Hampir setahun berlalu. Dia, Raisha binti Azman telah berjanji untuk bangkit daripada kesedihannya. Setelah dia berpisah dengan bekas suaminya, terlalu banyak kenangan pahit dan manis mereka bersama kembali ditayangkan dalam fikiran. Lebih-lebih lagi apabila terpandangkan raut wajah puteri mereka yang hampir sama dengan bekas suaminya.
Rana binti Tuan Nuh Fateh. Sumber kekuatan untuk dia meneruskan kehidupannya. Tanpa anak kecil yang baru mencecah dua tahun itu, dunianya kelam.
Tanpa cahaya.
Hari ini, dia bangkit. Demi dirinya.
Demi Rana.
Tok! Tok! Tok!
"Yes?"
Tuan Nuh Fateh atau lebih mesra dipanggil Tuan Nuh oleh stafnya mendongak saat terpacul wajah orang kanannya. Dia menyambung kerja sambil memasang telinga untuk mendengar perkara yang bakal disampaikan oleh Ghani.
"Tuan Nuh, candidate yang dicalonkan oleh Tuan Faris dah sampai. Nak saya suruh dia tunggu dalam meeting room ke?"
Agak pelik kan? Orang kanannya merangkap pembantu peribadi sementara merupakan seorang lelaki. Namun itulah yang berlaku, Tuan Fateh lebih selesa berurusan dengan lelaki. Mengelakkan sebarang fitnah, mungkin? Atau mungkin....
"Tuan?"
"Huh? Ha, awak suruh dia tunggu dekat situ. Sekejap lagi saya masuk." Tuan Fateh berdehem seketika, boleh pula dia larut dalam kisah lampaunya. Setelah Ghani beransur pergi, keluhan kecil terlepas.
"Apa yang kau fikir, Fateh? Wake up!" Dia menggeleng perlahan sambil membetulkan tali lehernya yang sudah longgar. Sambil menyarungkan kot berwarna biru gelap itu, dia agak hairan.
Apa yang special sangat calon PA tu sampai ayah beria suruh aku terima?
Baru ingin memulas tombol pintu, matanya tertancap pada sebuah bingkai gambar besar yang tergantung pada dinding berwarna kelabu itu. Tidak pernah sekalipun dia menurunkan bingkai tersebut. Entah mengapa, hatinya tenang melihat insan-insan yang berada dalam gambar potret itu.
Tanpa sedar, senyuman manisnya terukir di bibir merah pucat itu.
Raisha menggosok pahanya berkal-kali. Mungkin ini kali yang kesembilan puluh sembilan dia tidak senang duduk menanti dalam bilik berkaca ini. Apabila mata berlanggar dengan mata lelaki berkemeja ungu itu, dia hanya tersengih janggal.
"Puan R..."
"Cik." Raisha membetulkan panggilan itu. Lelaki yang ditegurnya mengganguk faham.
"Cik Raisha nervous ke? Jangan risau! Bos kami kan tak makan orang." Lelaki itu ketawa kecil, cuba untuk meredakan kegusaran calon temu duga itu.
Raisha menarik nafas sebelum menghela perlahan. Relax, Raisha! Tak ada apa pun yang akan jadi. Kau datang sini untuk bekerja. Faham? Jangan nak takut sangat. Bukannya di...
Gulp.
Raisha tidak sempat untuk meneruskan bebelan dalam hatinya. Saat ini dunia bagaikan berhenti berputar buat seketika. Pendingin hawa yang terpasang pun terasa bahang. Dia pegun.
"Ghani..." Suasana sepi tadi hilang apabila suara garau itu kedengaran. Oleh disebabkan berdebar-debar, Raisha mengambil keputusan untuk menekur lantai.
"Ya, Tuan?"
"Recheck resume untuk candidate ni. Are you sure tak ada salah?" Soal si pemilik syarikat tanpa mengalihkan pandangan daripada wanita di hadapannya.
Ghani menggaru keningnya. Dia pandang bosnya dan calon pembantu peribadi itu bersilih ganti. Takkan masing-masing tak kenal? Bukan ke...
"Who are you?" Soal lelaki itu lagi. Kali ini bukan menyoal Ghani namun wanita yang sedari tadi menunduk. Tanpa sedar, bibirnya cuba menahan senyum.
Tiada respons, dia mara mendekati wanita itu. Setapak demi setapak sehingga kasut kulitnya menyentuh kaki kerusi yang diduduki oleh wanita itu.
Haruman ini...
"I asked, who are you? Hm?" Dia menunduk sedikit, untuk mengintai wajah wanita yang terdiam di hadapannya. Entah mengapa, dia mahu mata mereka saling menatap antara satu sama lain. Dia mahu merenung segenap wajah itu. Dia mahu...
Argh!
"R..Raisha binti Azman."
Suara merdu dan sungguh lembut itu membuatkannya kembali dalam realiti. Lenyap segala angan-angannya. Kini fokusnya kembali pada wanita itu.
"Tet.. Wrong answer." Bisiknya perlahan. Kali ini, Raisha mengangkat wajah. Mata mereka saling berlanggar. Hembus nafas yang berbau lemon itu menampar lembut pipinya.
"Yo..your new personal assistant?" Jawab Raisha dengan ragu-ragu. Dia cuba mengalihkan tautan mata mereka namun dia tidak mampu menipu dirinya.
"Wrong dear, it's wrong." Kali ini bisikan itu lebih mendalam. Raisha menelan air liur dengan payah. Tidak mahu terus larut dalam keadaan ini, dia menggerakkan sedikit kerusinya ke belakang. Automatik lelaki itu berdiri tegak kembali.
"Then what? Saya, Raisha binti Azman. Calon P.A awak yang diarahkan oleh Tuan Faris sendiri. Kalau sekadar nak permainkan saya, saya patut pergi." Baru berura-ura untuk mengangkat kaki, dia lihat lelaki bertubuh agak sasa dan layak digelar seksi itu mendekatinya. Sekali lagi dia terperangkap.
"Wrong, wrong and still wrong. Patut ke I ingatkan you siapa you yang sebenarnya?"
Raisha terdiam.
"You... Raisha binti Azman, ibu kepada Rana binti Tuan Nuh Fateh..."
Sesak!
"...anak kita."
Saat Tuan Fateh tersenyum kacak kepadanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Rana! Tolong ibu!
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...