pun tolong jugak kan.... Awak tu sakit duk diam-diam dengar cakap doktor peribadi awak ni". Amirul sudah tersengih. Najwa menutup mulutnya.
"Ape Aku cakap Ni....eeeee malu malu malu". Najwa segera keluar sebelum Amirul perasa yang wajahnya mula memerah." Kaklong....kamu kenape ni". Najwa memandang tokayah di depannya." Eh...kaklong cari tok lah.....nak ajak balik lagi pun dah petang ni". Tokayah mengangguk dan menuruh Najwa masuk ke dalam van. Amirul tersenyum nakal kearah Najwa.
Aina memandang alongnya. " Amboi, orang tu suka lah ade doktor peribadi yang jaga ye". Amirul mencubit Aina disebelahnya." Kakyong.....tengok along, takpayah kawin dengan dia nanti dia cubit kakyong pulak". Amirul menjengilkan matanya ke arah Aina. Najwa mengeleng melihat perangai dua beradik tersebut.
Najwa duduk bersandar diatas sofa selepas selesai makan malam dia memicit bahu dan lengannya yang berasa lenguh kerana mengankat banyak barang semasa di kebun. Tokayah berjalan mendekati Najwa. "Kaklong okey ke tu....kenape tak tido lagi ni". Najwa tersenyum manis kearah tokayahnya. "Kaklong tak boleh tido sakit belakang sikit Ni, rasa lenguh semua badan". Tokayah mengangguk. Amirul yang keluar dari bilik perlahan sambil memegang diding. Dia terdengar perbualan Najwa dan tokayah."Kesian awak....penat harini semua sebab saya". Dia masuk semula ke biliknya.
Najwa tersedar dari lenanya." Allah penatnye.....wehhhh lambatnye Aku bangun". Dia terhidu bau sambal tumis dari dapur." Kesian tokayah kena masak....hmmm". Najwa berjalan turun kedapur berlari memeluk seseorang."Awak....jangan macam ni kita tak halal lagi". Amirul terkejut kerana dipeluk dari belakang Najwa pelik." Ape tok niii". Najwa mengankat mukanya memandang Amirul yang sudah membatu . Najwa menutup wajahnya sambil berlari meninggalkan Amirul di dapur.
YOU ARE READING
aku..... nk kawan kau... sampai bila -bila boleh?[Complete💯]
Storie d'amoreBetul ke kalau perempuan dengan lelaki kawan akan timbul satu perasaan?? Najwa seorang gadis yang tidak lah terlalu cantik dan badan yang sedikit gemuk dan seorang ulat buku membuatkan dia tidak terlalu dikenali disekolah. Namun hatinya tertarik pad...