woozi_universefactory
weh yang pasal dm hari tu.sorry tu member aku yang
pedajal nya.*seen*
cherrychaera
takpe aku faham.tekejod gak dapat dm centu. ingatkan orang nak promote deodoran untuk aku buat paid review haha
*seen*
woozi_universefactory
btw phone tu okay tak?*seen*
cherrychaera
not bad! iphone kotttpastu dahla ni iphone ori
like mana kau cekup duit nak beli benda alah ni?mahal wehh!
*seen*
woozi_universefactory
sama-sama.*seen*
cherrychaera
weh kau belum jawab soalan aku*seen*
ㅡ
chaera berkerut dahi tengok chat dia tak dibalas balas. hekle dia pikir dia retis ke nak seen seen ni.
"kau rompak kedai asam pedas mak bedah ke?" chaera terfikir sejenak.
tanpa bazirkan masa, chaera letak phone ketepi dan kembali pada aktiviti memotong kad gambar geng the boyz untuk jualan esok.
tak lama kemudian, pintu biliknya diketuk lelaju sampai retak kayu pintu tersebut.
"omma, pintu ni bukannya berkunci pun. buka jela." keluh chaera. ni kali ke berapa dah pintu bilik dia hampir berlobang gara gara mak dia ketuk kuat sangat.
puan im buka pintu macam nak ajak gado. dia tengok bilik anaknya.
"waduh im chaera! cepat kemas bilik kamu! kawan omma, puan jung nak datang dengan anak dia!"
"tak, sekarang ni puan jung tu nak minum teh, menyembang, meronggeng kat dalam bilik chaera ke?" soal gadis itu dengan muka fed up dia.
"mestila kat ruang tamu. apa soalan kamu ni?"
"dAHTU RUANG TAMU LAH KENA KEMAS." chaera hempuk dahi atas bantal.
beberapa minit selepas dipaksa puan jung untuk pakai dress, chaera pun terpaksa layankan kehendak mak dia tu.
"oh my god, so lawa lah anak kau ni." puan jung tiba di halaman bersama anaknya yang chaera sangat kenal.
"jangan tanya, aku pun kena paksa datang juga." jaehyun guling biji mata dia ke arah dua wanita yang terkinja kinja peluk sesama sendiri.
"uwau nais. jom ah masuk. jangan memalu, buat macam rumah orang." chaera masuk dan offer mangkuk gula gula hacks kat jaehyun tapi ditolak.
jaehyun sibuk menaip kat phone.
"itula kan, lepas kita graduate dari universiti zimbabwe tu terus lost contact." puan im memuncung diikuti tawa rakannya itu.
"eh btw, chaera macam rapat je dengan anak aunty." puan jung senyum ke arah chaera dan jaehyun yang duduk bertentangan di sofa ruang tamu.
"oh kitorang sama sekolah." balas chaera, tersengih lalu menjamah popia anggur yang baru digoreng oleh maknya tadi.
"wah that's good! boleh lah, get along lepas tunang nanti!" sambung puan jung.
chaera pun tersedak anggur. dia terludah anggur sebiji dari tekak kena tepat ke mata jaehyun yang tercyduck dengan ayat mak dia.
"tUNANG?" diorang gelabah ketiak.
"tapi omma- jaehyun masih bayi"
"omma! chaera kan sekolah lagi?"
"omma takDE BAGITAU JAEHYUN PASAL NI"
"bOLEH KENA SAKIT JANTUNG CHAERA NI TAU TAK?"
"eyyy sudah! tunang je kot. korang still boleh hidup macam biasa just, ada ikatan-"
"omma banyak tengok drama bangla tv30 tu ke? kalau pihak sekolah tahu kitorang tunang, bOLEH KENA BERHENTIKAN SEKOLAH TAU TAK?" jaehyun cekup kepala mak dia.
"berhenti je lah, then korang boleh usahakan empayar fesyen omma dengan puan jung-"
"oMMA CHAERA NGGAK MAU SOALNYA CHAERA UDAH PUNYA PACAR-" chaera terdiam. sejak bila dia ada pacar? sejak bila dia sepiking indo ni?
"pacar- eh dah ada boyfriend? lah omma tak tau. omma ingatkan kamu nak join hestek tetapbangga. itu yang omma teghos contact puan jung kot kot bole jodohkan anak dia dengan kamu." jelas puan im panjang lebar.
"jaehyun sebenarnya dah ada gerpren juga." luah lelaki itu yang dari tadi diam tengok gelagat chaera dengan mak dia.
"sape ha sapeee? kalau lee taeyong, memang omma potong buwong puyoh kamu. dahla kemain rapat sampai menjerit jerit dalam bilik dengan anak orang tu." marah puan jung sambil bercekak pinggang depan anaknya.
"heh? bukan lah omma! time tu kan jae dengan dia tengok live match bola sampai tengah malam. memang la jerit walaupun player bola dalam tv tu tak dengor."
"oh-"
"so takde tunang kan?" chaera tanya mak dia dan puan jung.
"kalau memasing dah taken, takpe lah. aunty pun tak nak jadi perosak hubungan kamu." puan jung tampar peha puan im.
"tu lah hm." puan im tersenyum pikir anak dia rupanya dah matang. dah ada boyfriend bagai.
entah sape boyfriend chaera pun dia taktau.
selepas dua jam mak mak membawang, mereka pun decide nak balik rumah. itu pun sebab jaehyun dengan bapak dia heret balik. kalau idok, memang seminggu kemudian melekat bontot kat sofa ni.
"weh chaera, apa yang jadi hari ni jangan bitau sesiapa tau?" jaehyun sengih janggal.
"bayar ah." chaera jongkket jongket kening dia.
"berapa?" soal jaehyun.
ㅡㅡㅡ
tbcchmilelele svteenology
chaelia_a alienEatkookie_
Jeonghana_ seungcheolednote: lagi berapa chap dah nak habiss
YOU ARE READING
kelab lelaki idaman | svt a.f
Sonstigesㅡdimana 7 gadis tubuhkan kelab berguna untuk pelajar sekolah. status: on-goyang