DMS 9

155 27 3
                                        

Anis duduk sendirian di meja makan sementara Uzairi pergi bersembang dengan rakan ahli perniagaannya. Dia bermain telefonnya, scroll IG dan post gambar dia bersama Uzairi.

" Hai "

Suara garau lelaki menegur Anis yang leka bermain telefon, Anis memandang lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu. Dia memandang pelik tetapi tetap memberi senyuman.

" Yess?? "

" Anis Haura kan? "

Anis mengangguk kepalanya. Faiz yang menegur Anis itu senyum kegembiraan. Uzairi datang mendekat dan memegang bahu Anis.

" Siapa ni sayang?"

" Hi, nama aku Zakwan. Anak dato' Ridzuan" Faiz memberi nama belakangnya, dia taknak Anis terkejut dengan kehadiran dirinya

" Ohh, aku Uzairi. Tunang Anis Haura. Nice to meet you "

Faiz terkedu sebentar. Tunang? Dia dah dimiliki orang lain? Allahu, hancur hatinya. Dia hanyaa senyum.

" Saya pergi dulu "

Faiz meminta diri untuk menjauhkan diri dari Anis. Dia memandang wajah Anis yang ceria tersenyum bersembang dengan Uzairi. Wajah Anis yang 8 tahun lepas itu, masih lagi dihatinya. Dia tahu betapa sakitnya hati gadis itu dahulu. Mungkin tuhan sedang beri ubat dengan hadirnya Uzairi sebagai perawat.

DUA HARI KEMUDIAN ...

Kereta honda civic yang dipandu Anis tersadai di tepi jalan. Entah ribut mana hari yang kena jumpa client la kereta nak buat hal tak boleh start. Anis menelefon Uzairi, namun tak diangkat.

" alamak, lupa dia ada meeting. Come on Anis Haura. Fikir macam mana nak buat ni"

Faiz Zakwan yang kebetulan lalu di kawasan kereta milik Anis tersadai itu memerhati gadis berpakaian lengkap baju peguam sedang rungsing. Faiz menenung tajam wajah gadis itu untuk mengenal pasti siapakah pemilik kereta honda civic.

 Faiz menenung tajam wajah gadis itu untuk mengenal pasti siapakah pemilik kereta honda civic

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Ehh Anis ... "

Dengan pantas, Faiz terus memberhentikan keretanya di tepi jalan dan berjalan kearah Anis dan menegurnya.

" awak okay? kenapa ni?"

" Hmm tak tahula apa yang tak kena dengan kereta ni. Waktu saya tengah ada hal la dia nak bermasalah "

" ehh jap, awak anak dato ridzuan tu kan? macam mana boleh ada kat sini?"

" Saya ada kerja dekat sini. Tiba tiba nampak awak pulak tersadai tepi ni, itu sebab saya berhenti "

Anis hanya diam, dia hanya melihat Faiz yang dikenalinya sebagai Zakwan itu membelek keretanya.

" Awak last isi minyak bile?"

" Tak ingatla, tapi kenapa? "

" Kereta awak ni bukan rosak tapi tak ada minyak je "

" lahhh ye ke? aduhh, mana ada stesen minyak yang dekat area ni "

" apa kata awak tinggal dulu kereta awak dekat sini, awak tumpang saya. Saya hantar awak. Okay?"

Anis memandang waktu di jam tangannya. Dia dah mula risau, lagi 25 minit lagi clientnya akan sampai.

" Tak apa ke? saya tak menyusahkan awak?"

" Tak ade lah, area awak nak pergi tu dekat mana? "

" Damansara, dalam 15km dari sini "

" Kalau macamtu takpe, biar saya hantarkan. Dekat je dengan temapt kerja saya dah tu "

Anis memberi senyuman yang manis untuk Faiz, dia terus mengambil barang penting dalam kereta dan mengunci keretanya. Dia dijemput masuk ke dalam kereta Faiz yang berjenama BMW 3301 M . Semasa di dalam kereta, mereka berdua bersembang tanpa Anis mengesyaki identiti sebenar Zakwan yang dikenalinya itu.

" Thanks tolong saya, btw nama saya ... "

" Anis Haura Bt Hamdan kan?"

" Eh macam mana awak tahu? "

" Tuu, surat awak pegang tu nama full awak kan?"

Faiz tersenyum , dia bahagia sebentar melihat gelak kecil dari Anis. Lama dia tak dengar suara Anis. Rindu yang mendalam. Dalam hatinya kini, hendak saja dia memberitahu siapa dirinya sebenar tapi dia takut Anis tak menerimanya.

Bunyi panggilan masuk dari telefon Anism Dia menjawab panggilan tersebut.

" yes sayang, why? " Uzairi

" kereta i rosak tadi, nasib baik ada Zakwan anak kawan daddy ni. I call you tak angkat "

" Seriously sayang? sekarang you dekat mana? you injured ke? kejap i otw "

" hey sayang, dont worry la. I okay. Tak ada injured pun. Nanti minta your staff tolong isikan minyak kereta i boleh?"

" sure, im sorry dear. I tak ada waktu you susah "

" Nothing la, okay see you in lunch. Ambil i tau "

Panggilan tamat. Faiz yang mendengarnya hanya buat buat pekak. Faiz memandang Anis. Untuk menghilangkan suasana akward di dalam kereta ...

" Memang cita cita awak peguam ke?" Faiz

" Tak ade lah, saya nak sangat jadi .. "

" Jadi doktor pakar bedah ? "

Anis memandang Faiz pelik. Dia tersenyum dan terkejut, macam mana si Zakwan ini boleh tahu.

" Macam mana awak tahu cita cita saya nak jadi doktor pakar bedah ? haha dahsyat eh awak ni "

" haha ohh ye betul ke? saya teka je "

" laaa teka je, ingatkan awak stalk saya haha saya gurau je tau "

Faiz menghembus nafas lega. Nasib tak kantoi. Sampai sahaja di pejabat milik Anis, Anis mengucapkan terima kasih dan terhutang budi dengan Faiz.

" Zakwan, nahh ambil la ni duit minyak "

" Ehh takpayahla Anis. Saya tolong ikhlas "

" Tak apaaa amik jee nahh "

Anis meletakkan duit itu di atas seat.

" Btw, nah kad saya. Apa apa awak mesej je la okay?Bye thanks Zakwan "

Kad itu diambil oleh Faiz. Faiz tersenyum. Sifat pemurah Anis sentiasa ada pada dirinya.

" Anis, kau tetap sempurna untuk aku. Kalau kau bukan takdir bersama dengan aku, aku akan doakan kau Anis. Senantiasa doakan kau "

Dear, Mr. Selenophile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang