DMS 19

113 23 2
                                    

    Anis menanti jenazah arwah suaminya yang bakal dibawa pulang ke Malaysia. Dia tunggu di kawasan menunggu lapangan terbang. Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan bahawa jenazah akan sampai tidak lama lagi dan akan dibawa terus ke tanah perkuburan kerana mereka telah siapkan post-mortem jenazah di Australia.

    Dia tidak henti berzikir seorang diri. Tangan memegang perutnya. Anis cuba untuk menahan tangisannya. Hatinya meronta ronta kesakitan menahan pedih. Dia setia menunggu. Keluarganya menghulurkan makanan pun dia tidak mahu. Tak lalu dan mahu lihat sendiri jenazah suaminya depan mata.

    Suasana jadi sibuk secara tiba tiba. Kelihatan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunggu ketibaan bergegas ke tempat yang dia sendiri taktahu kemana mereka pergi. Mama Uzairi datang memanggil Anis.

" sayangg, jom gerak. Jenazah arwah dah sampai. Diaorang dah nak gerak ke tanah perkuburan "

     Anis hanya diam dan ikut. Badannya lemah namun dia tetap kuatkan dirinya untuk terus menunggu. Anis yang sudah tukar pakaiannya kepada jubah, selendang hitam dan kaca mata hitam itu memerhati van jenazah pihak hospital.

 Anis yang sudah tukar pakaiannya kepada jubah, selendang hitam dan kaca mata hitam itu memerhati van jenazah pihak hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Sebelum dikebumikan, jenazah arwah Uzairi dibawa ke masjid untuk solat jenazah. Kelihatan ramai orang datang untuk penghormatan terakhir buat arwah Uzairi. Selesai solat jenazah, pihak hospital memanggil Anis untuk melihat dengan lebih dekat arwah suaminya.

     Anis berjalan perlahan lahan sambil dipapah mummy nya kearah sekujur badan yang kaku. Seorang staff hospital membuka ikatan kain kafan di muka. Anis terus menitiskan air matanya sebaik sahaja memandang wajah suaminya, Uzairi.

" abang suruh sayang tunggu abang. abang balik tapi abang tinggalkan jasad abang untuk sayang tengok. "

    

       Kata-kata Anis itu telah membuatkan orang sekeliling yang hadir ke pengebumian itu sebak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       Kata-kata Anis itu telah membuatkan orang sekeliling yang hadir ke pengebumian itu sebak. Ada yang turut menangis melihat pasangan itu. Setelah bertahun tahun bersama, akhirnya titik penamat hubungan mereka telah pun berakhir.

" abang...abang tinggalkan sayang dengan anak kitaa..."

     Anis menangis tersedu sedan sambil memegang perutnya. Dia cuba menahan dirinya dari meraung. Badannya dipeluk oleh ibu kandungnya. Jenazah arwah Uzairi ditutup kain kafannya. Faiz yang akan membantu semua urusan pengebumian itu berjalan di hadapan Anis untuk mengangkat jenazah dan bawa ke tanah perkuburan masjid itu.

    Tiada siapa yang mengesyaki siapa lelaki berbaju serba hitam dan sentiasa memakai mask itu ialah Faiz. Faiz nampak keluarganya dan Najmuddin juga turut hadir. Namun dia tidak sempat lagi menegur mereka, mungkin selepas selesai pengebumian baru ingin pergi ke keluarganya.

   Faiz Zakwan dan beberapa orang ahli kariah menyelesaikan pengebumian arwah Uzairi. Dari dalam liang lahad sehinggalah mengembus kembali tanah kepada asal. Anis hanya memerhati tanpa memikirkan siapa lelaki yang menemani jenazah dari lapangan terbang sehingga selesai semuanya.

   Selesai pengebumian dan ramai mula beransur pergi, Anis masih terduduk di atas tikar mengkuang . Dia memandang tanah yang telah menutup jasad kekasih hatinya.

" Abang janji abang nak balik tapi kenapa abang tipu?"

" Abang tipu sayang, abang buat sayang tunggu abang. Abang janji abang takkan buat sayang terluka lagi. Tapi abang tipu"

   Mata Faiz yang dari jauh melihat Anis yang sedang sengsara itu menangis. Tidak sanggup dia melihat gadis itu menderita. Fikirnya dulu, Anis takkan lagi merasa derita tapi Allah lagi sayangkan Uzairi.

" Aniss, dahlahh jom balik. Rehat. Anis penat sangat dah ni, badan pun dah panas"

   Anis bangun dari duduknya. Perlahan lahan berjalan menuju ke kereta. Matanya dah berpinar kerana tak larat. Kereta Anis yang dipandu oleh daddynya itu menuju ke rumah Anis dan Uzairi. Keluarga mentuanya juga turut ada di rumah mereka kerana malam ini akan ada tahlil di situ.

    Berat kaki Anis melangkah masuk ke rumahnya sendiri, matanya melilau melihat persekitaran rumah. Setiap inci rumah mempunyai memori dia dan Uzairi. Walaupun rumahnya kedengaran sedikit riuh dengan kedatangan dua buah keluarga, dia tetap merasa sunyi.

    Suara Uzairi membisik kenangan yang membuatkan Anis teringat kembali. Dia terus memejamkan matanya dan berjalan masuk ke bilik. Buka sahaja pintu bilik, satu perasaan sedih terus menerpa kearahnya. Dia melihat tempat terakhir dia dan Uzairi bersembang. Dia memandang potret perkahwinan mereka. Gambar bingkai kecil wajah Uzairi diambil dan diciumnya. Dia merebahkan badannya di atas katil.

" Uzairi... kenapa tinggalkan Anis... Uzairi tinggalkan semuanya dekat Anis. Kenapa? Anis sakitt Uzairi..sakit..."

   Dia meraung sendirian di biliknya. Hatinya berkecai, lagi berkecai dari dulu. Dia terasa dirinya tidak perlu lagi hidup. Anis menggigil menahan tangisan yang kian menguasai dirinya. Mummy nya yang mendengar tangisan itu terus masuk ke bilik dan memeluk anaknya itu.

" why.. im still not ready for this.. why again.."

FAIZ ZAKWAN'S PROV

       Faiz melangkah masuk ke rumah ibu bapanya. Dia memberi salam dan keluarganya semua terkejut dengan kepulangan anak lelaki mereka.

" Faizz? bila balik?"

" Tak ada lah baru mana pun, pagi tadi jugak lah "

" You know about ... "

" About husband Anis? yes i know it. Faiz yang settlekan pengebumian arwah tadi "

" Hah?"

     Encik Ridzuan terkejut. Maknanya anaknya itu ada sepanjang pengebumian tersebut tapi dia sikit pun tidak perasan

" Faiz yang tolong arwah Uzairi dekat Australia dulu, arwah meninggal sebab Kidney"

" Allahu, kesian laa Anis tu. Dugaan untuk dia kan. Malam ni ada tahlil rumah mereka. Kamu nak ikut? "

"Boleh juga "

" Balik Australia bila?"

" Aikk orang baru sampai dah tanya balik, nak Faiz balik ke?"

" Papa tanya je, dah pergi mandi mama dah masak tu. Nanti turun makan "

   Faiz mengangguk. Dia berjalan masuk ke biliknya dengan beg bagasi kecil yang dibawa. Dia memandang surat hospital pengesahan pesakit. Dia teringat akan kata kata arwah Uzairi sehari sebelum meninggal.

" aku tahu kau masih sayangkan Anis "

" apa kau merepek ni Uzairi? tak lah, kisah lama je tu ayie. Dia pun dah jadi isteri kau"

" jaga dia untuk aku, Faiz. Aku minta itu je Faiz "

" Uzairi, kau boleh sembuh. Tahan sikit, lepas operation esok insyaallah kau sihat balik "

" Janji dengan aku, jaga Anis "

    Faiz mematikan ingatannya. Dia sedih mengingat kembali hari terakhir tersebut.

" Kau betul betul tinggalkan semuanya, Uzairi. Kau tak sempat buat operation, kau dah pergi. Sekarang ni apa patut aku buat?"

 

Dear, Mr. Selenophile Where stories live. Discover now