Percintaan Anis dan Uzairi dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan setelah mereka berkahwin. Penuh memori yang manis dicipta bersama untuk disimpan sebagai kenangan.
DI PULAU JEJU, KOREA ...
Anis yang memakai baju sejuk berwarna putih berjalan di bawah pokok yang sedang mekar berbunga kerana sekarang ialah musim bunga bagi kawasan tersebut. Uzairi yang memang suka menangkap gambar Anis itu, tidak jemu tersenyum melihat keletah isterinya yang manja itu.
" senyuuuummm ... "
Anis memandang suaminya yang berada di belakangnya. Gambar candid beliau itu kelihatan cantik sangat seperti seorang puteri kayangan. Dia terus memeluk suaminya itu walaupun paras tingginya dengan Uzairi takat bahu Uzairi sahaja.
" I nak post this one la, hehe "
Dia membuka sosial medianya, instagram untuk berkongsi gambar mereka berdua pda para pengikutnya di instagram. Rata-rata semuanya gembira dan jeles dengan pasangan romantis itu.
Namun, disebalik pengikut instagramnya yang bahagia melihat gambar pasangan tersebutm Terdapat seorang pengikutnya yang sedaya upaya untuk menerika hakikat bahawa gadis bermama Anis Haura itu bukan lagi miliknya.
Mata Faiz Zakwan berlenang air mata. Dia rasa sakit melihat Anis yang sedang bahagia, namun dia perlu menerima hakikat semua yang terjadi punca darinya. Faiz yang duduk seorang diri dalam bilik itu terus membaling telefonnya. Dia meraung kepedihan.
" Faizz.. ya Allah "
Puan Alya masuk ke bilik anakndanya dan memeluk anak lelakinya yang sedang berusaha sedaya upaya melawan sakit tekanan perasaan itu. Walaupun mereka sekeluarga kini telah berpindah di Australia, anaknya masih belum ada tanda untuk pulih.
" Mama, dunia kejam. Faiz sayang dia mama. Mama kenapa dulu Faiz jahat ma "
" Anak mama tak jahat, sayang. Takpe Faiz, terimalah ini sebagai dugaan. Ada yang terbaik lagi untuk Faiz "
Faiz Zakwan terus menangis dan menangis. Matanya telah lebam kerana sentiasa menangis mengenang Anis. Dia sayang akan Anis dalam masa sama dia nak Anis selamat. Tiada langsung terdetik untuk cuba merosakkan rumah tangganya cuma masa perlu memberi dia ruang untuk bertenang.
Setiap hari Faiz akan duduk seorang diri di bangku yang berhadapan dengan pemandangan pantai dan bunyi deruan ombak yang berulang alik menghempas ombaknya di perairan berbatu.
Disitu dia akan cuba memujuk hatinya. Disitu jugalah dia akan menulis apa yang dia rasa tentang Anis. Tidak ada sedetik pun rasa benci akan Anis walaupun apa yang dia dapat kini adalah derita. Dia cuba memaafkan dirinya walaupun dia tahu maaf itu tak layak buatnya.
Faiz menangis sendirian, dia terlalu sakiy dan sudah pendam terlalu lama cuma taktahu nak luah pada siap lagi. Tiba - tiba ...
" Are you okay? "
Tegur seorang gadis berambut blonde sambil memandangnya. Faiz hanya tersenyum dan mengangguk. Gadis itu terus duduk di sebelahnya dan memberi sapu tangan kepada Faiz.
" Are you sure? Hm saya Qasha. Awak?"
Faiz tersentak. Aik macam mana awek mat salleh ni boleh cakap bahasa melayu. Faiz memandang gadis tersebut dengan muka yang pelik.
" Hahaha, saya dari Malaysia. Awak pun sama kan?"
Faiz mengangguk dan senyum tawar.
" Saya selalu nampak awak duduk sini sorang sorang. Awak ada masalah ke?"
Faiz masih mendiamkan diri seperti kanak kanak yang telah dipesan ibu bapa supaya tidak berbual dengan orang tidak kenal.
" Kalau awak ada masalah ceritalah. Saya sudi nak dengar masalah awak. Saya nak jadi kawan awak. Bolehkan?"
" Saya tak layak ada kawan, saya dah pernah lukakan hati orang yang betul betul sayangkan saya. Karma hits me back. "
" Siapa cakap awak tak layak ada kawan,ape yang jadi Tuhan dah tentukan. Tuhan tu kan hebat. Kenapa awak perlu persoalkan takdir Tuhan"
Qasha Ameline, gadis berkacukan Chinease dan British. Ibunya orang Malaysia dan ayahnya orang tempatan di situ. Tinggalkan di Australia sejak umur 10tahun.
" Saya Faiz Zakwan. Nice to meet you "
" Saya Qasha Ameline. Nice to meet you too. Awak taknak balik ke? dah nak malam ni "
" Nak balik la ni, jumpa lagi "
Qasha melambai tangannya. Faiz yang akward itu membalas balik. Dia tidak tahu bergaul tapi cara Qasha untuk dekat dengannya buatnya selesa.
" Faiz Zakwan ... Nice name " Qasha senyum sendirian seperti dia telah jatuh cinta pada lelaki melayu tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear, Mr. Selenophile
RomanceSekali kau buat selamanya dendam akan terpahat. Pujuk rayu menangis berdarah sekalipun, sekali hatinya tertutup rapat tiada lagi istilah maaf dalam dirinya. Begitulah kehidupan Anis Haura yang telah ditipu hidup hidup oleh lelaki yang dia cinta bua...