"Umi! Oh umi!" Raisha terkial-kial berjalan sambil mendukung anaknya dan beg keperluan anak kecil itu. Uminya, Puan Halimah sudah menggeleng kepala dengan riak wajah risau.
Rana bertukar tangan.
"Apa yang kalut sangat ni, Sha? Kalau jatuh tadi macam mana?"
Raisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sha dah lewat umi! Rana buat perangai tadi. Sorry! Petang sikit Sha ambil Rana tau. Bye, anak ibu! Jangan nakal tau." Usai mengucup pipi Rana dan salam tangan uminya, dia bergegas masuk ke keretanya yang tidak dimatikan enjin.
Jam tangan dikerling sekilas, wajahnya menjadi pucat lesi. Matilah dia! Sekarang sudah melepasi pukul 8.30 pagi dan ini bermakna Tuan Fateh sudah tiba di pejabat.
Argh!
"Cik Raisha?" Tegur Ghani saat dia melihat wanita itu terkocoh-kocoh melepasinya di kaunter pertanyaan. Raisha yang sedang kalut dengan fail di tangan tersentak seketika dan keadaan menjadi parah bila kasut tingginya tersadung pada pasu bunga di hadapannya.
"Cik Raisha!"
"Aduh!"
Buk!
Raisha menyeringai kesakitan saat punggungnya terhempas atas lantai keras itu. Meskipun dilapik dengan permaidani tebal, dia tetap berasa sakit.
"Cik Raisha.. Ya Allah, maafkan saya. Saya tak sangka pula Cik Raisha terkejut." Ghani dan Tiara menghampiri Raisha yang masih terduduk kesakitan. Sempat mata Raisha meliar ke sekeliling, mujurlah tiada orang di situ.
Tiara membantunya untuk bangun perlahan-lahan. Nasibnya baik kerana buku lalinya tidak terseliuh, dia masih boleh berjalan namun dengan hati-hati.
"Thanks, Tiara, Ghani." Ujar Raisha sewaktu mereka bertiga berada dalam lif. Barang-barang Raisha telahpun dibawa oleh Ghani tanpa dipaksa. Mungkin rasa bersalah kerana mengejutkannya.
Raisha berpaut pada Tiara saat kakinya terasa kebas.
"Cik Raisha okay tak ni?" Tiara memegang kuat lengan Raisha agar tubuh itu tidak melorot jatuh. Raisha terpaksa mengangguk saat pintu lif terbuka.
"Perlahan sikit, Cik Raisha." Pesan Ghani dengan sopan. Lagi beberapa langkah untuk tiba di meja Raisha, mereka bertiga disapa dengan suara yang sangat sinonim dalam syarikat ini.
"Raisha? What's wrong with you? Kenapa sampai Tiara papah you ni? Ghani?" Pandangan Tuan Fateh jatuh pada pembantunya, Ghani.
Tiara mendudukkan Raisha dengan hati-hati di kerusi.
"Err, Tuan Nuh.. Sebe..."
"Thanks, Ghani and Tiara. Pergilah sambung kerja awak berdua balik, sorry dah susahkan tadi." Ujar Raisha sekali gus memberi isyarat kepada mereka berdua agar beredar dari tempat kerjanya.
Ghani berasa tersepit antara Tuan Fateh dengan Raisha. Melihat anggukan Raisha, dia dan Tiara akur.
"Raisha... Kenapa dengan you? You tahu tak yang you dah lambat masuk office?" Tuan Fateh menarik kerusi di tempat duduk Yana yang kebetulan cuti hari itu. Kerusi Raisha dipusingkan dan dia duduk menghadap wanita itu.
"Maaf, Fateh. Rana buat perangai pagi tadi, dia tak nak pergi rumah nenek dia. Tu yang saya terlewat." Raisha berharap agar lelaki itu tidak memarahinya.
"But why now? Dulu elok je Rana tinggal dekat rumah umi?"
Raisha berkerut dahi.
"And now awak nak kata yang saya cari alasan? Macam tu?" Tiba-tiba dia berasa panas hati mendengar soalan yang agak berbaur sinis daripada Tuan Fateh. Lelaki itu pula mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...