Selepas apa yang berlaku pada diri Faiz, kini dia menjadi seorang yang pendiam. Menyesal dan masih tidak boleh maafkan dirinya.Dia telah cuba sedaya upaya mencari Anis, namun hampa yang dia dapat. Anis telah pergi jauh, tinggalkannya tanpa jejak dan semua tidak tahu kemana hilangnya dia.
" aku tunggu kau Anis "
8 TAHUN KEMUDIAN ...
Seorang gadis memandu sebuah kereta honda civic yang terbaru masuk ke perkarangan bangunan Mega Holding. Gadis itu memberi kunci keretanya kepada pekerja disitu untuk parkir keretanya dan dia masuk ke pejabat besar tersebut.
Dia berjalan masuk ke bilik pengarah syarikat pejabat tersebut. Dia memandang tunangnya atau lebih mesra bakal suaminya yang sibuk menghadap laptop" Bila you sampai dear? i tak perasan pun "
" Memang la you tak perasan, i duduk depan ni 6 jam pun boleh je you tak perasan. Sibuk sangat dengan kerja tu "
Lelaki itu tersenyum, dia menutup laptopnya dan memandang wajah buah hatinya yang duduk bertentangan dengannya.
" Yelah, i salah. Btw ada apa you datang ni?"
" you tanya ada apa i datang? "
" ehmm yaaa? why? "
" you lupa ke malam ni daddy i nak you ada sekali dekat majlis kawan dia tu?"
Anis memarahi tunangnya yang bernama Uzairi itu. Lelaki yang mempunyai kerjaya hebat itu memang digilai ramai wanita memandangkan wajahnya yang tampan dan mempunyai sifat 1001 lelaki sempurna. Siapa je tak nak???
" yee sorry i tak sengaja, btw you nampak cantik harini. Baru lepas settle kes dalam court ke ? "
Uzairi menegur tunangnya yang cantik berpakaian lengkap beretika dalam mahkamah memandangkan dia seorang peguam yang berjaya kini.
" I memang cantik lama dah, you je tak perasan. Busy sangat. Okaylah, i nak balik dulu. I tunggu you tau. Datang rumah i "
" Okay darling , see you "
Anis memberikan senyuman kepada tunangnya. Sebelum Anis keluar, Uzairi memberi sekeping notes yang ditulis ayat cinta. Setiap kali akhir pertemuan, memang itu yang dilakukan oleh Uzairi. Anis pula setia menyimpan semua notes diberi Uzairi.
" Thanks. "
Anis menyimpan notes tersebut dalam handbagnya.
Hai buah hatiku,
you did the best for today
dont worry okay?i love you
from,
uzairi <3 anis
YOU ARE READING
Dear, Mr. Selenophile
RomanceSekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya. Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...