●3●

5K 458 44
                                    

Sepi.

Begitulah keadaan rumahnya apabila malam menjelma. Namun jika waktu siang, memang riuh-rendah dengan gelagat Rana yang semakin hari semakin mencuit hatinya.

Raisha mengelus lembut rambut ikal anaknya. Rana masih melayan kantuknya namun mata masih belum terpejam sepenuhnya.

"Bubu..." Suara halus itu menyentak perhatian Raisha. Segera dia merapati lagi anaknya, tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan. Hangat.

"Dy..Dy.. Rindu dy..." Rana mengongoi dalam pelukan ibunya. Raisha terdiam sejenak namun dia tetap masih memeluk anaknya. Cuma...

Eh! Allahu!

"Rana sayang..." Dia bangkit sedikit, tangan mula menyentuh dahi dan leher anaknya. Panas!

"Sayang... Buka mata sekejap. Rana demam ni.." Raisha mula cemas sebenarnya. Rana jarang jatuh sakit kerana anak kecil itu begitu aktif dan kadangkala susah untuk melihat anaknya sakit.

Rana merengek-rengek apabila merasakan dia sukar bernafas. Cecair yang tersumbat dalam hidungnya membuatkan dia tidak selesa.

"Bubu..."

Raisha segera mencapai telefon pintarnya. Ketika waktu-waktu seperti ini, memang dia harus meminta bantuan orang lain. Dia mempunyai rabun malam  dan menyukarkannya untuk memandu ketika malam.

Hanya ada satu nama terlintas dalam fikiran.

Fateh!

Dia sempat mengerling ke arah anaknya yang sudah menangis nyaring.

"R..Raisha?" Suara serak basah itu menggamit perhatian Raisha seketika. Tahulah dia bahawa lelaki itu terganggu dari lena.

"Fateh! Rana demam!"

"What?! You dekat mana sekarang ni?" Raisha dengar nada suara itu cemas. Sempat dia menangkap bunyi seperti gugusan kunci.

"Rumah kita dulu."

"Okay, tunggu sekejap. I datang."

Tut..

Raisha pandang semula anaknya. Dia risau andai anaknya terkena sawan atau penyakit lain. Lekas dia mencempung tubuh kecil itu untuk menunggu Fateh di tingkat bawah. Sempat juga dia membaluti Rana dengan sehelai selimut.

"Sabar, sayang. Kita tunggu daddy okay?" Raisha mengucup dahi panas anaknya. Risaunya bukan main-main.

Tak sampai 10 minit, dia lihat ada kereta berhenti di hadapan pintu rumah. Tuan Fateh terkocoh-kocoh berlari mendekati mereka.

"Sini I dukung Rana. Come, faster." Tuan Fateh juga turut risau akan keadaan anak mereka. Rana bertukar tangan.

Tanpa lengah lagi, kereta mewah itu menderum laju.

Raisha menggosok pahanya dek kerana cemas dan hatinya gundah-gulana. Ibu mana yang tidak cemas andai anaknya jatuh sakit? Pula itu, Rana bukan jenis yang mudah sakit.

Ya Allah, lindungilah anak aku...

Tuan Fateh yang baru saja selesai mendaftarkan anak mereka dalam hospital itu mendekati Raisha yang tidak tentu arah di ruangan menunggu. Tanpa pinta, dia melabuhkan punggung di sisi wanita itu.

Andai dahulu dia akan menarik tubuh itu ke dalam dakapan. Namun kini, mereka berbatas.

"Fateh... saya risaukan Rana... Rana tak pernah sakit selama ni... Macam mana kal.."

"Raisha..." Potong Tuan Fateh. Raisha terdiam seketika, dia menarik nafas sedalamnya lalu dihela berat.

"Anak kita kuat, Raisha. I tahu, dia kuat. Sama kuat macam ibu dia." Tuan Fateh cuba menahan tangannya daripada menyentuh Raisha. Andai saja dia mampu meminjamkan bahunya, pasti dia sudah lakukan.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now