Setelah beberapa minggu mengurukan segala persiapan untuk majlis akad nikah Tuan Fateh dan Raisha, tibalah hari yang dinantikan oleh pasangan itu. Majlis diadakan secara sederhana atas permintaan kedua-dua belah pihak. Bagi mereka, tidak perlu majlis yang gah asalkan dua jiwa itu kembali bertaut menyulam kasih. Kali ini biarlah berkekalan, dengan izin Allah.
"Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris." Suara abi Raisha, Haji Azman kedengaran segenap ruang tamu rumahnya. Keadaan terus menjadi sunyi sepi saat Tuan Fateh menyambut huluran tangan kanan Haji Azman. Tubuhnya yang ala-ala model antarabangsa apabila disarungkan dengan baju melayu putih susu sememangnya menarik perhatian sanak-saudara lebih-lebih lagi kaum hawa. Masing-masing sibuk berbisik antara satu sama lain.
Raisha. Dia kini sedang diapit oleh bekas ibu mentuanya yang bakal menjadi mentuanya kembali, Datin Seri Nura dan di sebelah kanannya Puan Halimah. Rana pula sudah diriba oleh adik kepada Tuan Fateh, Farha.
"Saya." Kedengaran suara gemersik Tuan Fateh membalas panggilan Haji Azman.
"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku, Raisha binti Azman dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai."
Tuan Fateh menarik nafas sebelum dihela tenang.
"Aku terima nikahnya Raisha binti Azman dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai."
Hampir empat orang saksi, maka terbinalah sebuah ikatan perkahwinan antara adam dan hawa saat itu. Saat doa dibaca, Tuan Fateh sedaya-upaya menahan air matanya daripada tumpah. Meskipun dia lelaki, namun dia tetap tidak dapat menafikan bahawa dia sangat sebak taktala Raisha sudahpun bergelar isterinya semula.
Raisha dipeluk oleh kedua-dua insan tersayangnya. Dia bersyukur apabila segalanya berjalan dengan lancar. Namun darah gemuruhnya hadir mendadak saat melihat Tuan Fateh sudah bergerak mendekatinya. Raisha menunduk sedikit, perasaan segan itu sama seperti perkahwinan mereka yang pertama.
"Maaf, saya mohon untuk lakukana upacara batalkan air wudhuk secara bertutup. Hanya ada isteri dan saya saja."
Raisha panggung kepala setelah menangkap butir bicara Tuan Fateh. Melihat anggukan daripada orang ramai, lengannya terasa ditarik lembut untuk berdiri. Raisha hanya diam saat menuruti setiap langkah suaminya.
Suami?
Indahnya kedengaran panggilan itu.
"Assalamualaikum." Suara berbisik Tuan Fateh saat melangkah masuk ke bilik Raisha yang sudah dihias sebagai bilik pengantin menyedarkan Raisha daripada lamunan.
Pintu ditutup. Tuan Fateh menarik lengannya agar duduk di birai katil. Dia masih tertunggu-tunggu tindakan Tuan Fateh selanjutnya. Tiba-tiba Tuan Fateh duduk di atas lantai, lututnya separas dengan bibir Tuan Fateh.
"Eh! Er.. jangan macam ni. Tak elok." Raisha berasa tidak enak. Seolah-olah dia tidak menghormati suaminya. Mana mungkin dia sedap duduk di birai katil, suaminya pula berlutut di lantai?
Tuan Fateh capai tangan Raisha. Sejuk. Perlahan, senyuman kacak itu terukir.
"Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." Tuan Fateh memulakan bicaranya. Raisha mengunci mulut.
"Raisha binti Azman..." Mata mereka langsung tidak bertatapan saat ini. Tuan Fateh merenung lama tangan isterinya yang diwarnakan dengan inai manakala Raisha pula menunduk memandang rambut suaminya.
"I takut ni semua sekadar mimpi. Mimpi indah yang mengerikan. Mimpi di mana I memiliki you tapi realitinya, I kehilangan you." Ibu jari Tuan Fateh mengelus lembut kekura tangan isterinya yang digenggam.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...