Hi guys ! Sebelum baca ff ni.. Korang perlu baca ff BTS IN THE SOOP SEASON 2 dan THE MOMENTS OF LOVE SEASON 1 . Then, baru lah korang boleh baca ff ni.
So enjoy !
💜💜💜💜💜
Hani menyinggah di rumah Mimi untuk berjumpa dengan wanita itu. Setelah mempunyai 2 anak kembar , cousinnya tidak lagi datang ke pejabat untuk menguruskan kerja-kerjanya. Dia masih kerja cuma dia bekerja dari rumah sahaja. Kebanyakkannya Hani yang uruskan meeting dan semuanya.
Hani bermundar-mandir di taman mini rumah Mimi . Mereka sekeluarga telah pun berpindah ke rumah baharu mereka. Hani mengeluh dan tidak senang duduk. Mimi dari jauh membawa secawan air teh panas kepada Hani.
Mimi memandang Hani dengan pelik. Dah kenapa dari tadi asyik mundar-mandir je.
" Hani... Kau ni kenapa ? Asyik mundar-mandir je " tegur Mimi lalu duduk di bangku tersebut. Hani duduk lalu memandang Mimi.
" Weh Mimi !! Aku nervous la. Lagi 1 minggu aku dah nak jadi isteri orang " jawab Hani dengan riak wajah yang risau .
" Tahu pun. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa dulu .. " kata Mimi apabila mengingati majlis kahwinnya yang sudah lepas.
" Ish , kau ni ! Bukan nak tenangkan aku... Aku tengah nervous... " kata Hani sambil menjeling geram ke arah Mimi.
" Relaks la.. Kau takpayah nervous-nervous sangat.. " kata Mimi.
" Anak-anak kau mana ? " soal Hani kepada Mimi. Tak nampak pula si kembar tu.
" Anak aku tidur.. Biar lah diorang tidur. Penat aku nak layan kerenah budak kecil tu " jawab Mimi. Hani membulatkan mulutnya tanda 'oh' .
" Kau dah siap ke semua persiapan perkahwinan ? " tanya Mimi kepada Hani.
" Entah lah.. " jawab Hani.
" Hey ! Kau dah nak kahwin lagi seminggu.. Lepastu kau taktahu persediaan dah siap ke belum .. " tegas Mimi lalu menampar lengan Hani.
" Ish , kau jangan tanya pasal kahwin ni. Aku nervous " protes Hani. Bila tanya pasal kahwin confirm terlupa apa yang dah siap. Mimi mengeluh sambil menggelengkan kepala.
" Kau ni lepas dah ada anak.. Membebel je.. Nasib baik la anak kau Hyun Joon tu ikut daddy dia. " perli Hani.
" Amboi kau mengata aku... Kau tunggu lah kalau kau dah ada anak " kata Mimi. Hani hanya tersengih.
Tidak lama kemudian , kereta milik Namjoon masuk ke perkarangan rumah.
" Kejap eh.. Suami aku dah balik.. Minum lah dulu " Mimi menyuruh Hani minum terlebih dahulu. Mimi bangun dan pergi ke arah Namjoon.
Hani hanya memandang suami isteri yang sedang berpelukan itu dari jauh. Diorang ni sweet betul. Siap kiss pula tu.
" Sweet betul diorang ni.. " desis hati Hani.
" Mana anak-anak ? " soal Namjoon kepada Mimi.
" Dekat atas. Diorang tidur.. " jawab Mimi.
" Tadi saya nampak kereta Hani.. Mana dia ? " tanya Namjoon. Mimi menunjukkan Hani yang sedang duduk di taman mini mereka.
" Oppa ! " jerit Hani sambil melambai tangan ke arah Namjoon . Namjoon membalas lalu mereka berdua pergi ke arah Hani.
" Eh , kenapa bakal pengantin datang sini ? Nervous ke tu ? " soal Namjoon kepada Hani.
" Nervous la yeobo... Sampaikan tak senang duduk. " kata Mimi. Hani mengeluh.
YOU ARE READING
The Moments of Love S2
FanfictionSambungan kisah The Moments of Love S1 . Kisah tiga orang gadis telah berjumpa dengan cinta sejati mereka. Seorang sudah berkahwin. Tinggal lagi dua orang . Adakah akan ada konflik dalam hubungan mereka ? " Taehyung... Let me explain ! " ujar A...