●7●

4.5K 429 76
                                    

Hari ini seperti biasa, Raisha tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dan pembantu peribadi kepada Tuan Fateh. Sejak kejadian di mana kakinya terseliuh dan pertemuannya bersama Puteri Elina, tiada lagi perbualan mesra antara dia dengan Tuan Fateh. Entah lelaki itu sedar atau tidak, dia tidak peduli. Namun mujurlah Tuan Fateh tidak pernah lupa akan anak mereka. Setiap hujung minggu, Tuan Fateh akan membawa Rana bersiar-siar. Dia langsung tidak menghalang, biarlah Rana menikmati kasih sayang daripada seorang ayah.

Sedang asyik mengemaskini jadual Tuan Fateh, matanya menangkap susuk tubuh wanita melintasi mejanya. Tuan Fateh sudah banyak kali berpesan kepadanya agar meminta tetamu untuk bertemu dengannya dahulu dan barulah masuk ke bilik kerja Tuan Fateh.

Yang ini?

"Excu..." Raisha terdiam. Ternyata wanita yang menonong jalan di hadapan mejanya ialah Puteri Elina! Tiba-tiba perasaan jelik bertandang.

"Yes? Nak tanya aku pergi mana? Kau buta ke apa, perempuan?"

Wah! Wah! Wah! Biadab sangat bicara Elina itu. Raisha menarik nafas sedalamnya sebelum dihela perlahan. Tiada langsung secalit senyuman di bibir. Memang sejak dahulu lagi mereka tidak sebulu.

"Tak kisahlah kau ni sepupu Fateh ke, adik sekalipun, adab tetap adab. Sesuka hati kau je kan nak terjah bilik orang? Fateh tak masuk lagi."

Buat apa dia ingin melayan wanita itu dengan baik? Buat baik dibalas baik, buat jahat?

Pandai-pandailah faham!

Elina berpeluk tubuh sambil ketawa sinis. Tangannya memukul angin seketika.

"So what? Ni company Nuh, sepupu aku! At least aku dengan dia ada pertalian darah. Kau? Lupa diri? Kau tu..."

Raisha genggam tangannya.

"...bekas isteri yang bodoh je!" Pipi Raisha ditampar lembut berkali-kali. Raisha mula rasa tercabar dan terasa maruahnya dipijak-pijak saat ini. Mujurlah seawal pagi ini hanya beberapa orang staf sahaja yang ada.

Air matanya bergenang sambil mengetap bibir. Menahan perasaannya yang terbuku. Lebih menyakitkan hati apabila Elina merempuh bahunya dan terus masuk ke bilik Tuan Fateh tanpa izin.

Raisha duduk di tempatnya kembali sebelum mengurut dadanya yang bagaikan sempit. Jika dahulu, dia mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya sebagai seorang isteri kepada Tuan Fareh. Namun kini?

Dia pejamkan mata.

Ya Allah, bantulah aku untuk mengawal perasaan cemburu ini...

"Raisha?"

Kelopak matanya automatik terbuka. Wajah yang terpampang di hadapan layar mata membuatkan perasaannya kembali berkocak. Dia menggenggam hujung baju kurung dengan kuat.

"Hei, kenapa ni?" Tuan Fateh tidak dapat menyembunyikan kerisauannya apabila sepasang mata cantik itu sedang merenungnya. Lebih bertambah risau saat pandangan mata itu berkaca-kaca.

Bagai menjelaskan kesakitan?

"Love, you tak sihat ke? What's wrong hm? Kenapa mata you..." Hilang segala baris ayat Tuan Fateh saat air mata itu mengalir di pipi. Setitis demi setitis, air mata Raisha gugur.

Tuan Fateh cemas. Baru dia melangkah mendekati Raisha, wanita itu berjalan menghampirinya. Dia menunduk sedikit memandangkan ketinggian Raisha cuma separas hidungnya.

Dia tidak faham. Mengapa Raisha yang menangis, namun kesakitan itu ada padanya?

Raisha ketap gigi.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now