Hujung minggu ini, Tuan Fateh telah membawa keluarga kecilnya pulang ke rumah milik orang tuanya. Rumah yang jarang disinggahnya kerana dia tidak berapa selesa dengan kehadiran seseorang. Bukan saja dia, malah dia yakin Raisha turut tidak menyukai. Silap-silap boleh perang besar!
"Sampai pun menantu ibu!" Datin Seri Nura menyapa mesra kehadiran anak menantu dan cucunya. Tubuh Raisha didakap seketika sebelum dia mengusap wajah cucunya yang didukung oleh Tuan Fateh.
"Ibu sihat?" Soal Raisha sambil mereka bergerak masuk ke ruang tamu. Sempat dia melihat susun atur rumah itu, masih tidak berubah seperti dulu.
Mereka melabuhkan punggung.
"Sihat macam ni lah, Sha. Kamu macam mana? Hari tu kita tak sempat nak berborak panjang kan?"
"Of course lah menantu ibu ni sihat! Fateh yang jaga. Kan, love?" Apabila mata bertemu dengan isterinya, dia mengenyitkan mata. Raisha menunduk sedikit.
Datin Seri Nura ketawa kecil. Seronok dia melihat pasangan itu kembali bersatu. Jika dahulu, dia susah melihat senyuman anaknya. Namun kini, Tuan Fateh telah kembali semula.
Fateh yang apabila bersama Raisha.
Fateh yang gembira apabila bersama Raisha.
Fateh yang tersenyum apabila bersama Raisha.
Hanya Raisha.
"Eh ibu ni. Termenung pula dia."
Terus lamunan Datin Seri Nura terhapus. Wajah anaknya di hadapan dan menantu di sisi dipandang silih ganti.
"Terima kasih, Fateh." Ujar si ibu tiba-tiba. Tuan Fateh mengangkat kening. Untuk apa?
Raisha turut memandang ibu mentuanya.
"Terima kasih sebab dah kotakan janji Fateh pada ibu dan ayah. Ibu tahu Fateh takkan menghampakan ibu."
Seketika, baru Tuan Fateh mengerti. Dia senyum nipis sambil memeluk anaknya di atas riba.
"Eh! Seronok bersembang, ibu lupa nak panggil ayah dengan Farha dekat atas. Tunggu kejap ya." Laju langkah wanita hampir berusia 50-an itu meniti tangga. Kini tinggal Tuan Fateh, Raisha dan anak mereka. Bibik yang baru saja menghidangkan minuman telah berlalu.
"Sayang..."
"Ya, love..." Sahut Tuan Fateh sambil melayan ragam anak mereka yang ralit bermain dengan jam tangannya. Dia suka menyahut seperti itu taktala Raisha memanggilnya sayang.
"Apa yang awak janji dengan ibu?" Raisha menjongketkan kening. Tak cukup dengan itu, dia melabuhkan punggung di sisi Tuan Fateh.
Tuan Fateh senyum nakal.
"Mana boleh bagitahu love. Ni janji antara I dengan ibu."
Raisha menarik muncung sambil berpeluk tubuh.
"Tak sukalah macam ni. Bagitahulah, sayang..."
Laju Tuan Fateh menggeleng. Bocorlah rahsianya dengan Datin Seri Nura. Tiba-tiba isterinya bangun, laju dia menarik lembut tangan runcing itu.
"Love nak pergi mana? Hm?"
Raisha diam.
"Love... It's just a silly promise."
"Okay then, if it's just a silly promise, bagitahulah saya. Mana aci ibu je tahu. Mesti ada kaitan dengan saya kan?" Tebak Raisha.
Tuan Fateh akhirnya mengangguk. Raisha menutup mulut, terkejut sedikit. Tidak sangka tebakannya mengena.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...