Semenjak pulang dari rumah orang tuanya, hubungannya bersama Raisha agak dingin. Suam-suam kuku. Sepatah ditanya, sepatah Raisha menjawab. Kadangkala diam tanpa mengeluarkan sebarang suara. Namun tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu langsung tidak diabaikan. Cuma jujur, Tuan Fateh lelah.
Bagaimana boleh bertahan tanpa mendengar suara manja si isteri? Sentuhan hangat si isteri? Pelukan mesra si isteri?
Bukan dia tidak cuba membetulkan keadaan, namun Raisha terlalu berdegil. Payah.
"Rana sayang, jom minum susu dekat atas."
Tuan Fateh yang baru saja melabuhkan punggung di meja makan menoleh. Anak mereka sudah didukung kemas oleh Raisha.
"Nak pergi mana?"
Raisha terdiam. Terhenti dia mengagah anak mereka. Wajah kacak Tuan Fateh dikerling sekilas lalu. Keluhan terbit.
"Nak bagi Rana minum susu."
"Sekejap lagi boleh kan? Awal lagi." Ujar Tuan Fateh, lembut. Raisha diam tidak berkutik di ruang antara ruang tamu dengan ruang makan.
"Dah lama kita tak makan sekali. Apa guna I beli vila ni kalau seorang dekat atas, seorang dekat bawah?"
Raisha masih memilih untuk mengunci mulut. Andai dia bersuara, pasti gelaran isteri derhaka disandang olehnya.
"Love..." Sahut Tuan Fateh. Kali ini lebih tegas. Mahu tidak mahu Raisha terpaksa melangkah ke ruang makan dengan hati yang berbelah-bahagi. Rana dipangku apabila dia mengambil tempat di hadapan suaminya.
"Pfrfrfrf!"
"Rana. Jangan main air liur, sayang. Daddy tengah makan." Tegur Raisha apabila anak mereka menyembur air liur sehingga terkena di atas meja. Sejak mencecah umur setahun lapan bulan, Rana sering mempunyai keletah baru dari hari ke hari.
Mencuit hati!
"Bubu ni!" Rana tersebek sambil merenung polos wajah daddynya di hadapan. Konon meminta perhatian.
Tuan Fateh menggeleng seraya ketawa kecil. Menyedari Raisha langsung tidak mengisi nasi ke dalam pinggan, dia ambil keputusan untuk berpindah kerusi di sebelah isterinya.
Raisha berkerut dahi.
"Tak elok pindah tempat waktu makan."
"It's okay, love. Tak mula lagi makan."
Raisha membiarkan bagai angin lalu. Dia ralit melayan anak mereka yang cuba untuk menggigit jari Raisha.
"Aip! Nakal betul budak gemuk ni! Suka gigit jari ibu!" Raisha berpura-pura ingin mengemam pipi gebu itu. Lantas, ketawa Rana pecah. Seronok Raisha dibuatnya dan tanpa sedar, Tuan Fateh turut tersenyum lebar.
"Love..."
Raisha berpaling. Tangan kanan Tuan Fateh yang dihulurkan di mulutnya dipandang lama.
"Buka mulut. I suapkan."
Raisha ingin menolak namun ditegah oleh suaminya. Dengan berat hati, dia membuka mulut menerima suapan Tuan Fateh. Rana pula sibuk bertepuk tangan. Seronok agaknya tengok drama sebabak itu.
Daripada sesuap, menjadi lima suap. Tahu-tahu habis setengah pinggan disuap masuk ke dalam mulut Raisha. Sebutir nasi pun tak ditelan oleh Tuan Fateh.
"Nganga lagi." Kali ini tangan Tuan Fateh dipegang oleh Raisha. Dia angkat kening.
"Jangan buat saya macam ni boleh?" Soal Raisha, dengan nafas memberat.
Tuan Fateh diam.
"Jangan buat saya serba salah. Awak suap saya daripada tadi, tapi awak tak makan. Saya tahu awak lapar. Makanlah..." Raisha bernada lembut. Untuk apa lagi dia memarahi Tuan Fateh?
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...