"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran. Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu. "Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh. Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan. "Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."