Psss! Kalau vote chapter ni melebihi 150, mungkin boleh dipertimbangkan untuk saya panjangkan cerita ni. Okay have fun!
Reaksi Ghani yang melangkah keluar dari bilik pejabat Tuan Fateh menjadi sapaan mata Raisha yang berada di meja kerjanya. Ghani digamit agar mendekatinya.
"Kenapa ni?"
"Tuan Nuh... Dia kena pergi Sarawak esok. Saya baru je dapat call dari wakil company kita dekat sana. Dia orang nak kena jumpa Tuan Nuh untuk bincangkan soal projek di Kuching tu. Nak tak nak, Tuan Nuh kena pergi tengok kawasan."
"Kenapa reaction awak macam ni pula?" Soal Raisha. Hairan.
Ghani mengurut kepala sambil menggeleng.
"Tuan Nuh kalau tak ada dekat office, alamatnya memang tunggang-terbaliklah jawabnya! Staf dekat sini, depan Tuan Nuh je masing-masing elok bekerja. Lagipun, sekarang banyak projek masuk kan?"
Raisha diam seketika.
"Lama ke Fateh pergi Sarawak?"
Ghani angkat bahu.
"Nanti puan tanya sendiri. Tu kan suami puan." Dia ketawa kecil sebelum berlalu untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
Raisha termenung sendirian. Adakah tempoh suaminya pergi ke Sarawak bakal mengajar mereka erti kesabaran dalam bahtera perkahwinan? Benarkah ini yang terbaik? Bukankah perkara ini lagi mencipta jurang besar antara mereka?
Dia tidak tahu. Buntu. Mata menyorot arah perutnya di sebalik kemeja putih itu. Perlahan, dia mengusap lembut.
"Ibu minta maaf, sayang. Awak tak berkenalan lagi dengan daddy. Nanti semuanya dah selesai, daddy berborak dengan awak ya?"
"Raisha. I kena per..." Tuan Fateh tidak jadi bersuara. Raisha bingkas bangkit, tertangkap pula sedang berdrama dengan anak dalam perutnya.
"Kenapa?" Soal Raisha mendatar. Sepasang mata itu tidak ditatap.
"Hm, I nak keluar jumpa klien. Maybe tak balik office, nanti I minta tolong driver hantar you balik rumah." Mata Tuan Fateh menyorot pandang perut isterinya. Mahu saja dia mengusap lembut. Namun ditahan sekuat hati.
"Saya tak payah teman?" Biasanya Raisha yang akan menemani Tuan Fateh andai perlu bertemu dengan klien kerana dia perlu mencatat input penting.
Tuan Fateh menggeleng sekilas.
"I bawa Ghani. I don't need you."
Sepi.
Raisha tersentap mendengar bicara itu walaupun dia tahu suaminya tidak bermaksudkan apa-apa. Menyedari reaksi isterinya yang berubah, Tuan Fateh menghela nafas berat.
"What I mean is, I ta..."
"Saya faham." Raisha senyum sebaris sebelum beredar ke tandas di tingkat itu. Tuan Fateh ingin menghalang, namun masa mencemburuinya. Dia harus bergegas bersama Ghani ke tempat pertemuannya bersama klien.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...