●20●

9.2K 506 60
                                    

Sambil menyandar di kepala katil dengan dirinya yang masih bertelekung, bibir tidak putus-putus mengalunkan beberapa potongan ayat Al-Quran. Permukaan perut yang sudah agak kelihatan itu diusap penuh kasih. Begitulah rutin malamnya selepas solat Isyak.

"Bubu..."

Raisha tersenyum nipis sambil menarik anaknya itu ke dalam pelukan. Meskipun dia dan Tuan Fateh bakal menimang anak kedua, perasaan kasih dan sayang buat Rana tidak pernah surut. Malah, perhatian untuk si kecil itu semakin bertambah.

"Sayang anak ibu ni..." Raisha melepaskan kucupan di kepala anaknya. Rana sudah tersengih manja lalu dilentokkan kepala di atas dada ibunya. Dengan alunan potongan ayat dari bibir ibunya, dia semakin dijemput lena.

Tahu-tahu saja matanya terkatup.

Sambil mengusap lembut belakang badan Rana, dia membaca buku motivasi yang tidak terlalu tebal itu. Sengaja ingin menghabiskan masa sambil menanti Tuan Fateh menyiapkan kerja. Suaminya lepas menunaikan solat Isyak berjemaah tadi terus menghilangkan diri dalam bilik kerja. Entah apa yang penting sangat.

Terasa gerakan kecil di perutnya. Sudah masuk lima bulan usia kandungan, dia dapat merasai tendangan kecil anaknya. Perlahan, dia mengusap lembut perutnya.

Tendangan anaknya terhenti.

Klak!

Raisha menoleh sedikit. Dia lihat Tuan Fateh meletakkan spek mata di atas meja solek sebelum menutup lampu. Tinggal lampu sisi katil saja yang menyala.

"Anak dah tidur?" Soal Tuan Fateh, perlahan. Dia merebahkan badan di sebelah Raisha.

Raisha angguk sambil mengelus rambut anak mereka.

"Kenapa bagi Rana tidur atas perut love? Sakitlah nanti..." Tegur Tuan Fateh.

"Tak sakitlah, Rana bukannya berat pun." Raisha ketawa sedikit. Risau sangat Tuan Fateh ini.

Tuan Fateh menggeleng kepala, dia tetap juga mengambil Rana lalu dibaringkan di tengah antara mereka. Mujurlah anak kecil itu tidak tersedar.

Raisha yang masih belum baring itu hanya memerhatikan Tuan Fateh dengan anak mereka. Dia bersyukur kerana saat ini mereka masih diberi peluang untuk menikmati hidup bersama-sama. Sebagai sepasang suami isteri.

"Yang..."

"Hm?" Raisha menyahut lembut.

"Jom duduk dekat balkoni sekejap. I ada benda nak cakap."

Raisha mengerut dahi.

"Dekat sini tak boleh?"

"Rana tidurlah, yang. Nanti tersedar pula. Ala, sekejap je..." Tuan Fateh sudah berdiri di sebelah Raisha. Sempat telekung isterinya dibuka. Mereka beriringan ke balkoni. Pintu gelangsar ditolak.

"Sini, duduk atas ni." Tuan Fateh menepuk pahanya. Raisha menggeleng laju.

"Saya dah beratlah."

Tuan Fateh mengecilkan mata lalu menarik lembut lengan isterinya sehingga terduduk. Demi tidak mahu tubuh isterinya terjatuh, lekas dia memeluk pinggang itu dari belakang.

"Sayang ni kan, kalau saya jatuh tadi macam mana? Suka tarik saya mengejut. Nak sangat tengok saya jatuh? Patah kaki? Geram je saya dengan awak!" Raisha berleter panjang dan tidak sedar bahawa Tuan Fateh di belakangnya tersenyum bahagia.

"I rindu you panggil I sayang..." Bisik Tuan Fateh, kedengaran romantik di halwa telinga Raisha. Sejuk yang mencengkam tidak terasa apabila dia didakap erat oleh Tuan Fateh.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now