SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)
57 parts