Bunyi loceng menandakan waktu sekolah sudah selesai untuk hari ini. Aku masih lagi dalam keadaan bimbang kerana memikirkan siapakah yang telah mengintip aku bersama Nayeon dan Chaeyoung.
Sebelum keluar dari sekolah, aku menuju ke tandas sebentar untuk membuang air kecil. Aku mendengar suara desahan dari balik dinding. Aku tidak menghiraukan kerana ingin segera menyelesaikan urusan ku.
Selepas selesai, aku mengintip dari ruang tingkap dan mendapati Heechul sedang bercium dengan Jisoo dari group Blackpink. Aku terkejut dan memikirkan apakah reaksi Momo jika dia mengetahui tentang kecurangan Heechul.
Aku segera keluar untuk mendapatkan bas. Mujur bas untuk pulang ke arah kondominium masih belum bergerak. Di dalam bas, aku mendapati hanya Naeyoun, Jeongyeon, Dahyun dan Sana yang ada bersama.
"Mana yang lain?"
Nayeon:
"Jihyo, Momo dan Mina ada latihan dalam kelab tarian. Chaeyoung dan Tzuyu dalam kelab memanah."
"Oh, macam tu. Nayeon dan yang lain tak masuk mana-mana kelab ke?"
Dahyun:
"Aku pun masuk kelab memanah. Tapi hari ni tak berapa sihat jadi dapat kebenaran untuk balik"
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka. Dalam hati aku masih berasa resah. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tentang pengintip di bilik sukan dan hal Heechul bersama Jisoo.
Ketika bas yang membawa kami bergerak pulang, terdapat satu lagi bas yang bergerak bersebelahan. Aku menoleh ke arah bas tersebut dan terkejut dengan apa yang aku lihat.
Daniel berada di dalam bas itu bersama dengan seorang ahli kumpulan Red Velvet yang bernama Wendy. Mereka berdua berkucupan tanpa menyedari keadaan sekeliling. Baru sahaja aku melihat Heechul curang di belakang Momo. Kali ini Daniel pula berlaku curang pada Jihyo.
Nayeon dan yang lain turut memerhatikan kecurangan Daniel. Nayeon merakamkan aksi mereka bercium dengan telefon pintarnya.
"Kenapa pula dengan Daniel ni? Apasal dia curang dengan Jihyo?"
Nayeon:
"Kami dah lama tahu Daniel ada masalah dengan Jihyo. Cuma masalahnya dia langsung tak nak lepaskan Jihyo walaupun mereka tak serasi bersama."
"Maksud Nayeon?"
Nayeon:
"Takpelah. Nanti Y/N akan tahu juga. Tapi bukan sekarang"
Aku jadi keliru mendengar kata-kata Nayeon. Apa yang menjadi punca mereka tidak serasi?
Nayeon:
"Y/N, hari ni aku dengan yang lain nak turun di bandar. Shopping. Kau temankan Dahyun balik, ok?"
Nayeon mengenyitkan sebelah matanya kepada ku. Aku menyedari maksud kata-katanya. Ini adalah peluang aku untuk bersama Dahyun.
Dahyun kelihatan tersipu-sipu malu. Wajahnya yang putih bagaikan mutiara menjadi kemerah-merahan.
Setibanya kami ke kondominium, Dahyun bertanya kepada ku.
"Y/N, kau nak terus balik rumah ke? Tak nak lepak dulu rumah kami tunggu yang lain balik?"
Aku hanya tersenyum membalas,
"Apa kata kau lepak tempat aku? Boleh juga kita kenal lebih rapat."
Aku menghulurkan tangan ke arah Dahyun. Gadis yang berkulit amat cerah itu menyambut tangan ku tanpa segan silu walaupun wajahnya menjadi kemerahan.
Kami berpimpin tangan sepanjang perjalanan menuju ke kediaman ku.
YOU ARE READING
FEROMON - TWICE x Pembaca Lelaki 18+
ФанфикWatak utama ialah Y/N (Your Name). Ditumpukan pada Male Reader @ Pembaca Lelaki. Cerita berlaku dalam dunia imaginasi. Oleh itu sebarang nama yang wujud tiada kaitan dengan orang yang sebenar. Jika ada yang tidak suka dengan penceritaan dan pengguna...