●10●

4.9K 367 21
                                    

Genap seminggu usia perkahwinan kali kedua buat mereka, hari ini pasangan pengantin baru itu akan masuk ke pejabat seperti sediakala. Cuti sudahpun tamat, kini tuntutan kerja lebih utama.

Raisha sudah memulakan rutin hariannya seperti dahulu. Selepas subuh, dia akan bersiap-siap terlebih dahulu kerana selepas itu dia harus menyediakan sarapan pagi. Siap menghidangkan makanan, dia perlu naik ke bilik tidur untuk menyiapkan anak mereka. Oh ya, mereka telah pun berpindah masuk ke vila kelmarin.

Hanya mereka bertiga.

"Morning, love." Sapaan itu diiringi dengan ciuman di pipi si isteri. Raisha yang sedang mengejutkan anaknya menoleh. Ternyata suaminya sudah terjaga dari lena dan menyandar di kepala katil.

Raisha senyum.

"Saya ingatkan awak tidur lagi. Sekejap tau, saya nak mandikan Rana. Nanti baru awak mandi." Raisha sudah mendukung anaknya yang masih mengongoi mengantuk. Namun baru ingin mencapai tuala si anak, lengannya ditarik lembut.

"Biarlah I mandikan Rana, nanti I terus mandi. You pun dah siap pakai baju, nanti basah pula." Tanpa menunggu persetujuan isterinya, Tuan Fateh mengambil anak mereka dari dukungan Raisha.

"Jom, Rana. Hari ni daddy mandikan."

Raisha menggeleng kecil seraya tersengih melihat pintu bilik mandi sudah ditutup. Meja solek dirapati. Ada juga masanya untuk bersolek sedikit. Takkan nak pergi kerja dengan muka yang pucat?

Selendang di atas papan seterika dicapai. Dililit kemas sebelum kedengaran pintu bilik mandi dibuka. Lantas dia mencapai keperluan anaknya.

"Dah wangi anak ibu!" Raisha menggomol pipi tembam anak mereka lalu dibawa ke katil. Dia leka menyiapkan Rana. Usai memastikan anak kecil itu selamat di atas katil seorang diri, dia mendekati suaminya yang sedang membutang baju kemeja hitam itu.

"Sini saya buatkan."

Tuan Fateh melihat jari-jemari runcing itu memasukkan butang ke dalam perumah. Dahinya berlapis sedikit apabila tali pinggang seluar turut dipakaikan oleh isterinya.

"You don't have to do this, love. I dah boleh buat semua ni sendiri, tak perlu susahkan you." Tangannya naik mengusap pipi merah itu.

Mata mereka bertemu.

"Tapi ni kan tanggungjawab saya? Cukuplah awak dah belajar hidup sendiri selama saya bukan hak awak." Tangannya menepuk berkali-kali dada dan bahu Tuan Fateh. Berpuas hati dengan penampilan kacak suaminya.

Tuan Fateh membiarkan Raisha mendukung anak mereka sambil mereka beriringan ke meja makan.

"Love..."

Raisha yang baru saja sedang mencedok bihun goreng ke dalam pinggan menoleh ke kanan. Riak wajah suaminya agak terharu.

Mengapa?

Tangannya yang pada awal sedang memegang pengepit makanan kini diraih oleh Tuan Fateh. Terasa elusan lembut sebelum dikucup lama.

"I dah lama tak breakfast dekat rumah. Selama ni hidup I sendiri. Tapi syukurlah sekarang you dah jadi milik I lagi." Tuan Fateh kucup lagi kekura tangan isterinya. Raisha senyum nipis.

"Selagi saya mampu, saya akan tunaikan tanggungjawab saya. Sekarang ni kita breakfast dulu okay? Kejap lagi nak hantar Rana dekat rumah umi."

Tuan Fateh angguk.


Berbeza di pejabat, Tuan Fateh lebih gemar bersikap profesional apabila berurusan dengan isterinya, Raisha. Semua staf sudah sedia maklum mengenai status perkahwinan mereka dan ternyata mereka bersyukur apabila hubungan yang terpisah itu sudah kembali terjalin.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now