●8●

4.3K 426 17
                                    

"You sudi tak kalau kita berdua kembalikan semula sebuah keluarga yang lengkap kepada anak kita? Tinggal dalam vila tu dan bahagiakan antara satu sama lain?"

Bicara itu tetap bermain di fikiran meskipun hampir lewat malam. Sambil melenakan anaknya yang puas minum susu, dia memikirkan soalan yang diajukan oleh Tuan Fateh. Patut ke soalan itu digelar lamaran?

Atau erti kata mudahnya Tuan Fateh mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga bersamanya kembali? Keluhan terlepas dari mulut. Matanya jatuh pada seraut wajah tembam anaknya.

Separuh hatinya ingin membahagiakan Rana dengan mengembalika semula daddynya. Namun separuh lagi hatinya menolak permintaan Tuan Fateh. Kejam sangat ke dia kalau dia menolak? Kejam sangat ke dia sebagai seorang ibu andai dia menafikan hak anaknya?

Ya Allah...

Dia mengucup pipi anaknya. Lama. Wajah itu saling tidak tumpah dengan Tuan Fateh. Rana ibarat Tuan Fateh versi perempuan. Manis. Dagunya yang lekuk saja menurun daripada Raisha.

"Sha..."

Suara perlahan itu mengejutkan Raisha seketika. Apabila menoleh, uminya sudah berdiri di balik pintu. Lekas dia bersila di atas katil sambil merapikan selimut anaknya.

"Masuklah, umi." Raisha senyum nipis. Sejak pulang dari pejabat petang tadi, dia mengambil keputusan untuk  bermalam di rumah ibu bapanya.

Puan Halimah melabuhkan punggung di birai katil. Dia tersenyum lebar apabila menatap cucunya yang sedang lena di sisi Raisha. Tak lama kemudian, pandangannya naik pada anaknya.

"Anak umi fikirkan apa dari tadi?"

Sambil senyum janggal, Raisha mengerutkan dahi. Ketara sangat ke? Puan Halimah menyentuh tangan anaknya.

"Umi ni dah lama rasa pahit manis kehidupan. Sejak Sha balik sini petang tadi, umi dah boleh nampak yang Sha macam ada sorokkan sesuatu daripada umi."

Jeda.

"Tak nak kongsi dengan umi?"

Raisha menoleh memandang anaknya seketika seraya mengeluh kecil. Memang sejak dahulu lagi dia tidak pandai menyorokkan apa-apa daripada pengetahuan uminya.

"Sha..."

Raisha gigit hujung bibir.

"Fateh, umi."

"Kenapa dengan Fateh?" Puan Halimah tahu bahawa anaknya sekarang bekerja satu bumbung bersama bekas menantunya. Dia tidak menghalang juga membenarkan. Asalkan Raisha bahagia, itu sahaja permintaannya.

"Dia...hm..." Raisha meramas jari-jemarinya. Gugup. Apabila mengingat kembali lamaran Tuan Fateh, perutnya seperti ada sesuatu.

Sebu.

"Sebelum tu, Sha nak tanya umi. Kalaulah suatu hari nanti Sha berkahwin dan suami Sha bukannya Fateh, umi dengan abi terima?" Raisha pandang wajah uminya. Dia melihat uminya sekadar senyum nipis.

"Apa saja yang membuatkan anak dan cucu umi gembira, umi dengan abi tak ada halangan. Cukuplah andai lelaki tu boleh lindungi Sha dan Rana. Sayangkan Rana macam anak sendiri dan tak bezakan Rana dengan anak kamu berdua nanti. Tu je yang umi harapkan."

Namun jauh di sudut hati tuanya, dia mengharapkan andai anaknya kembali bersama bekas menantunya. Tuan Fateh bukan sahaja suami dan ayah yang baik, namun sememangnya seorang menantu yang berhati mulia. Segala tingkah lakunya sangat ikhlas. Namun untuk memaksa Raisha agar kembali kepada Tuan Fateh, dia tidak mampu.

Meskipun sehingga sekarang dia dan suami tidak mengetahui cerita di sebalik penceraian Raisha dan Tuan Fateh. Seingatnya, Tuan Fateh cuma mengatakan sesuatu saja.

𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}Where stories live. Discover now