●4●

5K 417 34
                                    

Seminggu sudah berlalu sejak hari Rana mengalami demam panas, kini Raisha memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja. Hari ini memandangkan moodnya agak 'swing' disebabkan hujung bulan, faham-faham sahajalah.

"Morning, Cik Raisha." Sapaan itu dibalas dengan senyuman. Takkan nak jeling pula kan? Lagipun dalam syarikat ini dia hanya personal assistant kepada Tuan Fateh, bukannya isteri lagi. Semua staf sudah sedia maklum dan mereka juga tidak mahu masuk campur.

Hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat pasangan itu.

"Fuh!" Dia melabuhkan punggung seraya mencapai buku catatan tebal atau organiser yang tercatat segala maklumat penting buat Tuan Fateh. Dia lega sedikit apabila Ghani yang akan menguruskan hal formal manakala dia menguruskan tugas bukan rasmi.

"Puan Raisha.. pu.."

"Cik, Yana. Cik." Raisha membetulkan dengan pantas gelaran yang digunakan oleh kerani itu. Yana menggaru kening sambil tersengih.

"Maaf, Cik Raisha. Dah terbiasa dulu panggil Cik Raisha dengan puan."

Raisha cuba pamerkan senyum. Kini semua itu tinggal kenangan dan semua ini juga berpunca daripada siapa?

Dia.

Raisha binti Azman.

Huh...

"Cik? Saya nak serahkan dokumen ni. Nanti Cik Raisha tolong mintakan sign Tuan Nuh ya?" Dokumen dalam sampul itu diletakkan atas meja. Raisha mencapai sebelum mengangguk faham.

"Saya pergi dulu, Cik Raisha."

Meskipun Raisha sudah berpisah dengan Tuan Fateh, semua staf masih menghormati wanita itu dan tidak pernah langsung bersikap biadab.

Mujurlah.

Ting! Ting!

Segera matanya tertancap pada alarm telefon pintar. Sudah jam 8.30 pagi dan ini bermakna Tuan Fateh akan masuk ke dalam pejabat. Sesekali dia cuba menghendap sedikit ke dalam ruangan bilik kerja lelaki itu.

"Kenapa aku tak boleh masuk bilik tu? Macamlah selama ni aku tak pernah masuk. Kan? Apa yang dia sorokkan sebenarnya?" Raisha langsung tidak menyedari bahawa ada seseorang sedang berpeluk tubuh di belakangnya.

Tuan Fateh berdehem. Sekali gus membuatkan mata Raisha membulat.

Apa aku nak buat ni?! Pusing belakang?! Tapi nanti ternampak dia! Kalau berdiri macam ni, macam mana dia nak masuk bilik?!

"Raisha... Apa malang sangat kau ni.." Gumamnya perlahan. Sudahnya dia berganjak ke tepi namun masih membelakangkan Tuan Fateh.

"Buat apa berdiri depan pintu bilik I tadi?" Tuan Fateh langsung tiada niat untuk masuk ke dalam bilik kerjanya lagi. Pandangan staf lain dibiarkan. Bukan tak biasa.

Raisha mengemam bibir.

"Somehow I think..." Suara Tuan Fateh yang seakan-akan berbisik di telinganya membuatkan bulu romanya merinding. Bisikan yang sangat mendalam.

"...you ni cinta mati dengan I sampaikan you kerja dekat sini."

Kali ini Raisha angkat kepala dan mencari wajah kacak lelaki itu. Entah mengapa hatinya hangat membahang seperti ada api membara apabila mendengar bicara lelaki itu. Dia menjadi...

Marah?

"Why? Betulkan?" Usik Tuan Fateh lagi tanpa dia perasan perubahan pada riak wajah Raisha.

"Sombong sangat tu kata-kata Tuan Nuh Fateh. Saya bekerja di sini atas permintaan dan cadangan Tuan Faris, ayah kepada Tuan Nuh Fateh sendiri. Saya pun tak tahu kenapa saya bodoh sangat terima cadangan ni! Dan untuk pengetahuan Tuan Nuh Fateh, cinta Raisha binti Azman buat Tuan Nuh Fateh..." Raisha curi nafas. Bukan dia tidak nampak lelaki itu bagaikan terkunci mulut.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now