DMS 2

253 26 4
                                        


KEESOKAN MALAMNYA ...

" Aaaegrhhhh mana selipar aku ! " Anis merungut bising seorang diri di luar dorm mencari seliparnya

" kau tak ingat ke semalam kau pergi baling dekat si Faiz tu? berani kau eh buat anak pengetua macam tu " Izzah

" Haah laaaa, aku lupa . Kesah apa aku anak pengetua ke ape. Eh kejap, bukan pengetua takde anak ke? " Anis mencari kasut sandalnya.

" Dialah anak angkat pengetua, apa nak semua dapat. Dia tu parents kandung dia, duduk overseas sebab tu pengetua amik jaga " Izzah

" ohhhh macam tu, faham faham " Anis memakai kasut sandalnya dan bergerak ke surau kerana ada perbincangan dengan ahli pengawas yang lain.

" nii semua salah kau Faiz, kalau kau tak buat aku marah. Mesti aku tak lambat nak pergi surau. Laki semua salah ! " Anis membebel seorang diri sambil berjalan seorang dirinya ke surau yang jauh jugak dari asrama puteri.

" apa yang awak bebel tu Anis?" Seorang lelaki menegurnya dari tepi.

" Eh Danial. Awak buat apa kat sini?" Anis yang malu malu kucing menegur Danial kembali.

" Nak pergi surau la, kan ada meeting. Kita jalan sekali boleh?" Danial. Anis mengangguk kepalanya dan mereka bergerak ke surau bersama.

Di sebelah surau terdapat satu bilik khas, bilik untuk para pengawas duduk berbincang. Namun harini agak sedikit lewat untuk memulakan mesyuarat mereka hari ini.

" Mana KP ni ? " Danial merungut . (KP - KETUA PENGAWAS )

" Entah, dia kata dia kena tunggu someone ni. Dia lah yang akan jadi pengarah program hujung minggu. Disebabkan KP tak ada minggu ni, jadi dialah yang ganti " Kata salah seorang perempuan dalam kelompok itu yang juga pengawas.

" Assalamualaikum semua " Ketua pengawas yang bernama Amir itu masuk ke bilik itu.

" Eh KP. Kata nak tunjuk pengarah program. Mana dia? " Anis

" Assalamualaikum semua " kelihatan sosok tubuh badan masuk ke dalam bilik itu. Terkejut Raysha melihat lelaki itu. Takkan si Faiz Zakwan ni yang jadi pengarah program.

" Okay semua, dialah yang akan ganti jadi pengarah program untuk hujung minggu ni " KP

Anis terus menepuk dahinya. Aduhhh masak masak la dia hujung minggu ni.

" Anis ? awak okey? " Danial menegur Anis yang berkelakuan pelik

" So, siapa volunteer nak jadi pembantu pengarah? " KP bertanya secara umum kepada beberapa pengawas yang mempunyai pakat disitu.

" Eh no need bro, aku dah ada pilihan sendiri " Faiz senyum dan memandang Anis

" Ha siapa kau nak jadikan?" KP

" Anis " Faiz senyum kepadanya. Entah ape rancangan yang si Faiz ni cuba nak buat.

" Ish takkan kot, ini Maisarah ada. Dia sesuai jadi pembantu. Saya tak reti nak jadi pembantu ni. " Anis cuba mengelak.

" I choose you. " Faiz menegaskan ayatnya di bahagian ' you '

" okay sokaylah, kalau macam tu . Anis awak boleh la rancang ape yang patut berdua with teams ye. Goodluck ! " KP

Selepas KP keluar dari bilik pengawas. Faiz mengambil tempat duduk yang selalu KP duduk waktu berbincang. Ergh ! acah bos betul dia ni.

" So saya nak semua bagi komitmen yang tinggi dalam program ni, saya taknak ada yang mengelat. Saya nak program ni student Form 1 - Form 3 ada lesson yang dia belajar. Faham?" Faiz

" Cadangkan beberapa jenis aktiviti, so kami boleh cuba nak belajar and fahami isi aktiviti tu " Anis memberikan pendapatnya

" No Need, i dont want do like that. Saya nak semua dalam bilik ni, fikir dan cadangkan. Makesure, complete helain kertas aktiviti tu. Esok saya nak. Boleh? " Faiz

Anis terdiam. Tak sangka Faiz ini ada ciri ciri pemimpin yang berwibawa. Dia tidak membuat keputusan ikut kepalanya sahaja. Bagus bagus Faiz ni.

" Kalau macam tu, kita boleh bersurai. Danial, kunci bilik ni nanti bagi saya. Terima kasih " Faiz

" Baik Faiz. Sama sama " Danial

Anis yang baru ingin melangkah keluar terus dihalang oleh Faiz. Faiz memandanh Anis yang hanya tinggi paras bahunya.

" Nah ambil selipar ni, pakai. Lain kali jangan baling. Susah kan kalau tak ada selipar, kena pakai kasut tu pula " Faiz memberi selipar Anis yang dah diletakkan dalam beg plastik

Anis memandang pelik Faiz. Ape benda la helah mamat ni cuba buat pulak.

" Aku tak letak la santau ke apa, aku tahu dosa haram semua. Jumpa esok. Bye " Faiz berjalan meninggalkan Anis.

' Kenapa dia nampak baik je? betul ke ape yang orang lain pernah cakap tu? ' Anis

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang