Sejak kejadian pagi tadi, sumpah Raisha kalau boleh mahu melarikan diri dari terus berada dalam syarikat mewah ini. Tiba-tiba sahaja dia merasakan oksigennya tidak cukup kerana dadanya menjadi sempit!
Aura Tuan Nuh Fateh, fuh!
Sekarang ini macam mana? Terpaksalah dia duduk di bahagiannya sebagai personal assistant a.k.a sebagai tangan, kaki, mata dan mulut Tuan Nuh Fateh itu!
Argh!
Kenapalah dia bersetuju dengan cadangan bekas mentuanya? Boleh saja dia cari kerja di tempat lain kan?
"Kau memang bod..." Tidak jadi untuk dia mencarut ketika itu apabila terasa ada seseorang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya. Perlahan-lahan mata menyorot pandang bermula daripada seluar slack berwarna hitam itu. Kemudian dia lihat kemeja hitam yang tersarung pada tubuh itu dan...
Kejap. Kenapa aku familiar dengan tali leher tu?
Baru saja ingin memastikan gerangan yang berdiri di hadapannya, mata mereka bersabung. Huh, hari ini saja dah hampir berpuluh-puluh kali adegan ini berlaku!
Tuan Fateh memeluk tubuh, sekali gus menayangkan lengannya yang berurat itu di hadapan bekas isterinya. Raisha... Tak sangka wanita itu akan bekerja di sini.
"Jom." Ajaknya ringkas. Lalu mengundang kerutan dahi Raisha.
"Pergi mana?"
Tuan Fateh senyum nipis. Eh bukan! Senyum seksi kot! Raisha sekarang ini hampir cair melihat senyuman yang sudah sebati pada pandangan matanya.
"Makanlah. Sekarang dah masuk waktu lunch. Tak lapar?" Soal Tuan Fateh sambil mengambil peluang yang ada untuk menatap seraut wajah yang dirindui selama ini.
Raisha bermain dengan kukunya, tidak tahu sama ada lelaki itu sedang mengajaknya makan atau sekadar ajak-ajak ayam. Kalau bersetuju, dia juga yang malu! Kalau tak bersetuju, sampai bila lelaki itu mahu berdiri di hadapan mejanya?
"Raisha binti Azman..." Kalau dah seru nama panjang itu bermakna lelaki itu sedang serius. Laju Raisha mencapai beg tangannya dan membontoti langkah panjang Tuan Fateh.
Mereka hanya diam sepanjang berada dalam kereta. Hanya suara-suara penyampai radio sahaja yang berkumandang dalam kereta Audi R8 milik Tuan Fateh. Masing-masing canggung.
"Okay tak kalau makan dekat sini?" Soal Tuan Fateh seraya melepaskan tali pinggang keledar. Wajah Raisha dikerling sekilas sebelum dia mencapai telefon pintar dan wallet atas dashboard.
"Tak kisah, asalkan kenyang."
Tuan Fateh terdiam seketika, tak lama kemudian dia menggumam perlahan.
"Tak berubah dari dulu."
Setelah makanan tiba di meja mereka, hanya bunyi detingan sudu dan garpu sahaja. Bunyi itu pun datang dari meja sebelah kerana baik Raisha mahupun Tuan Fateh tidak pernah bersikap 'messy' sewaktu makan. Bagaikan mengganggu ketenteraman orang lain nak makan.
"Rana sihat?" Soal Tuan Fateh demi memulakan perbualan bersama wanita di hadapannya. Dia sedar, Raisha canggung bersamanya.
Raisha menyedut air minuman kegemarannya. Selepas itu baru dia memandang wajah bekas suaminya, itu pun dalam masa sesaat. Kot?
"Sihat, Alhamdulillah."
"Siapa jaga dia kalau you bekerja ni?"
"Umi dengan abi. Petang nanti baru saya ambil dia."
Jeda kembali. Raisha renung Tuan Fateh yang sedang menghabiskan makanan. Dia suka sebenarnya cara lelaki itu makan. Sungguh tertib dan beradab. Lelaki itu jarang makan berulang minum air dan dia akan menghabiskan nasi dan sayur barulah meratah lauk. Tulang-tulang atau sisa makanan pula dikumpulkan dalam pinggan kecil. Setelah makan, pasti lelaki itu akan mengemas kembali pinggan dan sudu agar memudahkan sesiapa untuk mengangkatnya nanti.
Tuan Nuh Fateh... Beruntung siapa yang memiliki lelaki itu. Namun sayangnya, dia telah melepaskan peluang berharga itu. Tiba-tiba dia terlihat telefon pintar Tuan Fateh yang menyala dan dia agak terkejut apabila wallpaper yang digunakan ialah gambar mereka bertiga. Dia, Tuan Fateh dan Rana.
Seketika dia berdehem.
"Tuan Fateh rindukan Rana?" Soalnya perlahan.
Pantas lelaki itu mengangkat kepala. Wajah Raisha dipandang dengan riak tidak puas hati.
"Sorry? Tuan Fateh?"
"Er, sorry. Saya lupa pula staf dekat office panggil Tuan Nuh. Er.. Tuan Nuh rindukan Rana?" Raisha membetulkan panggilannya. Hampir sahaja dia mengetuk kepalanya.
Tuan Fateh? Seriously, Raisha? Kau seorang je yang pernah panggil dia Fateh!
Tuan Fateh mengemas pinggan dan sudu garpunya. Air diminum sehingga separuh lalu dia mencapai tisu dan dilap mulutnya.
"Drop the formality, Raisha. I tak nak you panggil I Tuan. Tak kisahlah dalam office ke dekat luar office ke. What if anak kita dengar yang ibu dia panggil daddy dia tuan? Tak elok, Raisha."
Raisha kemam bibir. Anak kita? Entah mengapa senyumannya hampir terukir di bibir.
"Sorry..."
"Hm, pasal Rana tu... Of course I rindukan dia. In fact I cuba nak call you untuk jumpa Rana tapi..." Tuan Fateh terdiam, dia tidak mampu meneruskan kata-katanya. Bagaimana dia ingin menjelaskan bahawa pada ketika itu dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Raisha bukan miliknya lagi? Kasihan Rana yang menjadi mangsa keadaan.
Raisha senyum nipis.
"It's okay, saya faham. Nanti saya bawa Rana jumpa awak ya?"
Terus bersinar wajah Tuan Fateh ketika itu. Dia pandang wajah lembut Raisha lama, cuba mencari kepastian. Apabila Raisha mengangguk, dia tersenyum lega.
"Awak mesti rindukan Rana sangat kan? Tu yang awak set wallpaper awak gambar dia." Raisha ketawa kecil, sedikit sebanyak dia sudah dapat rentak untuk berbual bersama bekas suaminya.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kan?
Tuan Fateh pandang telefon pintarnya sebelum kembali merenung segenap wajah yang tidak pernah dilupakan dari dulu sehingga sekarang. Perasaan itu masih kekal...
...selamanya.
"Both of you." Jawabnya sambil merenung ke dalam sepasang mata hazel wanita itu. Raisha blur.
"Sorry?"
Tuan Fateh masih merenung mata itu. Sedalamnya hingga membuatkan Raisha terkedu. Pandangan redup itu tidak pernah berubah.
Ya Allah...
"Both of you. I rindukan Rana dan..."
Raisha menarik nafas.
"...Ibu Rana."
Okay, Raisha sesak nafas! Help me!
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
Short Story"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki ya...